Tuesday 26 February 2013

KONTROVERSI NCR IMAHIT SELESAI






CENDERA.....Datuk Radin menyampaikan cendera hati kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman.

Oleh: JACOB BALANG

TENOM: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman memberi jaminan bahawa masalah tanah tanah NCR khususnya isu tanah NCR Imahit akan diberi keutamaan dan akan diselesaikan secepat mungkin.

Malahan katanya, beliau akan memberi keutamaan untuk menyelesaikan perkara tersebut dalam masa terdekat kerana beliau tidak mahu melihat ianya tertunggak sekian lama.

“ Saya terima senarai masalah ini daripada Adun Kemabong Datuk Rubin sebentar tadi...tapi tiada masalah dan saya sendiri akan beritahu dengan Sam Mannan untuk selesaikan.

“ Jalanraya menuju ke Ulu Tomani, Bakuku dan sekitarnya sudah lulus dan sekarang ini pun kerja kerja sedang bermula....pembinaan jambatan merentasi Sungai Pegalan di Natanduan menuju ke Taman Pertanian Lagud Seberang juga sudah bermula.

“ (Jadi), apa lagi pembangkang buat isu bermacam macam bentuk untuk menghasut rakyat. Mereka (pembangkang) buat Bersih 1, Bersih 2 ...huru hara jadinya...tetapi kita buat BR1M 1 dan lepas itu BR1M 2 dan lepas ini ada lagi...(jadi), mana yang kamu mahu? Bersih atau BR1M?...mestilah BR1M kerana kerajaan beri wang,” tegas Musa ketika dalam ucapan beliau di Dewan Sri Antanom semasa lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin dekat sini pada Sabtu.

Ketua Menteri itu seterusnya berkata, pembangkang sekadar pandai berjanji bulan dan bintang terutama sekali apabila sesuatu pilihanraya menjelang tiba, tetapi itu semuanya pembohongan semata mata.

Sebaliknya, tegas Musa, kerajaan BN mahu menjadikan negara ini terus mencapai kemajuan yang lebih pesat dan cemerlang supaya rakyatnya terus hidup aman dan makmur.

Rakyat kini jauh lebih matang untuk menilai mana kaca mana permata, sudah pasti rakyat sudah lama menilai dan mengenal pasti kewibawaan BN mentadbir negara, tambahnya lagi.

Ekoran lawatan itu ramai berpendapat bahawa rakyat dikawasan Parlimen Tenom amat bersyukur kerana sekali lagi mendapat limpahan peruntukkan pembangunan dimana sejumlah kira kira RM 8 juta telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyddin Yassin semasa lawatan beliau ke sini pada Jumaat lepas.

Peruntukkan tersebut dikatakan untuk menjana kos pembiayaan pembaikkan kedaifan pelbagai infrastruktur sekolah rendah kebangsaan mahupun sekolah sekolah jenis kebangsaan Cina selain kos membaikpulih 35 batang jalan jalan kampong.

Pengumuman itu sebagai jawapan kepada permintaan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Radin Malleh yang menyelitkan permohonan itu semasa ucapan alu aluan beliau dimajlis tersebut dimana antara tujuannya untuk menjaga hati rakyat menjelang pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) kerana isu kepincangan tersebut sudah berlarutan sejak tahun 2008.

Sebaik sahaja Timbalan Perdana Menteri itu mengumumkan kelulusan peruntukkan tersebut berbagai pihak terutamanya pemimpin Barisan Nasional (BN) diperingkat akar umbi mengucapkan syukur kerana akhirnya masalah yang menjadi kekangan mereka bagi meraih sokongan rakyat sebelum ini sudah terjawab.

No comments:

Post a Comment