KOTA KINABALU : Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Sabah
merampas hampir 100 guni pakaian pelbagai jenama tiruan yang dianggar bernilai
RM458,000 dalam serbuan di sebuah rumah teres di Taman Mount Tiara, Penampang, dekat
sini, semalam.
Ketua Pegawai Penguatkuasa
KPDNKK Sabah Rosle Abd Hamid berkata kesemua pakaian tiruan yang dirampas dalam
serbuan pada pukul 2 petang itu dipercayai diimport dari China dan Indonesia
bagi pasaran di negeri ini.
Beliau berkata antara
pakaian yang dirampas ialah 1,330 jaket jenama Nike, jaket jenama Adidas (250),
seluar jeans jenama Levis (2,540), baju T jenama Adidas (4,030) dan seluar
pendek jenama Adidas (4,320).
"Siasatan awal
mendapati pemilik rumah yang merupakan peniaga berusia 52 tahun itu menjadikan
sebuah rumah bersebelahan rumahnya sebagai stor penyimpanan pakaian tiruan.
"Semua aktiviti
pemunggahan dan penghantaran pakaian dilakukan sekitar pukul 2 pagi,"
katanya kepada pemberita di sini, kelmarin. (Bernama)
Good job to the KPDNKK for able to confiscate RM458,000 of counterfeit branded clothing. Keep up the good work.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
The Custom's department should monitor these import activities more closely from now on.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
nilai rampasan ini bukan sedikit.. barangan tiruan ini tidak brkualii. kita tak patut menggunakannya.
ReplyDeleteNilai rampasan memang banyak, kalau dijual tu pun banyak juga untung.
DeleteTahniah atas rampasan yang dibuat ini.
ReplyDeleteTeruskan operasi membenteras kegiatan menjual barangan tiruan kepada pelanggan ini.
ReplyDeleteJangan terpedaya dengan jenama kerana sekarang banyak barang tiruan.
ReplyDeleteMacam manalah tidak dikesan waktu baru dibawa masuk dari negara jiran??
ReplyDeleteitu tandanya kawalan sempadan negeri atau perairan Sabah masih terlalu lemah..
DeletePihak berkuasa perlu tingkatkan operasi untuk mengurangkan kadar jenayah.
ReplyDeleteselepas dirampas dan direkodkan, semua pakaian ini mau buat apa?? daripada dilupuskan, bagus kasi derma la sama badan2 kebajikan atau orang2 miskin..
ReplyDelete