EBOT-EBOT.....Dato
sri Nasir(tengah) dibantu salah seorang penduduk menaiki tangga rumah kediaman
Ketua Cawangan UMNO, Hussin Jauddin di kampung Halo, Semporna.
Oleh : ARSHAD HUSSIN
SEMPORNA: Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) Kawasan
Senallang, Dato sri Nasir Tun Sakaran, mengingatkan rakyat sentiasa menjaga
kedaulatan dan undang-undang Negara sambil
mengutamakan perpaduan sesama kaum.
Katanya, rakyat seharusnya
lebih bersyukur dan berterima kasih
dengan kedaan Negara yang aman, makmur dan selamat di bawah kepimpinan
kerajaan Barisan nasional yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima
Mohd Najib Tun Razak dan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Hj.Aman.
Justru itu katanya, rakyat
perlu mematuhi peraturan dan undang-undang Negara tanpa melakukan sebarang
perbuatan yang boleh mengundang pelbagai jenayah dan menimbulkan ketakutan
kepada penduduk.
Nasir yang juga Menteri Di Jabatan
Ketua Menteri Sabah, berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) memang sentiasa
menunaikan janji selaras dengan misi Tradisi
Membela Rakyat, Janji Ditepati berlandaskan konsep 1Malaysia yang mendahulukan
rakyat dan pencapaian diutamakan semata-mata untuk kesejahteraan seluruh rakyat
Negara ini tanpa mengira suku kaum, fahaman politik mahu anutan agama.
Beliau berkata demikian
sempena majlis Ziarah Rakyat & Majlis Bersama Pemimpin di Kampung Halo dan
Kampung Bangau-Bangau dekat sini.
Turut serta dalam majlis dan
rombongan itu Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat(UPKR) Dun Senallang, Haji tahir
Haji Amir; Ketua Daerah Semporna Kawasan Senallang, OKK Haji Musa Sabaani; Pegawai
Perhubungan Adun, Haji Zainal Jalaludin, Pegawai Kemajuan Masyarakat, Roslan
Jalaluidn; Ketua Cawangan UMNO Kg.Halo, Hussin Jauddin; Ketua Kampung
Bangau-Bangau, Juak Borneo; WKAN Abdul Lubdati dan skuad Unit Gerakhas Pejabat
Adun Senallang.
Nasir berkata, rakyat juga
seharusnya berhati-hati dengan pelbagai isu dan propaganda yang disebarkan
pihak tertentu yang ingin meracuni pemikiran rakyat membenci kerajaan dan
menidakkan kemajuan pembangunan yang sekian lama sudah dinikmati seluruh rakyat
Negara ini.
Katanya, menjelang ambang
pilihanraya yang semakin dekat kini, pihak pembangkang tidak akan pernah jemu
mempengaruhi rakyat dan cuba memainkan
pelbagai isu semata-mata untuk memuaskan hati mereka memburuk-burukkan kerajaan
dan menafikan kecemerlangan yang dicapai kerajaan BN selama.
Nasir menegaskan, kerajaan
BN sentiasa prihatin membatu rakyat khusunya golongan miskin dan termiskin, kaum
nelayan, petani dan peladang, demikian juga pelajar sekolah dan golongan belia
melaui pelbagai bantuan termasuk BR1M; PR1M dan Rumah PPRT.
“Apabila kerajaan yang
sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat ini memperjuangkan dan membela nasib
rakyat, masih ada lagi golongan rakyat yang tidak berpuas hati terutamanya
penyokong-penyokong pembangkang yang sering menyalak dalam halaman sosial maka
nikmat mana lagi yang hendak mereka nafikan?” ujar Nasir kesal.
Beliau menambah, sementara
kerajaan BN membela nasib rakyat, pihak pembangkang hanya tahu bercakap dan
menyebar fitnah dan menghambur
janji-janji manis yang tidak mungkin mereka tunaikan berbanding kerajaan
BN, Janji Ditunaikan!
Sempena majlis itu Dato Sri
Nasir bersama rombongan yang terdiri daripada kakitangan UPKR dan Skuad Unit
Gerakhas Pejabat Adun Senallang, menaiki perahu (bot) ke kampong Halo seterusnya
ke Kampung Bangau-Bangau menyampaikan Kad Pengesanan Pengundi dan menyampaikan
sumbangan peribadi.
No comments:
Post a Comment