TENTERA......Dua orang tentera ini merupakan pemimpin yang berpengaruh dalam tentera Sultan Sulu yang terkepung di Tanduwau, namun tidak diketahui apakah mereka dua daripada yang dikhuatiri terbunuh?
SABAHKINI.NET menerima
maklumat tidak rasmi daripada koresponden bahawa dua daripada 300 orang ketumbukan
tentera 'Sultan Sulu' di Kampung Tanduwau, Tungku telah ditembak mati.
Bagaimanapun kata sumber itu lagi, kematian mereka bukan disebabkan tembakan pihak
berkuasa Malaysia; sebaliknya bergaduh sesama sendiri kerana kehabisan bekalan makanan dan berselisih pendapat.
Kematian dua tentera itu
akan menyebabkan keadaan tegang sebelum ini mungkin akan reda kerana sebahagian
besar anggota tentera Sultan Sulu ingin pulang secara aman selagi diberikan ruang
dan peluang oleh Kerajaan Malaysia.
Dua mangsa yang terbunuh dikenali sebagai
Haji Musa dan Majid. Menurut Koresponden Sabahkini.net, beliau dan saksi lain
mendengar antara enam hingga 10 bunyi tembakan; namun jumlah sebenar kematian
dan kecederaan belum dapat disahkan.
Sabahkini.net akan mengeluarkan siri khas
berhubung insiden pencerobohan ini dalam masa terdekat. Bagi tentera yang
memiliki MyKad, mungkin tiba masanya pulang ke Filipina setelah menerima BR1M
2.0 sebelum tertembak!
No comments:
Post a Comment