HADIR....Lebih
200 para penyokong tegar UMNO menghadiri perjumpaan tersebut.
Oleh: SHAIMON S JUMADI
TAWAU : Rakyat
digesa jangan mudah terpengaruh
oleh dakyah-dakyah songsang yang dilemparkan oleh parti-parti pembangkang
seperti PKR-DAP dan PAS yang berbaur
fitnah yang tidak berasas.
Apapun, kerajaan cukup
membantu rakyat dalam pelbagai aspek seperti bantuan BR1M RM500 bantuan Sara
Hidup Nelayan bulanan RM200 dan pelbagai lagi; namun masih dinafikan, malahan
rakyat yang menerima BR1M RM500 dicap sebagai haiwan.
Presiden Pertubuhan Pribumi
Sabah (PPS), Mohd Jeffry Rosman berkata
demikian ketika berucap di hadapan lebih 200 orang ahli-ahli UMNO dan para
penyokong BN yang diadakan di kawasan lapang Perumahan Taman Titingan malam
tadi.
Katanya, para pemimpin pembangkang
jelas sudah ketandusan idea kerana melemparkan bermacam tohmahan kepada pucuk
pimpinan BN dan kerajaan BN dengan tujuan untuk meraih simpati bagi mendapat
sokongan rakyat terhadap perjuangan parti Pakatan Rakat yang tidak punya hala
tuju itu.
Jeffry berkata, kemasukan
mantan Presiden LDP Datuk Chong Kah Kiat ke parti Pembangkang khususnya PKR,
sedikitpun tidak menjejaskan sokongan masyarakat Cina di Sabah kerana mereka
tahu siapa Chong Kag Kiat, seorang yang tidak berpendirian tetap dan
mementingkan diri sendiri.
“Kebanyakan pemimpin BN yang
keluar daripada BN mereka ini tergolong orang yang sangat kecewa kerana semasa
berada dalam BN, permintaan mereka tidak ditunaikan; merajuk kemudian menyertai
parti pembangkang," kata Jeffry yang menjelaskan bahawa orang yang sebegini
tidak harus diberi tempat dan tidak boleh dipercayai.
Sebagai contoh jelas, kata Jeffry,
Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk
Yong Teck Lee semasa berada dalam BN meminta jawatan tinggi di peringkat persekutuan, tetapi permintaannya ditolak
oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
"Yong merajuk lalu meninggal
BN dan sekarang pula mahu merujuk semula untuk kembali kepangkuan BN setelah
permintaannya untuk bertanding 40 kerusi DUN ditolak mentah-mentah oleh pucuk
pimpinan PKR,” ujar Jeffry.
Orang seperti Yong Teck Lee (SAPP)
dan Chong Kah Kiat (LDP) tambah Jeffry, tidak
mempunyai pengaruh besar di kalangan masyarakat Cina kerana semasa Yong dan
Chong jadi Ketua Menteri Sabah selama dua tahun, apakah jasa baktinya kepada
masyarakat Cina?
"Mereka berdua ini
hanya mencari kekayaan untuk kepentingan
diri sendiri dan rakyat Sabah menanggung beban di atas 'buah tangan' mereka
semasa diberi kuasa memerintah negeri Sabah selama dua tahun," ujar Jeffry
yang menyarankan agar kedua tokoh ini bersara.
Tambahan pula rakyat di
negara ini, kata Jeffry, amat terguris
dan terhiris hati mereka dengan kenyataan liar Menteri Besar, Datuk Nik Aziz
yang menyifatkan penerima BR1M tidak ubah seperti haiwan.
Turut hadir pada sesi perjumpaan tersebut ialah Puan Ummi
Hafilda Hj Ali dan rombongannya dari
Kuala Lumpur dan ADUN Kawasan Apas Datuk Hj Tawfik Datuk Abu Bakar Titingan.
No comments:
Post a Comment