Sunday, 24 February 2013

USAHAWANITA PERLU MANFAATKAN TEKNOLOGI






KENANGAN.....Azizah dan Siti Sapoo bergambar kenangan bersama peserta diakhir Program Jalinan Kasih Bersama Usahawan Wanita anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (Jhewa) di Dewan Baru Beaufort.

Oleh : ABDUL BAKAR ESAH

BEAUFORT: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun menggesa usahawanita agar sentiasa berusaha merbut peluang disediakan kerajaan dan memanfaatkan teknologi terkini bagi memajukan bidang keusahawanan yang mereka ceburi.

“Usahawanita perlu bijak dan berikhtiar merebut peluang yang disediakan oleh jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi berkaitan.

“Kita tidak boleh mmberi alasan tiada kemahiran kerana banyak peluang-peluang kemahiran dan latihan disediakan pada hari ini. malahan tidak semua perniagaan memerlukan premis. ramai yang telah membuktikan kejayaan dengan mengusahakan perniagaan dari rumah.

“Saya juga ingin menggesa agar para usahawan memanfaatkan teknologi terkini untuk memajukan lagi bidang yang diceburi. Adalah tidak mustahil sekiranya teknologi ini dikuasai sepenuhnya, ia bukan sahaja menjimatkan masa, tenaga dan wang bahkan berupaya melipatgandakan keuntungan dan mengembangkan lagi perniagaan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Jalinan Kasih Bersama Usahawan Wanita anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (Jhewa) di Dewan Baru Beaufort, baru-baru ini.

Majlis itu dihadiri 326 usahawanita terdiri daripada peserta usahawanita dibawah bimbingan Yayasan Usaha Maju (YUM), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Tekun Daerah Beaufort, Kuala Penyu dan Menumbok.

Aziah yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga berkata pelbagai program telah disediakan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk membantu memperkasakan wanita dalam bidang perniagaan.
“Kalau dahulu, kita mengatakan sukar untuk mendapatkan modal dan khidmat bimbingan. Kini, pelbagai bentuk skim bantuan, tabung dan pelbagai program yang disediakan oleh kerajaan dan sektor swasta yang boleh dimanfaatkan. Ini termasuklah Sedcovest Holding Sdn. Bhd, Yayasan Sabah, Yayasan Usaha Maju (YUM) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

“Sesungguhnya kita amat bertuah kerana kerajaan telah menyediakan banyak kemudahan, bantuan dan pinjaman. Dengan kata lain kerajaan menyediakan pancing supaya agar puan-puan dapat menambahkan rezeki dengan memancing di lubuk-lubuk yang banyak ikan. Sebaliknya kalau bergantung kepada pemberian ikan semata-mata. Kita tidak boleh bergantung kepada bantuan semata-mata tetapi perlu berusaha untuk merubah ekonomi diri dan keluarga. kita harus sedar bahawa Tuhan tidak mengubah nasib seseorang melainkan kita sendiri berusaha bersungguh-sungguh mengubahnya,” katanya.

Beliau juga memberitahu kementeriannya serta agensi di bawahnya terus menyokong usaha-usaha pembangunan Wanita dalam sektor ekonomi.

“Seperti hari ini juga, program sokongan berbentuk motivasi dan kaunseling akan terus diadakan dari semasa ke semasa. Semua usaha ini dilaksanakan bagi menjayakan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri untuk melahirkan lebih ramai usahawan wanita,” katanya.

Terdahulu pada program yang turut diisi dengan dua sesi ceramah itu Pengarah Jhewa, Datuk Siti Sapoo Ahok berkata objektif program itu antara lainnya sebagai usaha menambah ilmu pengetahuan mengenai peluang-peluang perniagaan secara online.

“Melalui program ini kita juga berharap akan dapat menghimpunkan usahawan-usahawan wanita bagi meningkatkan keupayaan diri dan membina rangkaian perniagaan dikalangan usahawan,” katanya.

No comments:

Post a Comment