Oleh : AHMAD FADLI KC
SELEPAS menggemparkan negara
dengan buku Seks Suci Islam, Kelab Taat Suami (KTS) kali ini tampil dengan satu
lagi penerbitan berhubung seks yang dinamakan Risalah Roh Suci dan Seks Suci
Islam.
Wakil penasihat KTS Fauziah
Ariffin dalam satu sidang media hari ini berkata, penerbitan baru setebal 24
halaman itu khusus untuk bacaan orang ramai dan tidak terhad kepada ahlinya.
Menurut Fauziah, risalah itu
menekankan tentang pentingnya seorang isteri untuk taat kepada suami kerana ia
merupakan tuntutan agama yang diwajibkan Tuhan.
"Kita secara terus
terang cerita bahawa seorang wanita sangat diminta Tuhan jadi isteri baik. Itu
tuntutan Allah bukan suami yang tuntut pun.
"Itu yang menjadikan
suami berpuas hati dan dapat halang suami daripada melakukan maksiat,"
kata Fauziah.
Menurutnya lagi, manfaat
daripada panduan ringkas dengan harga RM15 itu akan hanya dapat diperolehi jika
pembaca menekuninya dengan fikiran yang terbuka.
"Kalau kita baca dengan
fikiran terbuka tnpa prejudis, kita akan dapati ia sangat berguna untuk orang
yg sudah berumahtangga," kata Fauziah.
Ketika ditanya tentang
ketiadaan penerangan teknik seks di dalam panduan itu, Fauziah menegaskan ia
hanya diajar kepada ahli-ahli kelab itu sahaja.
"Untuk ahli-ahli, kita
ajarlah. Bagaimana nak hadapi suami, berpakaian, 'beraksi' dan sebagainya. Praktikal
kalau tunjuk haram, kita menceritakan (tekniknya). Gambaran tak diceritakan
secara lucah tapi untuk orang dah berkahwin itu fahamlah," katanya.
Beliau turut menegur
kebanyakan perempuan Melayu yang menurutnya tidak menggunakan sepenuhnya
institusi perkahwinan untuk meneroka hubungan seks suami isteri yang halal.
"Maaf cakaplah
wanita-wanita Melayu ini ortodoks sedikit sedangkan Allah dah bagi halal,"
katanya.
Panduan itu dilancarkan
bersempena sambutan Nisfu Syaaban dan Israk Mikraj kumpulan Global Ikhwan Sdn
Bhd (GISB) - sebuah entiti korporat yang dibangunkan oleh bekas anggota
pertubuhan Al-Arqam.
Turut dilancarkan adalah
empat lagi produk lain GISB iaitu akhbar Nur Muhammad, DVD teater umrah GISB,
CD wawancara bekas isteri Ashaari Mohamad, Ummu Jah, serta kit profail syarikat
GISB.
Tindakan KTS mempromosikan
panduan seks sebelum ini menerima tindakan keras pihak berkuasa yang
mengharamkan buku Seks Suci Islam dan membuat serbuan ke program yang
mempromosikan buku berkenaan. (MKINI)
No comments:
Post a Comment