Tuesday 5 February 2013

DAP AKAN TERLEPAS KERUSI KOTA KINABALU.






Saudara Pengarang,

SEMUA pihak telah meramalkan DAP akan terus kekal memenangi PRU ke 13 dengan amat selesa berdasarkan kepada undi yang diperolehi pada PRU-12 kerana jika undi DAP dan PKR dicampurkan; BN langsung tidak berpeluang memenangi kawasan tersebut dan semua pihak telah membuat keputusan bahawa P172 KOTA KINABALU adalah milik DAP kini dan selamanya.

Bagaimanapun kami menyangkal dakwaan tersebut kerana sungguhpun BN tidak ada calon yang sesuai dan berani menentang calon DAP Dr Hiew King Cheu, tetapi untuk pengetahuan umum seorang wanita dari NGO dan ahli parti UPKO sanggup berdepan dengan Dr Hiew.

Mengikut sumber yang diperolehi, wanita ini telah berkali-kali didekati oleh parti-parti pembangkang terutamanya PKR dan DAP menawarkan tempat untuk bertanding mewakili parti mereka pada PRU ke 13.

Sungguhpun berpeluang menjadi calon telah terbuka kepada wanita ini, tetapi beliau telah menolaknya kerana kesetiaan kepada keturunan dan kerajaan BN sahaja yang boleh menyelesaikan masalah Negeri SABAH.

Perkembangan terakhir, pihak DAP menyedari bahawa jika wanita ini bertanding di Parlimen Kota Kinabalu atas tiket BN, peluang Dr Hiew menang mudah kembali sukar kerana beliau mengetahui kekuatan wanita ini melalui aktiviti-aktiviti NGOsnya dan mempunyai rangkaian hubungan dengan kerajaan dan pembangkang serta tokoh-tokoh korporat dari bangsa Cina dan mempunyai pertalian keluarga dengan semua bangsa di SABAH.

Demi kemenangan BN di SABAH khasnya di KOTA KINABALU wajarlah semua Parti Kompenan BN memberi laluan kepada calon NGO yang boleh memberi sinar harapan dan membantu misinya mencapai kemenangan pada PRU ke 13. Kita terjemahkan dan ketengahkan 'Winnable Candidates'.

Salam Hormat,

ANUAR IBRAHIM

No comments:

Post a Comment