PENDARATAN kumpulan
bersenjata dari kepulauan Sulu untuk menuntut Sabah yang didakwa dipajak kepada
Malaysia menemui episod baru apabila seorang lagi 'sultan' tidak setuju dengan
tindakan itu.
"Banyak pihak mendakwa
mereka pewaris kesultanan itu tetapi saya adalah pewaris yang sah," kata
Ampun Muedzul-Lail Tan Kiram kepada Malaysiakini menerusi telefon.
Kumpulan kira-kira 100 orang
di Kampung Tanduo, Lahad Datu sebelum ini mendakwa memperolehi mandat daripada
Sultan Jamalul Kiram III dan ekspedisi mereka diketuai seorang tengku mahkota
dengan nama Rajah Mudah Agbimuddin Kiram.
Ampun Muedzul bagaimana pun
menyifatkan pendaratan kumpulan itu di Kampung Tanduo, Lahad Datu sebagai
tindakan tidak bijak.
"Beliau menentang
tindakan pergi ke negara lain dengan senjata dan itu bukan satu tindakan yang
bijak," kata jurucakap kepada Ampun Muedzul, Andres Linholm kepada
Malaysiakini.
Pakar sejarah Dr Farish Noor
pula berpendapat faktor perpecahan keturunan Sultan Sulu selepas kejatuhan
kesultanan Sulu dan waktu tuntutan mula dibuat ke atas Sabah merumitkan
persoalan pewaris sah kesultanan itu.
"Masalahnya dengan
jurang masa yang begitu lama - di antara masa kejatuhan kesultanan Sulu pada
1862 dan situasi yang kita hadapi pada tahun 60-an - keluarga diraja Sulu kini sudah
berselerak dan berpecah-pecah.
"Itu menjelaskan sebab
begitu ramai orang mendakwa mereka adalah Sultan Sulu," katanya.
No comments:
Post a Comment