Sunday, 24 February 2013

RUMAH HANGUS TIDAK DAPAT TELEFON BOMBA







MANGSA KEBAKARAN DI KG TAKULUNG
                  


KOTA BELUD : Parti Maju Sabah (SAPP) Kadamaian telah melawat mangsa ahli keluarga yang terlibat dalam suatu kebakaran rumah di Kg Takulung Losou podi pada petang kelmarin.

Mengikut keluarga kepada mangsa Mustah Sabdarin yang terbakar dalam insiden yang berlaku pada kira kira jam 2:00 pagi 15 Februari 2013, mereka terdengar suara meletup dan terhidu kebakaran dan apabila mereka ternampak rumah di sebelahan, yang di miliki nenek mangsa, telah pun besar api dan tidak dapat diselamatkan lagi.

Kampung yang mereka tinggal tidak mempunyai talian telekom atau pun liputan digi dan lain lain, tidak mungkin dapat menalipon pihak bomba untuk keselamatan.

Tambahan pula, malam tersebut angin kencang dan jika mereka sempat talipon pihak Bomba pun, mungkin Bomba akan tiba ke tempat tersebut dalam masa 45 minit hingga 1 jam kerana jalan gravel.

Puan Latipah Ginseng, emak kepada 24 tahun umur mangsa yang terbakar merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada SAPP Kadamaian yang di ketuai oleh Puan Agnes Liewpin atas sumbangan wang tunai dan barang barangan makan kepada mereka.

Agnes, bagi pihak parti SAPP mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kebakaran maut. (Media SAPP)

No comments:

Post a Comment