SABOTAJ.....
HJ Zakaria sedang menjelaskan isu 33 projek yang disabotaj dan meminta SPRM menjalankan
siasatan segera.
Oleh :SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
SEBANYAK 52 buah projek kecil
membaikpulih jambatan, membina pagar Jambatan Kampung Sim-Sim dan membina
walkway yang melibatkan kos RM5.2 juta melalui peruntukan Kementerian Kemajuan
Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang dipohon dengan menggunakan 52 orang Ketua
Cawangan UMNO Bahagian Sandakan yang diketuai oleh Zamri Hj Osman selaku Ketua
Pemohon; sebahagiannya telah disabotaj oleh Pengarah KKLW Negeri Sabah.
Ketua Cawangan UMNO Bukit
Merah Sandakan, Haji Andy Zakaria Palawong mendedahkan perkara ini kepada
Sabahkini.Net dalam satu temubual eksklusif kelmarin yang mendakwa sebanyak 52
projek yang diluluskan oleh kementerian berkenaan hanya 19 buah projek saja
yang dibuka sebut harga, manakala selebihnya dimonopoli oleh orang tertentu
dalam UMNO Sandakan yang diberi begitu saja tanpa dikenakan sebarang syarat.
Hj Zakaria menambah, ekoran
tindakan Pengarah KKLW Negeri melakukan sabotaj tersebut. Keadaan ini telah
menimbulkan kemarahan di kalangan Ketua-Ketua Cawangan UMNO kerana
mempergunakan nama-nama mereka untuk mendapatkan projek tersebut bagi kepentingan
orang tertentu.
“Sikap birokrasi sebegini,
jika terus diamalkan oleh Pengarah KKLW akan menjurus kepada kemarahan dan
kebencian di kalangan Ketua-Ketua Cawangan UMNO Sandakan. Kita bimbang mereka mungkin
tidak akan menyokong dan mengundi UMNO dan BN lagi pada PRU 13 nanti,"
kata Haji Zakaria yang mengakui mereka benar-benar terpedaya dan ditipu.
Tindakan birokrasi dan
sabotaj Pengarah KKLW Negeri Sabah dalam pengagehan projek yang tidak mengikut
landasan akan menjejaskan kredibiliti perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN)
di Sabah.
"Senario ini sekaligus
memberikan ruang dan peluang besar kemenangan parti Pakatan Rakyat, khususnya
Parti KeADILan Rakyat (PKR) untuk membentuk kerajaan baru; sama ada di
peringkat persekutuan, mahupun di peringkat negeri Sabah," tegas Hj
Zakaria yang membayangkan mereka mungkin akan keluar beramai-ramai daripada
UMNO Sandakan.
Bagi pihak Ketua-Ketua
Cawangan UMNO Sandakan yang teraniaya, Haji Zakaria memohon kerjasama Suruhanjaya
Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kes sabotaj ke atas projek ini
dan tangkap mereka yang terlibat.
Semoga SPRM akan menyiasat kes sabotaj dalam projek ni dengan segera.
ReplyDeletedakwaan ini kena disiasat.
ReplyDeletekalau ada laporan maka wajib disiasat...
ReplyDeletesebaiknya pekara ini diberikan penjelasan segera.
ReplyDeletejika dakwaan ini benar, sisatan harus dibuat.
ReplyDeleteBenar atau tidak, pihak berkuasa harus menyiasat.
DeleteAduan harus mengambil langkah siasatan yang wajar.
ReplyDeleteTidak mungkin ada dakwaan yang bukan-bukan. Harus mengambil langkah yang wajar.
ReplyDeleteKeadaan ini telah menimbulkan kemarahan di kalangan Ketua-Ketua Cawangan UMNO kerana mempergunakan nama-nama mereka untuk mendapatkan projek tersebut bagi kepentingan orang tertentu.
ReplyDeleteSemog atiada pihak menggunakan nama pihak lain untuk mencapai matlamatnya.
Betul..Jika ini berlaku ini boleh menjejaskan nama pemimpin atau wakil rakyat yang memberikan janji.
ReplyDeleteKKLW haruslah melaksanakan apa yang patut. Sebaiknya perbincangan antara ketua cawangan dan juga pihak KKLW perlu bagi memastikan perkara ini dapat diselesaikan.
ReplyDeletePeruntukan harsu sampai ke tempat yang sepatutnya
ReplyDeleteSPRM perlu siasat perkara tu
ReplyDelete