OLEH: SHAIMON S JUMADI
TAWAU : Seorang aktivis muda yang begitu aktif dalam Pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) bagi kerja-kerja amal kepada masyarakat di Tawau,
kemungkinan berpeluang besar untuk menjadi calon pada PRU 13 ini atas tiket BN;
sama ada di kawasan Balung ataupun di kawasan DUN Sebatik.
Sabahkini.Net telah
difahamkan atas sumber-sumber yang diperoleh daripada masyarakat Tawau yang
boleh dipercayai, anak muda ini kemungkinan berpeluang untuk dipilih sebagai
calon kerana telah mendapat sokongan daripada para pemimpin kanan UMNO
terutamanya Datuk Hj Taufik Datuk Hj Abu Bakar Titingan Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) N55 Apas.
Sebelum ini, anak muda yang
dimaksudkan pernah menjadi Yang Dipertua
PERKASA Negeri Sabah, tetapi telah meletakan jawatannya pada bulan Disember
2012 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Kini beliau telah memegang
jawatan barunya dalam NGO sebagai Presiden Pertubuhan Pribumi Sabah (PPS) yang
beribu pejabat di Tawau.
Nama Dato Seri Mohamed Jeffry Rosman memang tidak asing lagi
di Sabah kerana penglibatannya dalam NGO begitu menyerlah dalam membuat
kerja-kerja amal dan kebajikan.
Mungkin masyarakat di Tawau
masih ingat di mana berlaku peristiwa hitam telah menghantui para penduduk
Taman Perumahan Titingan apabila penduduknya telah terminum air mayat selama
seminggu ekoran seorang pekerja penjaga tangki
mati jatuh kedalam tangki tersebut.
Pada masa itu Jeffry masih
menyandang jawatan Yang Dipertua PERKASA Negeri membawa kes ini dan telah
menuntut saman sebanyak RM100 juta kepada pihak pemaju sebagai ganti rugi
terhadap lebih 1000 penduduk tersebut yang telah terminum air mayat selama
seminggu.
Ekoran daripada fenomena itu,
rakyat di Tawau begitu menghargai sumbangan dan khidmat Jeffry yang tidak
ternilai harganya kepada masyarakat; khususnya lebih 1,000 pendudukan Taman
Perumahan Titingan yang dapat pembelaan
dari seorang pemimpin kerdil yang berjiwa rakyat.
Hubungan Jeffry dengan
Datuk Taufik memang begitu akrab sekali,
maka sehubungan itu Taufik amat menyokong jika Jeffry diberikan peluang sebagai
calon pada PRU 13 nanti; sama ada kawasan DUN Sebatik ataupun Balung. Namun
terpulang kepada budibicara Presiden UMNO Dato Seri Mohd Najib Tun Hj Abd Razak
untuk membuat keputusan,
Menurut Jeffry, Resume atau
Biodata peribadinya sudahpun dihantar ke Jabatan Perdana Menteri tiga bulan
yang lalu.
“Saya terlebih dahulu ingin
mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Sabahkini.Net
kerana banyak membantu dalam membuat siar raya; khususnya mengenai peranan saya
sebagai pemimpin NGO sehingga nama saya begitu popular dipersada politik dan
NGO tanah air,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment