Saudara Pengarang,
KEGELOJOHAN para pemimpin BN
menabur umpan melalui BR1M dan pengagehan ini menyebkan beban kerja pegawai
awam bertambah; namun tidak menyangka mereka akan menghukum rakyat yang ingin
berurusan rasmi.
Kepandiran Pegawai Daerah
Kunak menyebabkan Kaunter Hasil Pejabat Daerah Kunak ditutup sepanjang hari pada
25 Februari 2013 kerana kakitangan sibuk mengurus penyampaian BR1M, seperti
mana notis yang dilekatkan Ketua Kerani di cermin kaunter Hasil.
Akibatnya orang awam yang datang
dari jaun untuk berurusan rasmi terpaksa pulang begitu sahaja dan ramai merungut
kerana terpaksa datang lagi dan menghabiskan wang untuk membayar tambang.
Jika sikap Pegawai Daerah
ini dicontohi oleh daerah lain, maka sudah pastinya menyusahkan rakyat dan
membuatkan mereka marah sehingga pemberian BR1m tidak ubah seperti mencurah
garam ke lautan.
Saya masih tidak faham kepada
YB dan Menteri menyiksa rakyat berbaris sepanjang hari semata-mata untuk
mengambil BR1M sedangkan ia dapat dilakukan dengan muda kerana semua maklumat
dan urusan di zaman IT ini berada di hujung jari. Cukuplah menyiksa rakyat jika
masih ingin mengekalkan kerusi!
Salam hormat,
CITRA MASADI
Ketua Penerangan AMK Sabah.
No comments:
Post a Comment