TAKLIMAT.....Rombongan
yang diketuai Aknan Ehtook, dua dari kanan, sedang mendengar taklimat pemilik
Kilang itu, kiri sekali, dan tengah Ahli Lembaga Pengarah MPOB Datuk Tan Yong
Gee.
Oleh : HJ.WAHAB TIMPAI
KENINGAU: Seramai 300 orang
pemohon terdiri dari pekebun kecil tanam baru kelapa sawit yang melibatkan
keluasan seluas 1,500 hektar di kawasan Pedalaman Atas diluluskan dalam
mesyuarat pagi khamis di Hotel Perkasa.
Demikian diberi tahu oleh
Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Malaysia, Aknan
Ehtook sejurus selepas mesyuarat itu.
Aknan Ehtook yang mempengerusikan mesyuarat
itu berkata,kelulusan itu secara individu dan bukan berkelompok dan setiap
pekebun kecil terlibat akan dibayar insentif sekiranya kerja di kebun dilakukan
oleh pemohon sendiri; sebaliknya pembayaran itu terus kepada taukeh yang
mengendalikan kerja kebun pemohon itu.
Beliau berkata demikian
sejurus selepas mesyuarat pada pagi khamis dibilik mesyuarat Hotel Perkasa.
Selepas Solat Zohor, beliau
dan rombongan meninjau tapak Semaian dan
sebuah kilang proses minyak sawit di kampung Bilinin.
Dalam lawatannya, di tempat
itu, Aknan Ehtook menerima beberapa aduan dari taukeh kilang berkenaan, bahawa
kilang syarikat itu tidak dapat menampung lagi kerana buah sawit lebih dua ribu
tan sehari dihantar di kilang berkenaan.
Dalam pada itu, masalah
berhubung kilang itu akan dikemukakan kepada kementerian untuk diambil tindakan, katanya.
Difahamkan buah sawit dari
Beaufort, Tenom dan Sipitang juga dihantar ke Keningau menyebabkan longgokan
buah sawit berlaku sehingga ada yang buruk.
Sementara itu, Ahli Lembaga
Pengarah MPOB, Datuk Tan Yong Gee yang turut hadir dalam mesyuarat itu
mencadangkan supaya setiap 20 kilometer dibina sebuah kilang; seperti di
Beaufort, Sipitang dan Tenom bagi memudahkan pekebun kecil menjual buah sawit
mereka; di samping menjimatkan perbelanjaan pengangkutan.
Katanya lagi, jarak antara
Beaufort dan Kilang sawit di kampung Bilinin Keningau lebih 200 kilometer dan
sudah pasti belanja tambang pengangkutan agak tinggi akibatnya kerugian kepqda
pekebun kecil akan berlaku.
Sejak MPOB masuk di kawasan
Pedalaman minat pihak bumiputra untuk menanam sawit amat menggalakkan, namun, sekiranya
mereka berterusan mengalami kerugian; berkemungkinan mereka tidak meneruskan
usaha masing-masing di kebun sawit, katanya,
Justeru itu, demi
kepentingan pekebun kecil, Tan Yong Gee merayu kepada Kerajaan supaya mengkaji
semula setiap syarikat yang ingin melabur membina kilang di kawasan Pedalaman
Bawah dan Atas.
No comments:
Post a Comment