Oleh : LEE WEI LIAN
KUALA LUMPUR : Hutang negara
Malaysia yang meningkat kepada hampir seratus peratus sejak 2007 kepada RM421
billion menunjukkan risiko fiskal bahawa sekiranya ekonomi negara ini tidak
diuruskan secara berhemah, ia boleh mencetuskan keadaan ekonomi yang teruk,
kata pakar analisis ekonomi hari ini.
Mereka berkata sementara
hutang kerajaan yang kini berada di paras 54 peratus dari kadar Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK), yang kedua tertinggi di Asia tidak akan memberi impak
kepada ekonomi negara dan kadar kredit setakat ini, tetapi bakal memberi
keadaan yang tidak menentu kepada pasaran global, sekaligus bakal menjadi
risiko untuk pelbagai isu dalam masa sekarang.
Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak (gambar atas) telah berkata tidak akan membenarkan hutang kerajaan
mencecah 55 peratus KDNK, kerisauan ini meningkat apabila pinjaman yang
disokong pihak kerajaan mula dipinjam dan sudah meningkat kepada 65 peratus
KDNK, iaitu melebihi dari paras selesa bagi sesetengah penganalisis.
Ketua penganalisis ekonomi
RAM Ratings, Yeah Kim Leng berkata bahawa sementara hutang Malaysia dianggap
sebagai sederhana, ia juga perlu berhati-hati dalam kemungkinan kadar hutang
mula melintasi “angka tertinggi” disebabkan terlalu banyak kos pinjaman.
“Sentimen pasaran yang tidak
menentu boleh jadi sangat menyukarkan,” kata Yeah.
“Jika sentimen pasaran tidak
memihak kepada Malaysia, ia boleh menyebabkan kadar pinjaman menjadi terlalu
tinggi dan pelabur akan menarik kembali modal keluar”
Beliau turut menambah sekiranya
pengurusan dilakukan secara berhemah, maka hutang negara akan menyebabkan daya
tahan ekonomi negara semakin lemah jika mempunyai kejutan ekonomi kuat seperti
kegawatan ekonomi pada hari ini.
“Ini bukan hanya soal
pertumbuhan ekonomi, tetapi kemampuan ekonomi untuk bertahan,” katanya lagi.
Menurut angka yang diberikan
dalam Laporan Ekonomi dari kewangan Kerajaan Persekutuan menunjukkan bahawa
hutang Kerajaan Persekutan telah meningkat dua kali ganda dalam masa kurang
dari lima tahun, dari RM247 billion pada tahun 2007 kepada anggaran RM421
billion kepada tahun 2011, dengan pendapatan hanya meningkat kepada 31 peratus
atau dari RM140 billion kepada RM183 billion dalam tempoh yang sama.
Sebagai perbandingan, dari
2001 hingga 2005, kadar hutang hanya meningkat dari RM121.4 billion kepada
RM189 billion, peningkatan hanya 56 peratus.
Pinjaman yang disokong
kerajaan meningkat secara mendadak dari tahun 1985 hingga 2010 dari RM11
billion kepada RM96 billion, peningkatan 8.7 peratus setiap tahun.
Cheong Kee Cheok, zamalah
penyelidik senior dari Universiti Malaya (UM) di Fakulti Ekonomi dan
Pentadbiran berkata bahawa hutang Negara yang kini 55 peratus KDNK tidaklah
begitu membahayakan jika dibandingkan dengan Greece, akan tetapi dia
membayangkan bahawa hutang akan terus meningkat.
“Peningkatan kadar hutang
sepanjang tahun-tahun ini sangat merisaukan dan setakat ini, saya tidak nampak
sebarang kesungguhan untuk mengurangkan kadar perbelanjaan walaupun kadar
sumber pendapatan tidak berkembang. Ini kerana kita mempunyai Petronas,”
katanya lagi.
Wan Saiful Wan Jan, Ketua
Eksekutif dari Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) berkata senario
politik memainkan peranan mengapa Malaysia terus bergelut dengan hutang yang
meningkat.
Dia menegaskan bahawa
perbelanjaan defisit adalah “perkara yang tidak sepatutnya”, melainkan kerajaan
cuba memikirkan jalan terbaik untuk menangani hutangnya.
Hanya sedikit sahaja
tindakan dari pihak kerajaan untuk menanganinya kerana ahli politik hanya sibuk
menunggu pilihan raya akan datang.
“Ahli politik akan
menggunakan wang untuk mereka memenangi pilihan raya,” tambahnya lagi.
Dia bukan sahaja mengkritik
kepada pentadbiran Najib tetapi mendapati janji Pakatan Rakyat lebih teruk
lagi.
“Pakatan Rakyat berkata
mereka boleh membiayai perbelanjaan dengan menghapuskan rasuah, tetapi jika
mereka mahu bertanggungjawab, mereka harus tahu bagaimana untuk membayar hutang
bukannya menutup ruang untuk perbelanjaan,” katanya lagi.
Rekod fiskal kerajaan sudah
mula menunjukkan impak kepada keyakinan pelabur disamping menunjukkan kelemahan
atas mata wang negara serta peningkatan pengeluaran bon kerajaan.
Walaupun kerajaan Malaysia
menawarkan pendapatan lebih dari Singapura atau Amerika Syarikat, pelabur terus
menarik balik pelaburannya dan menyebabkan nilai ringgit jatuh dalam beberapa
minggu ini.
Negara dengan kadar kredit
yang kuat seperti Switzerland menawarkan pendapatan yang tinggi kerana kekuatan
ekonominya, manakala Negara seperti Itali dan Sepanyol mempunyai masalah kerana
mempunyai risiko yang tinggi.
Walaupun Malaysia tidak
dalam kategori seperti Sepanyol dan Itali, keadaan menunjukkan pelaur lebih
banyak menukarkan mata wang mereka kepada dolar Amerika dan Singapura dalam
masa ketidaktentuan walaupun Sekuriti Kerataan Malaysia (MGS) menawarkan 3.4
peratus keuntungan berbanding 1.5 peratus bagi bon kerajaan Singapura dan
Amerika Syarikat dalam masa 10 tahun.
Ini bermakna para pelabur
masih ada keraguan terhadap kemampuan Malaysia untuk membayar balik hutang
serta pengeluaran matawang asing seterusnya menjadikan matawang ringgit jatuh
dalam masa 14 tahun berbanding dolar Singapura dan nilai matawang semakin
merosot.
Dengan kedua-dua hutang dan
perbelanjaan defisit antara yang tertinggi di Asia berbanding KDNK, ia akan
menjadi lebih sukar bagi kerajaan mengurangkan perbelanjaan - sama ada
meningkatkan cukai atau memotong perbelanjaan — semuanya tidak menjadi popular
di kalangan rakyat.
Penyelamat ekonomi Malaysia
ialah rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara disamping pendapatan dari
minyak dan gas.
Pendapatan dari hidrokarbon
bagaimanapun diancam dengan harga yang tidak menentu kerana kedudukan ekonomi
yang tidak stabil.
Sekiranya berlakunya lagi
krisis ekonomi global, tidak dapat dipastikan bagaimana ruang fiskal dalam
pentadbiran Najib dapat melakukan tindakan merangsang ekonomi kerana terikat
denganperbelanjaan defisit dan sentiasa dibelenggu dengan hutang.
Satu lagi isu ialah hutang
RM96 billion akan terus meningkat dalam masa akan datang dan ada laporan
menganggarkan peningkatan ini mungkin meningkat ke RM100 billion dalam beberapa
tahun akan datang.
Malah, Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga terpaksa mengurangkan perbelanjaan
hutangnya, dengan menjual RM2.5 billion bon Islamnya untuk membiayai lebih
banyak perbelanjaannya untuk peningkatan para pelajar ke universiti.
Skim PTPTN bagaimanapun
berada dalam keadaan kontroversi di mana hanya 84 peratus pelajarnya membayar
balik pinjaman setakat Februari tahun ini.
Untuk ketika ini, para
pelabur masih lagi mahu membeli bon dari kerajaan Malaysia untuk digunakan
untuk pembangunan negara.
Persoalan samada harga
petroleum terus turun, atau kadar defisit yang masih lagi tinggi, dan kenaikan
kadar liabiliti mungkin akan mengganggu keyakinan mereka.
No comments:
Post a Comment