Oleh: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN : Setelah Timbalan
Presiden Parti KeAdilan Rakyat (PKR), Azmin Ali
menolak permintaan Presiden Parti
Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee agar diperuntukkan 40 daripada 60 kerusi DUN
Sabah, dikhabarkan SAPP akan merujuk semula kepangkuan Barisan Nasional (BN).
Perkara ini bukan lagi
rahsia kepada rakyat Sabah kerana sebelum ini diwar-warkan bahawa Naib Presiden
UMNO, Datuk Shafie Apdal sudah begitu lama 'menternak' Yong sebagai 'Rakan Jauh'
BN kerana mnegharapkan agar SAPP kembali ke pangkuan BN; apatah lagi setelah
Pakatan Rakyat menolak permintaannya.
Ketamakan SAPP dan Yong
meminta jumlah kerusi begitu banyak sedangkan kerusi DUN di Sabah hanya
diperuntukkan sebanyak 60 kerusi sahaja; seolah-olah menolak PKR bertanding di
Sabah dengan Slogan 'Sabah Untuk Rakyat Sabah'.
Menurut Azmin, jika 40
kerusi diserahkan kepada SAPP, bagaimana pula dengan rakan lain dalam Pakatan
Rakyat seperti PKR, PAS dan DAP termasuk APS dan PPPS?
Mungkin Rakyat Sabah masih
ingat lagi peristiwa hitam yang melanda BN Sabah apabila Yong dikhabarkan meminta
jawatan Menteri di peringkat persekutuan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi
Perdana Menteri?
Oleh kerana permintaannya tidak
dilayan oleh Perdana Menteri kerana
tidak mengikut kriteria, Yong lantas merajuk dan keluar daripada
komponen BN secara mendadak.
Yong mengambil tindakan drastik
membawa SAPP keluar daripada BN pada 17
September 2008 tanpa memikirkan kepentingan orang lain sehingga beberapa orang
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen menjadi kelam kabut;
menghadapi kesusahan akibat tindakan terburu-buru Yong yang berakal pendek.
Berikut sedutan akhbar
tempatan pada 17 September 2008;
SAPP KELUAR DARI BARISAN
NASIONAL.
MAJLIS Tertinggi SAPP yang
bermesyuarat hari ini, bagaimanapun memutuskan bahawa ia tidak akan menyertai
Pakatan Rakyat.
Timbalan Presiden SAPP,
Datuk Raymond Tan yang kecewa dengan keputusan itu, telah meninggalkan
mesyuarat tersebut.
Katanya beliau akan meletakkan
jawatan Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Infrastrukrut Negeri.
Dalam pada itu SAPP
mempunyai dua ahli parlimen dan empat anggota dewan undangan negeri.
Dua ahli parlimen SAPP ialah
Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau).
Manakala Adun pula terdiri daripada Tan (Tanjong Papat), timbalan menteri
kewangan negeri, Melanie Chia (Luyang), Au Kam Wah (Elopura) dan Liew Teck Chan
(Likas).
Menurut Tan, beliau belum
lagi memutuskan sama ada akan keluar dari parti itu, tetapi berkata, Au yang
juga Ketua Pemuda - yang tidak menghadiri mesyuarat hari ini - telahpun
meletakkan jawatan.
Presiden SAPP, Datuk Yong
Teck Lee membuat pengumuman tersebut dalam satu sidang akhbar pada jam 4.30
petang selepas mesyuarat MT tersebut.
"BN telah hilang kuasa
moralnya untuk memerintah. Jumlah majoriti di Parlimen tidak bermakna jika
rakyat tidak lagi menghormati anda," katanya.
"Ahli-ahli SAPP yang
memegang pelantikan politik dalam kerajaan mesti melepaskan jawatan mereka
dengan memberi notis sewajarnya mengikut perlembagaan dan peraturan serta
aturan yang berkaitan, bermula di peringkat kabinet," katanya.
Reaksi
Sementara itu, Bernama
melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam reaksinya,
berkata sudah sewajarnya SAPP meninggalkan BN kerana mereka merupakan masalah
di dalam parti.
Beliau yang enggan mengulas
lanjut berkata SAPP disifatkan sebagai `pengacau' dan pemergian mereka harus
dibiarkan.
"Mereka merupakan
masalah dalam parti. Dia pengacau, biar dia pergi, tak apa," katanya
ketika ditemui di majlis berbuka puasa di kediaman rasmi Timbalan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Manakala Najib pula berkata
keputusan SAPP sememangnya sudah dijangka sejak awal dan bukan sesuatu yang
mengejutkan.
Katanya parti itu,sebenarnya
mengharapkan agar mereka diusir oleh BN, tetapi telah bertindak terlebih awal
sebelum sebarang keputusan mengenainya
"Ini bagaimanapun tidak
menggugat BN dan kita tidak perlu membuat apa-apa 'post mortem'," katanya.
Inilah antara petikan
berita bernama dan Malaysiakini untuk
tatap para pemarhati dan politik atas pagar.
Sehubungan dengan perkembangan
mutakhir ini, Ketua Cawangan UMNO Jalan Panglima Adam, Karamunting, Jafar Mustafah menyifatkan tingkah laku Yong sebagai pemimpin yang tidak mempunyai pendirian
tetap dan suka mengambil kesempatan apabila SAPP dalam kesempitan.
"Sebagai Ahli UMNO dan
pengundi tegar BN, saya minta pucuk pimpinan tertinggi UMNO supaya jangan
menerima SAPP untuk kembali semula kepangkuan BN kerana ada beberapa faktor
untuk menolak SAPP dan kita tidak mahu ada ahli BN yang menjadi duri dalam
daging dan musuh dalam selimut," kata Jafar yang menyifatkan SAPP seperti
lalang ditiup angin.
Sementara itu, Presiden
Pertubuhan Pribumi Sabah (PPS), Dato Seri Mohamed Jeffry Rosman berpendapat
Yong bukan seorang pemimpin yang baik kerana suka meminta sesuatu di luar
kemampuan BN dan apabila permintaannya ditolak, lantas merajuk lalu keluar BN.
"Sebagai penyokong kuat
UMNO dan pengundi setia BN, saya menggesa agar Presiden UMNO dan Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO Sabah tidak menerima permohonan SAPP merujuk kepada BN
kerana yakin BN mampu merampas kembali kerusi daripada tangan DAP," ujar
Jeffry yang melihat SAPP hanya parti itik tempang.
Katanya, Jika UMNO dan BN masih
menerima SAPP sebagai rakan BN, maka seolah-olah BN menolong anjing yang
tersepit kerana walaupun ditolong masih mahu menggigit.
No comments:
Post a Comment