KOTA KINABALU : Sebanyak 12
premis kilang di Sabah dikenal pasti sejak awal tahun ini kerana terlibat
mengubahsuai meter elektrik.
Menurut Pengurus Besar Kanan
(Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Ahmad Fuad Md Kasim,
premis-premis berkenaan dikenal pasti menerusi dua operasi pemeriksaan mengejut
di sekitar Kota Kinabalu, Kolombong, Kepayan dan Penampang bersama Suruhanjaya
Tenaga.
"Kesemua premis yang
didapati terlibat dengan kegiatan mencuri arus elektrik akan dihadapkan ke
mahkamah," katanya kepada pemberita semasa membawa operasi ke sebuah
kilang pembungkusan di Penampang dekat sini, Rabu.
Dalam perkembangan lain,
Ahmad Fuad berkata sejak Septembar lepas, 12 operasi bersepadu dijalankan di
seluruh Sabah dan Labuan yang mana 12 pengguna turut dikesan menjalankan
kegiatan mencuri arus elektrik dengan membuat penyambungan haram dan
mengubahsuai meter.
Beliau juga berkata SESB
telah memenangi 15 kes tuntutan mencuri arus elektrik berjumlah RM250,000 yang
dibawa ke mahkamah sejak 2006. (Bernama)
No comments:
Post a Comment