Oleh : MARUF ISMAIL
KOTA BELUD : Penduduk
kampung menggesa Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan supaya
mengambil tindakan segera untuk membaiki
penampan Jambatan Jalan Gaur Podos yang dalam keadaan hampir rosak
ekoran daripada hakisan air.
Punca masalah ini berlaku
akibat daripada banjir dan penduduk kampung
bimbang sekiranya masih belum ada tindakan susulan yang diambil mungkin akan
memburukkan lagi keadaan.
Penduduk kampung telah
mengadukan permasalahan ini kepada pihak yang bertanggungjawab termasuk Ahli Parlimen
Kota Belud pada tahun lalu dan beberapa agensi
Kerajaan yang terlibat telah
melawat kawasan tersebut, namun sehingga kini masih belum menampakkan
tanda-tanda sebarang penyelesaian yang diambil.
Justeru itu penduduk
kampung bertindak untuk melaporkan
perkara ini kepada SAPP Bahagian melalui Ketua Bahagian SAPP Kedamaian, Puan Agnes
Liewpin dan beliau sendiri telah melawat dan meninjau kawasan tersebut
setelah tidak mendapat respon daripada Rahman Dahlan.
Agnes dalam lawatannya
menggesa dan mendesak agar kerajaan mengambil tindakan dengan segera kerana
beliau bimbang jika sekiranya perkara ini tidak diambil serius mungkin boleh
merumitkan penduduk kerana jambatan tersebut menghubungkan beberapa kampung
seperti, Kg.Gaur, Kg.Kaung Melaan, Kg.Pinolobuh, Kg.Bukid, Kg. Mengkulat dan
Kg.Podos.
Lagi membimbangan beliau
kerana terdapat 3 buah sekolah yang menggunakan laluan jambatan tersebut
antaranya SK.Pinolobuh, SK Mengkulat dan SR SDA Gaur.
Tambahannya lagi, jambatan
tersebut adalah laluan utama penduduk untuk mengangkut sumber pertanian untuk dijual.
Menurut penduduk kampung
yang ditemui, terdapat pengusaha kuari berdekatan kawasan berkenaan yang sumber
batunya diambil daripada sungai tersebut.
Agnes mengutuk sikap Rahman
Dahlan yang kurang proaktif mengatasi masalah dan aduan rakyat, tetapi sering
bercakap besar untuk mengaburi mata rakyat.
"Jika inilah kualiti
perkhidmatan Ahli Parlimen Kota Belud, kita yakin SAPP akan berjaya tawan
kerusi ini dengan mudah pada PRU-13," kata Agnes yang yakin bahawa rakyat
sudah muak dengan rekod perkhidmatan buruk Rahman selama ini yang digelar 'Ahli
Parlimen Payung Terjun!'
No comments:
Post a Comment