MOTIF.....Apa motif Salleh Kalbi menyerahkan 'Poster' kepada pemimpin UMNO akar umbi di setiap perjumpaan yang dianjurkan gurkhanya setelah UMNO Silam memboikot segela aktivitinya.
Saudara Pengarang,
AHLI Parlimen Silam paling
kontroversi di Malaysia, Haji Salleh Kalbi kerana dikenali sebagai 'pejuang
UMNO yang berani menggelar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai 'Kereta
Terpakai'; malah mempunyai kes rasuah dan skandal paling banyak di Silam;
baru-baru ini mula mengedarkan 'Poster' Pilihanrayanya kepada Ahli UMNO
Silabukan dan mengesahkan dirinya kekal calon UMNO di Parlimen Silam.
Sebagai pemilih berdaftar,
saya agak terkilan dengan pemimpin UMNO di Silam kerana sejak sekian lama semua
calon Parlimen Silam ialah calon import; majoritinya daripada Semporna; malah salah
seorangnya daripada Cocos Island, Australia.
Politik 'Sabun' di Silam
nampaknya tidak membawa kelebihan kepada pemimpin UMNO tempatan kerana
kebanyakan Ketua Cawangan UMNO adalah 'Fixed Deposit' yang mendapat IC Projek
Mahathir sehingga tidak mungkin bagi anak tempatan untuk menonjolkan diri
sebagai pemimpin; melainkan mampu menawarkan wang atau melalui jalan culas seperti
Datu Nasrun Datu Mansur.
Rekod buruk Nasrun, Datuk
Suhaili Said, Datuk Samsu Baharun, Salleh Kalbi, Askalani Abdul Rahim, Datuk
Haji Mohd Yusof Apdal dan beberapa nama yang disebut-sebut seperti Datuk
Matusin Sunsang, Datuk Yusof Serangit, Datin Maizatul Akmam dan sebagainya
gagal melepasi tapisan SPRM.
Hanya Ketua Wanita UMNO
Silam, Hajjah Saleha sahaja calon tunggal yang masih berada dalam tapisan SPRM,
namun Cawangan Khas menolak pencalonan beliau atas beberapa sebab yang hanya
diketahui mereka.
Sehubungan itu, Salleh mula
syok sendiri sekalipun isterinya mungkin dipanggil sebagai saksi untuk memberi
keterangan di hadapan Panel RCI kerana memalsukan keterangan diri untuk
mendapatkan MyKad Malaysia walaupun lahir di Filipina.
Salleh yang menggunakan
ijazah 'PhD' palsu dan masih menggunakan gelaran 'Dr' semakin ligat
mempromosikan dirinya melalui Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji
Mulia setelah menjual beberapa tokoh Illanun agar Najib mengekalkan beliau
sebagai calon UMNO di Parlimen Silam sekalipun beliau sedar tidak memegang
sebarang jawatan dalam parti atau BN.
Jika Salleh dikekalkan, nampaknya
kerusi Parlimen Silam dan Tungku, Kunak dan Lahad Datu akan terlepas kepada
pembangkang. Bukan kerana pembangkang kuat, tetapi rakyat muak melihat
'permainan politik kotor' Salleh sejak menjadi Ahli Parlimen Silam dan
pembelotan di kalangan pemimpin UMNO.
Sehubungan itu, Najib dan
Musa Aman wajar meneliti isu calon di Parlimen Silam kerana rakyat mahukan
calon yang berkaliber dan bukannya bermasalah atau dipaksa menerima 'pemimpin
Nasi Basi' atau 'Ikan Basung'.
Salam Hormat,
ABD KARIM A.R
No comments:
Post a Comment