Friday, 22 February 2013

APA KEPENTINGAN OSMAN JAMAL DALAM BAGUS MAJU?






HADIR....Sebahagian para pemilik tanah yang hadir pada sesi sidang media.

Oleh: SHAIMON S JUMADI           Foto : SAFFIE S JUMADI

KINABATANGAN : Tetuan Aisah Ahmad & Co yang telah dilantik sebagai Penasihat Undang-Undang atas kapasiti kepercayaan Individu yang mewakiIl seramai 216 orang pemilik tanah terbabit, khususnya bagi  mengendalikan kes tuntutan Tanah Koyah A Fasa I, II & III Kinabatangan (Skim Pekebun Kecil) yang kini sedang hangat dipertikaikan  yang  belum ada jalan penyelesaian sehingga kini dan  sekali lagi didedahkan di Sidang Media yang diadakan di sebuah Hotel  dekat sini, kelmarin.

Sabahkini.Net mencatatkan antara kandungan teks yang dibacakan oleh Aisah Ahmad  di hadapan sebahagian  para pemilik tanah terbabit  yang hadir antaranya adalah sebagai berikut:

Walaupun para pemilik asal tanah telah menyatakan tidak  bersetuju dengan tawaran-tawaran di atas dengan menyatakan di mesyuarat bertarik 06 Februari 2013 lalu melalui sidang media yang telah disiarkan di Sabahkini.Net pada 17 Februari 2012 serta TV3 di Buletin Pagi dan Buletin 1.30 petang.


Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Datuk Osman Jamal dengan menggunakan 'kuasa vetonya' masih mengarahkan surat jemputan  dikeluarkan  melalui Jabatan Tanah dan Ukur Kinabatangan  menjemput para pekebun kecil untuk menjelaskan tentang isu tuntutan tanah Koyah A yang telah diadakan pada 18 Februari 2013 di Dewan  Sri Lamag, Bukit Garam.

Dalam perjumpaan tersebut yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Raden; ADUN Sukau, Datuk Saddi Abd Rahman; Peguam Omar Baki, pegawai-pegawai lain  dan dewan dipenuhi oleh para penceroboh yang menduduki tanah tersebut.

Para memilik tanah terbabit telah menegaskan perkara ini, sekiranya tidak mendapatkan penyelesaian seadil-adilnya dengan situasi menang-menang yang sebenar melalui MEMORANDUM ini; maka para pemilik asal akan  membawa kes ini ke mahkamah.

Tetapi nampaknya para pemilik asal masih dipaksa untuk menerima tawaran-tawaran yang tidak munasabah, malahan diugut tanah mereka akan ditarik balik.

Senario ini dilihat oleh Jabatan Tanah dan Ukur bercanggah dengan kenyataan-kenyataan  mereka sendiri, contohnya meminta para pemilik tanah asal yang tidak bersetuju membawa kes ini ke mahkamah, namun dalam masa yang sama telah menetapkan tawaran serta menganggap isu ini telah selesai.

Apakah agenda sebenar dan kepentingan siapakah yang dilindungi sebenarnya apabila tanah dimiliki  oleh penceroboh, buah sawit dijual ke kilang Kwantas Corporation (dimiliki oleh Pengarah Bagus Maju Bhd) tetapi para pemilik asal hanya mendapat saham yang perlu dikongsi dengan penceroboh. Adakah ini penyelesaian situasi menang-menang? Nampaknya yang menang bersorak hanya pihak syarikat dan penceroboh, kerugian dan hak para pemilik asal tidak diutamakan.

Aisah turut menyatakan beberapa perkara tambahan yang tidak termasuk dalam memorandum seperti berikut;

01. Membantah dan menolak bahawa isu tuntutan tanah telah selesai seperti yang didakwa oleh Osman Jamal.

02. Berita-berita  yang menyatakan  bahawa isu ini telah selesai seperti yang disebarkan di beberapa akhbar tempatan seperti New Sabah Times,  Harian Metro, Utusan Borneo, RTM laman Sosial (FaceBook).

03. Osman Jamal telah berbohong dengan menyatakan  di akhbar-akhbar terbabit: Bahawa penyelesaian isu tanah adalah atas cadangan dan persetujuan 400 pemilik tanah tersebut.

“Saya ingin memetik sedikit isi kandungan berita yang tersiar di New Sabah Times pada 19 Februari 2013 bertajuk 'Masalah Tuntutan Tanah Sungai Koyah Kinabatangan Selesai.'

"Masalah berhubung tuntutan tanah di Sungai Koah A Fasa I,II & III di Bawah Skim Pekebun Kecil kini terlerai dengan persetujuan majoriti daripada 400 anggota bersetuju melaksanakan usahasama dengan Syarkat Bagus Maju Bhd.

Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Datuk Osman Jamal berkata, pihaknya akan mengeluarkan surat tawaran kepada pihak syarikat itu sebaik sahaja persetujuan dicapai menerusi surat perjanjian berkaitan mekanisme  usahasama itu.


Yang menghairankan, kenapa Osman Jamal terlalu beria-ia membantu Syarikat Bagus Maju Bhd dan sanggup membelakangkan kepentingan rakyat. Apakah Osman Jamal mempunyai kepentingan dalam Bagus Maju Berhad?

Sebagai Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur serta bertindak merupakan sebagai pentadbir sebuah jabatan kerajaan, Osman seharusnya berada di tengah-tengah, bukan bersekongkol dengan atau bagi pihak Bagus Maju.

Keganjilan ini terlalu ketara sekali kerana Osman Jamal bermatian-matian mahu mempertahankan kepentingan Bagus Maju. Apakah Osman merupakan salah seorang pemengang saham yang menggunakan nominee dalam syarikat tersebut?

“Kami menyatakan bahawa kami pada masa kini. Seramai 216 orang adalah kumpulan majority daripada 400 pemilik tanah asal Koyah A Fasa I,II &III Kinabatangan menyatakan:

Kata Aisah, agak ganjil bagaimana orang Bugis boleh dan mempunyai hak untuk mengusahakan tanah NT sedangkan pemilik asal dilayan sebagai penceroboh kerana tidak boleh menduduki tanah tersebut.

Bagi pihak anak guamnya, Aisah mengakui telah menyerahkan Memorandum berkenaan kepada Ketua Menteri Sabah pada 20 Februari 2013 dan kepada Perdana Menteri waktu terdekat ini.

Aisah menegaskan, atas nasihat anak guamannya, pihaknya tidak akan  menyaman Jabatan Tanah dan Ukur; sebaliknya akan menyaman Osman Jamal.

"Kami bukan anti kerajaan BN/UMNO seperti yang didakwa oleh Osman Jamal. Kami juga adalah penyokong tegar BN/UMNO tetapi disebabkan ADUN/ADR dan Osman Jamal, terlalu  menghiris dan melukai hati kami maka sebagai penyokong tegar UMNO/BN; maka kami terpaksa beralih sokongan kepada parti pembangkang pada PRU 13      ini.

"Ini sahaja hukuman yang layak untuk orang yang bersekongkol dengan Osman Jamal dan Syarikat Bagus Maju," kata Aisah lagi.

No comments:

Post a Comment