Saturday 1 December 2012

DERMA POLITIK RM40 JUTA TERLALU KECIL






Oleh : MOHD FARHAN DARWIS DAN LEANNZA CHIA

KUALA LUMPUR : Beberapa ahli Umno kelmarin menolak kontroversi terhadap dana RM40 juta Umno Sabah sebagai “terlalu kecil” untuk keseluruhan Sabah menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Arsit Sedi @ Sidik, perwakilan dari Putatan menjelaskan, jumlah itu umpama “a very small dot” dan berkata, bagi Bahagian Putatan sendiri, Umno memerlukan sehingga RM6 juta ketika pilihan raya.

“RM40 juta itu jumlah yang kecil, saya tidak rasa ia mencukupi untuk pilihan raya akan datang. Jumlah yang diperlukan sangat tinggi, terutamanya Sabah. Jika berbicara soal RM40 juta, memang tidak cukup untuk menggerakkan jentera. Ia hanya umpama “dot yang kecil,” katanya kepada The Malaysian Insider selepas sesi perbahasan ucapan dasar  presiden berhenti rehat untuk solat Jumaat ketika Perhimpunan Agung Umno ke-66 kelmarin.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman dikaitkan dengan dana politik berjumlah RM40 juta, yang digunakan pembangkang untuk menghentam Barisan Nasional (BN) di kubu kuat mereka di Sabah.

Isu berkenaan mendapat perhatian apabila Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata di Parlimen, Musa dibebaskan daripada dakwaan rasuah dan penyeludupan wang yang melibatkan peniaga kayu Sabah, Michael Chia.

“Saya rasa itu hanya isu pembangkang untuk membesarkan isu tersebut,” tambah Arsit.

Perwakilan Sabah daripada Batu Sapi, Sahak Noh turut bersetuju bahawa dana berkenaan tidak mencukupi dan signifikan untuk pilihan raya akan datang, dan tidak memberikan kesan dalam pilihan raya akan datang.

“Pada pendapat saya, ia isu peribadi yang telah dimanipulasi oleh pembangkang, yelah ... pilihan raya sudah dekat. Saya yakin masyarakat akan sedar mereka cuba mengaburi rakyat,” kata Sahak.

Perdebatan berhubung isu tersebut semakin hangat apabila Pakatan Rakyat (PR) mendakwa kenyataan Nazri membebaskan Musa walaupun tidak mempunyai bukti kukuh daripada Suruhanjaya Bebas Membanteras Rasuah (ICAC) Hong Kong.

Menurut Nazri, ICAC menutup kes berkenaan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati wang itu digunakan untuk Umno Sabah, dan bukannya Musa.

317 comments:

  1. Rafizi Ramli sedang berusaha sedaya mungkin untuk mengenakan Musa Aman. Sekalipun telah dijelaskan bahawa wang berkenaan adalah derma politik, namun PKR tidak dapat menerima kenyataan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rafizi dibayar oleh Anwar untuk membohong, memfitnah, dan putar belit.. malah kos guaman Rafizi juga ditanggung sepenuhnya oleh Khalid Ibrahim sekiranya beliau dikenakan tindakan undang2..

      Delete
    2. tolak Pakatan Rakyat, maka selamatlah dana awam..

      Delete
    3. musa has nothing to worry about if he is not guilty.

      Delete
    4. Bukti masih lemah untuk menjatuhkan hukuman.

      Delete
    5. Kita akui pemimpin Pakatan Rakyat sentiasa mendabik dada bahawa merekalah yang paling layak mentadbir Malaysia.

      Delete
    6. Buktinya, di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011, mendapati tiada penyelewengan dan salah urus tadbir di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Benarkah begitu?

      Delete
    7. Ladang Rakyat yang terbentang di atas tanah seluas 81,095 ekar meliputi Jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah sememangnya tidak pernah sunyi dari desas desus wujudnya penyelewengan

      Delete
    8. Ini berikutan pengendaliannya yang lebih menguntungkan orang luar Kelantan berbanding hanya segelintir penduduk tempatan sahaja yang mendapat manfaatnya.

      Delete
    9. Konon tujuan Ladang Rakyat dibangunkan adalah untuk menandingi rancangan perladangan yang telah berjaya dilaksanakan oleh FELDA.

      Delete
    10. amun disebaliknya hakikat yang tersirat ialah lebih fokus kepada untuk merodok sebanyak mungkin tanah hutan supaya dapat dinikmati hasil balaknya.

      Delete
    11. Para peneroka dan penduduk tempatan yang pernah teruja dan tertipu dengan janji palsu PAS.

      Delete
    12. Pastinya sedang menyala amarah dalam hati mereka selepas membaca Laporan Audit 2011 yang baru sahaja dibentangkan semalam.

      Delete
    13. Kemarahan mereka ada asasnya kerana selain tanah yang sekian lama diterokai telah dirampas dan permohonan mereka untuk memiliki tanah tersebut telah dinafikan.

      Delete
    14. Mereka juga dinafikan hak menerima dividen bulanan RM200.00 manakala janji diberi peluang bekerja di ladang tersebut juga gagal ditunaikan oleh pihak terbabit.

      Delete
    15. Malah Orang Asli di beberapa kawasan berdekatan yang tanah adat mereka turut menjadi mangsa kerakusan syarikat swasta yang bersekongkol dengan kerajaan negeri.

      Delete
    16. Penduduk juga sudah beberapa kali mengadakan tunjuk perasaan dan protes aman membantah perlaksanaan Ladang Rakyat tersebut.

      Delete
    17. Umpan dan pengharapan yang ditabur oleh kerajaan negeri konon melalui Ladang Rakyat akan mampu membantu meningkat taraf hidup 4,767 orang peserta hakikatnya tidak lebih sekadar janji politik semata-mata.

      Delete
    18. Sehingga kini hanya seramai 282 rakyat tempatan sahaja yang mendapat manfaatnya.

      Delete
    19. Itupun kebanyakannya terdiri daripada mereka yang memiliki hubungan rapat dengan pemimpin PAS tempatan dan negeri.

      Delete
    20. Manakala seramai 639 orang lagi yang mendapat manfaat dari Ladang Rakyat adalah warga negara asing yang menerima upah bekerja di ladang.

      Delete
    21. Ladang yang dikendalikan oleh syarikat swasta dipercayai milik tauke Cina dari Singapura itu.

      Delete
    22. Rakyat tempatan termasuk Orang Asli terpaksa menangis tak berlagu kehilangan tanah yang diterokai serta tanah rizab mereka.

      Delete
    23. Manakala orang dari Singapura yang banyak memberi sumbangan dan derma politik untuk parti yang memerintah Kelantan pula yang menjadi kaya raya.

      Delete
    24. Laporan audit mendedahkan begitu banyak kelemahan dan salah urus tadbir dalam pengurusan kewangan negeri Pulau Pinang.

      Delete
    25. Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti kekurangan sistem pengurusan maklumat, penguatkuasaan, penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berkesan dan kekurangan peruntukan kewangan.

      Delete
    26. Beberapa projek yang dibina juga, terbukti hanya membazirkan wang rakyat kerana tidak dapat digunakan sehingga kini.

      Delete
    27. Antaranya Kompleks Makanan Mutiara Height di Jelutung dan Kompleks Makanan Gold Coast yang terletak di Bayan Baru yang bukan setakat terbiar begitu sahaja, bahkan kerana kurangnya aktiviti pemantauan keselamatan oleh pihak berkuasa tempatan.

      Delete
    28. Satu pembaziran, telah menyebabkan banyak kemudahan asas yang disediakan di kompleks ini telah hilang atau dirosakkan.

      Delete
    29. Mencari rezeki dihalang. Sementara dalam masa yang sama, aktiviti perniagaan makanan di atas jalan raya awam yang ditutup pada waktu malam

      Delete
    30. Ada kompleks lebih selesa yang disediakan tidak mahu digunakan dan DAP sendiri tidak begitu bersungguh mahu memindahkan penjaja jalanan ini ke kompleks tersebut.

      Delete
    31. Projek CCTV yang dilaksanakan, kononnya bagi mengatasi masalah jenayah, meletak kereta secara haram oleh beberapa PBT di Pulau Pinang juga gagal mencapai prestasi yang ditetapkan mereka sendiri.

      Delete
    32. Sistem yang digunakan tidak jelas, bilangan yang terhad dan beberapa perkara lain adalah antara kelemahan yang dikenali pihak audit.

      Delete
    33. Ini merupakan pembaziran wang yang jelas oleh DAP Pulau Pinang.

      Delete
    34. Kroni mana yang diambil untuk memasang sistem tersebut pun kita tak tahu.

      Delete
    35. Tapi wang rakyatlah yang membayar untuk hasil yang tidak sepadan yang dilaksanakan oleh DAP ini.

      Delete
    36. Laporan Audit Ketua Negara mendapati Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) yang mengendalikan Universiti Selangor (Unisel) mengalami kerugian.

      Delete
    37. Kerugian sebelum cukai sebanyak 198.1 peratus kepada RM37.63 juta berbanding RM12.62 juta pada tahun 2009.

      Delete
    38. Sementara Skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) ternyata sebagai umpan pilihan raya pembangkang.

      Delete
    39. Anak-anak kelahiran Selangor dijanjikan wang ringgit sekiranya mereka berkuasa.

      Delete
    40. Tindakan PKR ini adalah hasil daripada kajian mereka terhadap rakyat Selangor untuk mendapatkan kemenangan.

      Delete
    41. Di sini kita boleh lihat bagaimana PKR yang sering menuduh BN sebagai melakukan rasuah pilihan raya.

      Delete
  2. ICAC Hong Kong menegaskan bahawa siasatan mereka tidak menemui sebarang penyelewengan atau money laundering sepertimana yang dituduh oleh PKR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. istilah penyelewengan dan penggubahan wang haram bagi kes rm40 juta itu hanya rekaan Pakatan Rakyat semata2.. lihat saja bagaimana mereka menokok tambah kenyataan pendakwaraya Hong Kong supaya kenyataan itu kelihatan seoalah2 memihak kepada tuntutan Rafijijik..

      Delete
    2. sedangkan Rafizi juga sehingga hari ini gagal mengemukakan bukti2 yang munasabah kepada ICAC.. yang ada dalam simpanan beliau hanya video Hummer yang tidak nampak pun kelibat keluarga Nazri di dalam kereta tersebut..

      Delete
    3. ICAC tegas mencegah rasuah. Sudah disahkan tiada rasuah, terimalah hakikat.

      Delete
  3. Rafizi Ramli dan konco-konconya ke Hong Kong untuk memujuk agar kes tersebut dibuka semula. Rafizi Ramli meuar-uarkan bahawa kes tersebut telah dibuka semula oleh ICAC untuk disiasat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rafizi tu syok sendiri saja.. untuk senangkan hati dia supaya tidak terkantoi, maka terpaksalah dia buat2 cerita kononnya bukti beliau telah diterima oleh ICAC bagi memulakan siasatan terhadap rm40 juta..

      Delete
    2. pihak ICAC sudah jelaskan bahawa kes itu hanya boleh dibuka semula jika ada bukti baru.. namun Rafizi dengan muka bodoh terhegeh2 ke Hong Kong dengan hanya membawa kenyataan Lajim dan Bumburing.. sebab itu ICAC halau Rafizi dan minta beliau dedahkan BUKTI BARU dalam masa 3 minggu..

      Delete
    3. Serahkan bukti baru untuk menyakinkan ICAC untuk memuka semula kes ini. Tanpa bukti, tiada apa boleh dibuat lagi.

      Delete
  4. Sivarasa Rasaiah pula menyatakan bahawa UBS Bank di Switzerland sedang
    membuka kes siasatan berhubung penggubahan wang haram (money laundering)
    membabitkan USD90 juta yang juga melibatkan Ketua Menteri Sabah, Musa
    Aman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inilah modus operandi Pakatan Rasuah.. fitnah mereka mesti diluar negara.. hanya melalui modus operandi seperti ini barulah bagi mereka rakyat senang diperbodohkan.. semua jalan cerita sudah disusun atur sebagaimana Anwar sendiri melakonkan watak sakit tulang belakang, sakit tengkuk dan sebagainya..

      Delete
    2. ada ura2 mengatakan bahawa Anwar juga mempunyai simpanan di luar negara bernilai billion dollar.. semuanya hasil dari merompak dana awam ketika beliau masih menduduki kerusi menteri kewangan..

      Delete
    3. Betul ke? Adakah ini cuma kahabr angin untuk mengancam imej Musa di PRU13 sahaja.

      Delete
  5. Namun ada satu kes yang sudah sangat lama dan sehingga sekarang, tiada
    sebarang siasatan, tindakan mahupun perbicaraan dibuat. Kes tersebut
    melibatkan penyelewengan dan rompakan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim
    sewaktu bergelar Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar memang perompak.. bagaimana penasihat ekonomi bergaji seringgit ini mampu membeli banglo jutaan ringgit dan menaiki jet peribadi??

      Delete
  6. Jumlahnya pula adalah sebanyak RM3 bilion… jumlah yang sangat besar berbanding tuduhan yang dilemparkan kepada Musa Aman

    ReplyDelete
    Replies
    1. jika Zuraida boleh beli 4 buah kereta dalam masa 4 tahun, Azmin dengan Ferrari dan Khalid dengan bas mewah,, sudah tentu Anwar sebagai big bos mereka boleh beli lebih dari itu..

      Delete
    2. Its not about the amount, its about corruption. RM10.00 also consider corrupt.

      Delete
  7. pemberian dana berjumlah RM40 juta kepada Umno Sabah disifatkan sebagai derma politik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jet peribadi Anwar juga sumbangan politik (Anwar kata la).. malah kata Anwar pinjam Jet yang bernilai USD39 juta itu sama dengan pinjam jaket..

      Delete
    2. Dermaan politik adalah aktiviti kebiasaan sahaja.

      Delete
  8. setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima derma politik selagi ia dilakukan dengan saluran yang betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengar kata NGO yang ditubuhkan oleh Rafizi NOW digunakan untuk menerima dana dari Turki yang kemudiannya akan disalurkan kepada parti PR..

      Delete
  9. pembangkang turut menerima derma politik. pembangkang juga menerima derma politik dan mereka tidak mendedahkan daripada mana mereka perolehnya


    ReplyDelete
    Replies
    1. pemimpin dan penyokong2 Pakatan Rakyat sibuk menuntut kerajaan yang bersih, adil dan telus sedangkan mereka yang kononnya sebagai kerajaan alternatif dengan ganas merompak dana awam, menerima dana asing dan sebagainya..

      Delete
    2. Diorang pun ada suapan baitu

      Delete
    3. But they never care to tell

      Delete
    4. Siapa la nak cungkil rahsia pembangkang kalau mereka asyik nak tentang kerajaan>?

      Delete
    5. Jika benar ada aktiviti rasuah, pasti bukti boleh dikesan.

      Delete
  10. Cuba tanya pembangkang, berapa banyak yang mereka dapat untuk derma politik

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudah tentu mencecah ratusan bilion memandangkan sumber mereka bukan satu.. selain menerima dana asing, pakatan juga sering menyalahgunakan/merompak dana awam, rasuah projek2 kerajaan dan derma ikhlas dari rakyat miskin yang percaya bahawa kononnya Pakatan tidak mempunyai sumber dana..

      Delete
    2. and the opposition dare to question BN/UMNO on where they get the rm40 million.

      Delete
  11. Berhubung pemberian dana itu, Najib sekali lagi menegaskan bahawa ia dilakukan dengan cara yang betul atas kebaikan parti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tidak betul itu adalah kepala otak Rafizi.. sudah banyak kali kantoi menipu, malah telah dihadapakn kemahkamah, tapi masih tidak serik2 membohong.. muka badut betul..

      Delete
    2. Aktiviti ini sudah pun disahkan tiada elemen rasuah. Melainkan jika ada bukti baru mengesahkannya.

      Delete
  12. Musa Aman sebelum ini menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya dengan hartawan balak, Michael Chia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azmin Ali belum menafikan hubungan beliau dengan tauke Wong (tauke balak dari Sarawak).. Zuraida juga belum menafikan hubungannya dengan syarikat Automated Contacless Systems S/B.. mana ketelusan pakatan dalam hal ini?

      Delete
    2. Bodoh sombong punya hal laini

      Delete
    3. They never know what's going on

      Delete
  13. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membersihkan dakwaan rasuah terhadap Musa dan Chia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah sebagaimana Badan Pencegah Rasuah membersihkan Anwar dari skandal rm3 billion.. tapi peliknya, tidak pula Rafizi minta siasatan dijalankan semula selepas Abdul Murad membuat pengakuan bersumpah..

      Delete
    2. Musa name has been cleared off by ICAC. what more does opposition wants?? Unless they could provide a strong evidence, then the case will be re-open.

      Delete
    3. Opposition is blind and deaf

      Delete
    4. Sudah dibukti bahwa Musa tidak terlibat. Cuma ada pihak nak menjatuhkan CM Sabah.

      Delete
  14. Jabatan Peguam Negara turut memutuskan tiada elemen rasuah dibuktikan membabitkan Ketua Umno Sabah itu. Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mempertimbangkan keterangan
    yang dikemukakan oleh SPRM dan memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah
    tidak dibuktikan.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Rafizi yang bodoh sombong terus mempertikaikan hasil siasatan ICAC seolah2 beliau lebih arif dalam soal siasat menyiasat kes rasuah berbanding dengan ICAC..

      Delete
    2. They are just wasting their time

      Delete
  15. Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak seperti pemimpin2 PR, minta derma dari rakyat miskin, kemudian beli bas mewah, naik jet, beli treler dan sebagainya.. rakyat miskin terus dimiskinkan oleh pemimpin2 rakus PR..

      Delete
    2. Oppositions are always like that

      Delete
    3. Pembangkang tak mengenal erti kepenatan

      Delete
    4. Tuduhan tanpa bukti harus dielakkan. Fitnah namanya.

      Delete
  16. Jumlah kecil ka atau orang yang bercakap merasakan bahawa pihak lawan tu cuma orang kerdil@kecil?

    ReplyDelete
  17. The whole point is to tarnish the government's image.

    ReplyDelete
  18. Setiap hari pembangkang mengembar-gemburkan pelbagai isu yang mereka dakwa sebagai perbuatan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemimpin2 Pakatan mengembar-gemburkan isu2 rasuah BN sedangkan mereka sendiri lebih rasuah dari yang rasuah.. lebih teruk lagi apabila pelbagai cara digunakan oleh mereka untuk menghalalkan rasuah pemimpin2 PR..

      Delete
    2. They thought they can topple the government

      Delete
    3. More often all in their mind is to make sure that the people is stupid.

      Delete
    4. APa pula sampai nak cakap pasal derma politik

      Delete
    5. Jika dermaan ini tidak salah dari sisi undang-undang, maka, kes ini tidak wujud.

      Delete
  19. In fact when you re-read the news, i don't see any elements of like that

    ReplyDelete
  20. Malah pentadbiran negeri yang diperintah pembangkang juga diwar-warkan oleh mereka sebagai pentadbiran paling bersih, telus dan cekap di negara ini!

    Apa tidaknya Pakatan Rakyat Selangor mendabik dada mampu menarik pelaburan paling tinggi di Malaysia tetapi lupa ia hanya menumpang keyakinan yang telah dibina Barisan Nasional sejak lebih 50 tahun lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemimpin2 PR memang terkenal dengan sikap penipu dan pembohong... bila masa pelaburan selangor tertinggi di Malaysia? malah pelabur di selangor semakain berkurangan ekoran sikap pemimpin2 PR yang asyik melakukan demonstrasi jalanan..

      Delete
    2. And I wonder why they keep on brainwashing the people

      Delete
    3. Rafizi harus mengemukakan lebih banyak bukti yang sah.

      Delete
  21. Begitu juga pembangkang kata ia menjalankan pentadbiran yang telus dan bebas rasuah tetapi sejak 2008, lebih satu juta tan pasir dicuri di bawah pengawasan anak syarikat kerajaan negeri. Malah dua orang ADUN PKR juga turut didakwa menerima rasuah untuk melobi bagi sebuah syarikat kroni. Rakan kongsi PKR, PAS juga tidak kurang hebatnya dalam menipu rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. di selangor mereka korek pasir.. di kedah pula mereka tebang balak sampai licin hutan kedah.. siap membelakangkan laporan EIA pula tu.. so kalau mereka memerintah Sabah??? habislah pasir dan balak di Sabah..

      Delete
    2. Illegal sand extraction and the most rampant case in Selangor, water problem still haunting them

      Delete
  22. Sandiwara yang dimainkan oleh pembangkang mentohmah kerajaan dan pemimpin-pemimpin negara hanyalah satu taktik persepsi yang dimainkan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan memainkan isu-isu rasuah dan penyelewengan mereka merancang untuk mengelirukan pandangan dan persepsi rakyat terhadap kerajaan dan dalam proses itu berharap mendapat undi pada pilihanraya umum nanti.

      Delete
    2. dan bila pemimpin2 mereka dikenakan tindakan undang2 kerana memfitnah, mulalah mereka mainkan skrip kononnya mereka dihalang untuk mendedahkan kebenaran..

      Delete
    3. They are like that. They can say bad about others but you cant do so.

      Delete
    4. Biasalah tu, permainan pembangkang memang selalu macam tu

      Delete
  23. They have always misinterpret it

    ReplyDelete
  24. Please use your brain to think.

    ReplyDelete
  25. derma politik rm40 juta terlalu kecil jika dibandingkan dengan akaun rm3 bilion Anwar, jet peribadi, bas mewah dan dua buah treler berkempen PR..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its obvious that anwar is corrupted. MACC should investigate Anwar.

      Delete
  26. Free water policy in Selangor is not working well

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yang Selangor yang tidak menikmati air percuma seperti yang dijanjikan oleh kerajaan PKR Selangor.

      Delete
    2. Harus juga PKR memberi penjelasan agar rakyat tidak membuat anggapan yang negatif.

      Delete
  27. And it is not benefited anybody though

    ReplyDelete
  28. I was kinda amazed on how the opposition kept pushing the government whilst they never believe they are asking for help

    ReplyDelete
  29. Derma ka bukan ka, apasal pembangkang kecoh sangat? Jangan ingat sudah tawan Selangor boleh bangga

    ReplyDelete
    Replies
    1. the next time opposition receive a donation , they must also be interrogate by MACC.

      Delete
    2. pembangkang hanya mahu berikan imej yang negatif pada BN.

      Delete
    3. Pengesahan sah sudah dibuat dan ICAc sudah tamatkan kes ini. Pembangkang harus mengemukakan bukti yang lain dan sah supaya ICAC boleh bertindak.

      Delete
  30. Opposition will cause a jump of deficit from 5 % to 30% of the GDP (gross domestic products). By 2015, Malaysian debt will rise from 53 % to 140% of GDP.

    ReplyDelete
  31. Mr Najib said the polls will determine the “destiny of the people and nation.”

    ReplyDelete
    Replies
    1. rakyat yang akan jadi penentu parti mana yang akan menang dalam pilihan raya.

      Delete
    2. Rakyat harus memainkan peranan untuk menentukan masa depan sendiri.

      Delete
  32. PM Najib added that since he took power, the country’s per capita income rose from US$6,700 in 2009 to US$9,700 last year and will attain the goal of US$ 15,00 ahead of the targeted 2020.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami juga harus menilaikan aspek lain seperti inflasi, isu kemasukan warga asing haram, rasuah dll. Semua ini masih giat.

      Delete
  33. For things to change, it needs more time

    ReplyDelete
  34. And it is not easy to talk on behalf of the people.

    ReplyDelete
  35. kualiti bodoh psywar anwar.. semakin low class dan cukup haprak.

    ReplyDelete
  36. anak puaka tak mampu nak tolong deepak pasal anak puaka ada masalah sendiri, lantas dialihkan isu ini kepada papa puaka nya.

    ReplyDelete
  37. During Umno’s General Meeting attended by 2,500 delegates, PM Najib spoke to Malaysians not to gamble their future by voting for oppositions.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpulang lar kepada rakyat sendiri menentukannya. Sudah pasti pembangkang jelas apakah yang baik untuk mereka.

      Delete
  38. Singapore Straits Times reported BN’s abilities and achievements with disgusted envy.

    ReplyDelete
  39. sampai sekarang pembangkang masih mainkan isu kitar semula ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembangkang harus membuat tuduhan dengan mengemukakan bukti.

      Delete
    2. Memang mereka sudah terdesak hingga mainkan isu yang sama semata2 untuk mengalihkan pandangan rakyat.

      Delete
  40. kesini sebenarnya sudah selesai, cuma pembangkang yang tidak mahu menerima kenyataan.

    ReplyDelete
  41. The Ministry of Finance has approved a tax incentives package to be listed under the Sabah Development Corridor

    ReplyDelete
  42. Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman said the package would enable the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) to further attract investors globally and from other parts of Malaysia to Sabah, promoting the state as an ideal location for conducting business

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabah berpotensi menjadi pusat ekonomi di mata dunia.

      Delete
  43. Warisan Harta Sdn Bhd is an investment arm of the Sabah state government and also one of the Entry Point Project owners under SDC.

    ReplyDelete
  44. The investment tax incentive package will cover activities in, among others, the tourism, manufacturing and agriculture sectors and major industries located within the Strategic Development Area

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu perkembangan yang baik untuk membawa Sabah ke tahap ekonomi yang lebih stabil.

      Delete
  45. Satu persatu Artis yang "berhijrah" keluar membuat pengakuan bahawa mereka telah dipergunakan oleh pembangkang iaitu Parti PAS. Terbaru Catriona Ross, seorang pelakon drama televisyen yang telah berhijrah dan telah memakai tudung telah mengaku dipergunakan oleh PAS dan berasa tertipu apabila pada mulanya diundang untuk menjalankan majlis-majlis seperti forum walhal tujuan sebenarnya adalah untuk menghadiri kempen politik mereka.::::: PAS atau PEMBANGKANG HANYA MEMENTINGKAN KEPENTINGN MEREKA SAHAJA.

    ReplyDelete
  46. Sebelum ini juga kes yang sama berlaku kepada penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura apabila dikatakan akan menjadi ahli PAS oleh Naib Presiden PAS sendiri, Salahuddin Ayub. Ning Baizura membalas fitnah tersebut di dalam twitter dan menyatakan dia berhijrah bukan kerana politik. Selain itu, Syarifah Aini juga dikatakan akan menyertai PAS tetapi dia turut menafikan dan merasa terkejut akan berita tersebut.

    TENGOKLAH PEMBANGKANG NI.. MENGAMBIL KESEMPATAN ATAS ORANG LAIN SAHAJA. YG PENTING MEREKA UNTUNG TANPA MEMIKIRKAN PERASAAN ORANG LAIN.

    ReplyDelete
  47. Sudah terang lagi bersuluh, Artis-artis yang telah berhijrah rata-rata sudah sedia maklum PAS bukan memperjuangkan Islam sebenar. PAS hanya menggunakan nama Islam untuk kepentingan politik mereka sahaja.

    ReplyDelete
  48. "Anwar datang Sabah tapi dia nda sedar orang sabah sudah nda percaya dengan dia! orang sabah semua sudah tau Anwar punya cakap semua tipu, pandai cakap ja tapi nda pernah buat!"

    ::: PEMBANGKANG TETAP PEMBANGKANG

    ReplyDelete
  49. Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Ahmad Thamrin sendiri telah tersasul mengaku bahawa Kerajaan Barisan Nasional adalah Kerajaan Rakyat!

    ReplyDelete
  50. Orang Sabah tahu kerajaan sedia ada banyak membantu mereka. Daripada kemudahan asas kampung, jalan raya bertar, sekolah, air, gelanggang futsal, rakyat sabah sudah menikmatinya. Kampung tanpa wayar juga telah masuk di kebanyakan kampung-kampung di Sabah!

    ReplyDelete
  51. Bandaraya Kota Kinabalu membangun. Persepsi lama seperti tinggal atas pokok, dayung sampan ke sekolah, tidak sepatutnya ada lagi dalam pemikiran rakyat Malaysia khususnya yang tinggal di Semenanjung. Jika ada yang masih berfikiran begitu, dia sepatutnya datang ke Sabah!

    ReplyDelete
  52. Kebenaran pasti dibuktikan. Kami menantikan perkembangan selanjutnya.

    ReplyDelete
  53. Bukan mudah untuk menerima kenyataan sedangkan hampir juga pembangkang berjaya membawa kes ini ke mahkamah.

    ReplyDelete
  54. Pembangkang cuma nak menegakkan keadilan.

    ReplyDelete
  55. Kes Musa sudah tamat, tiada apa perlu buat lagi.

    ReplyDelete
  56. Musa adalah ketua menteri yang menghentikan pembalakan di Ulu Segama Malua dan Maliau Basin serta mewujudkan hutan penampan yag mempunyai keluasan tiga kali besar daripada Singapura untuk melindungi Lembah Danum daripada pembalakan, perlombongan dan pembukaan tanah untuk tujuan pertanian.

    ReplyDelete
  57. Tanpa Musa, hutan dan bahan galian seperti emas di pantai timur Sabah mungkin akan hilang. Kelapa sawit mungkin menggantikan hutan hujan yang ada.

    ReplyDelete
  58. "Kita mesti ucap syabas kepada Sabah dibawah kepimpinan Musa Aman kerana memulihara hutan," kata Lorna Casselton, setiausaha luar Royal Society yang berpusat di Britain. "Jika mereka tebang hutan, mereka akan untung berbilion dolar, tetapi mereka tidak lakukannya dan itulah yang penting."

    ReplyDelete
  59. Pada 27 Julai di Kota Kinabalu, Musa menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman di antara Royal Society dan jawatankuasa pengurusan Danum Valley untuk lima tahun kerja-kerja menyelidik dan latihan hutan hujan. Acara itu juga sempena 25 tahun Program Penyelidikan Hutan Hujan Asia Tenggara (SEARRP) yang bermula di Danum pada 1985, menjadikan ia projek penyelidikan yang paling lama dalam 350 sejarah persatuan itu

    ReplyDelete
  60. Penyelidikan merangkumi daripada gambaran mengenai hutan Sabah kepada kesan akibat pembalakan, pemuliharaan hutan dibalak dan perubahan cuaca ketika hutan diubah menjadi perladangan. Untuk lima tahun akan datang ini, ia akan memberi fokus kepada perubahan lanskap hutan hujan dan kesannya terhadap iklim.

    ReplyDelete
  61. Dibantu oleh orang Kanada, Lembah Danum yang mempunyai keluasan 43,000 hektrar, kira-kira dua saiz Pulau Pinang, dikenal pasti untuk pemuliharaan pada 1969 apabila jabatan perhutanan melakukan iventori hutannya yang pertama.

    ReplyDelete
  62. Ia membentuk sebahagian daripada konsesi hutan Yayasan Sabah pada tahun berikutnya dan secara ironinya ditanda sebagai sebahagian daripada hutan simpan komersial Ulu Segama walaupun ia sepatutnya dipulihara, kata Datuk Sam Mannan, pengarah Jabatan Perhutanan Sabah.

    ReplyDelete
  63. Yayasan itu diwujudkan untuk membantu sosio ekonomi dan pembangunan pendidikan Sabah dengan menyediakan bantuan sosial dan pendidikan seperti pakaian seragam sekolah percuma, biasiswa dan pinjaman belajar kepada rakyat.

    ReplyDelete
  64. Tetapi tiada kerajaan nampak keperluan memberi perlindungan kepada Danum daripada pembalakan sehinggalah Musa menjadi pengarah Yayasan Sabah pada 1995.

    ReplyDelete
  65. Musa menghentikan pembalakan di Danum selepas mewujudkan 250,000 hektar hutan penampan di sekitarnya setahun sebelum itu dan melaksanakn pengurusan hutan mampan.

    ReplyDelete
  66. Bagaimanapun, kerosakan pada hutan simpan Ulu Segama sudah berlaku ketika pemerintahan pemimpin sebelum Musa yang "menjarah" kira-kira 4,000 hektar di sana, kata Mannan merujuk kepada tempoh itu sebagai "Zaman Gelap."

    ReplyDelete
  67. Situasi itu merampas sebahagian besar daripada kawasan di utara Danum. Hasilnya ialah hujan asid di Danum dua tahun yang lalu ketika musim jerebu teruk melanda Borneo. Para saintis cuba menilai kesan jangka panjang bahan penyubur kimia yang diguna ladang di sekitar Danum.

    ReplyDelete
  68. Mannan kesal kerana mereka sebenarnya boleh melindungi Danum dan Ulu Segama Malua ketika itu tetapi mereka enggan melakukannya "atas sebab hanya mereka yang tahu" dan membenarkan "pembalakan haram". Hutan-hutan diubah menjadi perladangan kelapa sawit.

    ReplyDelete
  69. Tugas itu kini dipikul Musa. Kepimpinannya membenarkannya membuat keputusan tidak popular yang kritikal mengenai pemuliharaan 300,000 hektar hutan, emas, arang batu dan galian di Lemba Danum dan di hutan kompleks Ulu Segama Malua.

    ReplyDelete
  70. Dibawah Musa kata Mannam, "profesional akhirnya dibenarkan mengamalkan profesion untuk pengurusan yang baik," dan menambah yang beliau dibenarkan menggunakan inovasi, kreativiti dan keusahawanan dalam mengurus sumber alam semulajadi Sabah.

    ReplyDelete
  71. Beliau menyebut contoh apabila beliau menghentikan cubaan untuk membalak 20,000 hutan di Danum yang boleh membawa keuntungan sebanyak RM4 bilion.

    ReplyDelete
  72. "Satu-satunya sebab kita dapat lakukan ini ialah sebab kepimpinan kuat politik Musa," kata Mannan.

    ReplyDelete
  73. "Saya tidak kisah memberitahu anda yang ketua menteri ini menolak secara langsung sebarang cubaan memperkenalkan dasar rambang yang kelam kabut."

    ReplyDelete
  74. Mannan membuat rayuan kepada Musa: "Jangan bersara dulu. Kami masih perlukan masa panjang dibawah kepimpinan anda untuk mencapai kecemerlangan."

    ReplyDelete
  75. Untuk Royal Society, katanya: "Jangan bimbang. Musa Aman di sini untuk membantu dan melindungi hutan Sabah daripada rampasan."

    ReplyDelete
  76. Bercakap kemudian, Musa berkata dengan bangganya bahawa Danum menjadi salah satu daripada tiga pusat penyelidikan hutan hujan dunia.

    ReplyDelete
  77. Dua lagi ialah La Selva di Costa Rica dan Panama.

    ReplyDelete
  78. Kira-kira 50 rakyat Malaysia, kebanyakan penduduk Sabah memperolehi doktorat dan ijazah untuk penyelidikan mereka mengenai Danum. Mereka menghasilkan 330 kajian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan mereka kini memegang jawatan penting dan kanan di agensi negeri dan persekutuan serta dengan NGO.

      Delete
  79. duit bukan perhitungan bagi Anwar lagi. Sebab dari sudut duit, dia sudah ada segala-galanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau orang yang boleh buat rumah setelah keluar penjara, rumah yang bernilai RM7 juta. Apakah duit menjadi persoalan?

      Delete
  80. Kenyataan Datuk Mustafar Ali, Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengenai status siasatan pemilikan 20 akaun induk oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999 kali terakhir berada di tangan Polis Diraja Malaysia sedang dalam penyemakan adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu.

    ReplyDelete
  81. kenyataan wajar daripada SPRM kerana rakyat ingin tahu mengenai statusnya. Datuk Abdul Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang dikenali seorang mempunyai integriti dengan latar belakang lulusan Sekolah Izzuddin Shahnya dan kini amat aktif dengan kerja-kerja amal Islami.

    ReplyDelete
  82. Hal ini berbangkit kerana Anwar tidak memberi respons terhadap dakwaan Murad itu. Kalau dakwaan itu tidak benar, Anwar harus menafikannya atau lebih baik lagi menyamannya kerana ia isu besar dan menyentuh integriti seseorang.

    ReplyDelete
  83. Murad bukan orang politik, kenyataannya adalah profesional dan perlu didekati isu ini secara profesional. Jangan ambil mudah mengatakan bahawa beliau diupah lalu dilontarkan kepada UMNO atau konspirasi UMNO untuk menjatuhkan Anwar. Orang sudah lali dengan hujah ini. Hujah itu sudah tidak berkesan lagi.

    ReplyDelete
  84. Murad tahu akibatnya kalau ia berdusta. Padahnya amat buruk. Oleh itu menjadi tanggungjawab profesional PDRM, BNM dan SPRM supaya ketelusan mengambil tempat dan yang melakukan jenayah ini patut dihukum.

    ReplyDelete
  85. Kepentingan ini terletak kepada tabiat Anwar yang sering menuduh orang lain kerana melakukan rasuah, nepotisme dan kronisme dan membayangkan dirinya seorang yang bersih dan mempunyai integriti tinggi dan tokoh perjuangan rakyat untuk membawa keadilan dan kebenaran.

    ReplyDelete
  86. Pihak-pihak yang menuduh Anwar semuanya memiliki bukti. Sepatutnya bawalah tuduhan itu ke mahkamah. Biar mahkamah menentukan salah benarnya kes itu secara adil. Jangan bila kalah di mahkamah dikatakan hakim tidak adil dan melakukan kezaliman.

    ReplyDelete
  87. Anwar dan Azmin adalah orang politik yang bercita-cita besar untuk sampai ke Putrajaya menjadi Perdana Menteri dan juga Menteri. Dulu pembangkang hendak lelong Putrajaya kerana ia projek Tun Dr. Mahathir Mohamad. Hari ini Anwar ghairah nak ke Putrajaya kerana agenda tertentunya.

    ReplyDelete