PADA sebuah pertemuan antara
Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan
Malaysia sedang menunjuk lagak untuk membuktikan kehebatan negara
masing-masing.
Menteri Jepun : Kalau anda
ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan
banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini
menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal
teknologi robot.
Menteri AS : Kalau anda ke
Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan
jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami
bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.
Menteri Malaysia : Oleh
kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali
di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.
(Dipanggillah 2 orang tukang
untuk segera menggali tanah. Setelah ke dalaman 70 meter, kedua tukang naik ke
atas lagi)
Menteri Malaysia : Apa
korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada
apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL
TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Tidak ada
Dato’..
Menteri Malaysia : (sambil
‘mengerling’ ke arah Menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami
bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!
No comments:
Post a Comment