Friday, 22 February 2013

KENAPA POLIS GEMAR TELANJANGKAN OKT?







MISTERI yang belum terjawab sehingga kini ialah kenapa polis (termasuk warder penjara) gemar menelanjangkan Orang kena Tuduh (OKT) terutama kes tuntutan tanah adat sedangkan kesalahan tersebut tidak memerlukan polis melakukan pemeriksaan tubuh seperti kes dadah dan rogol. Ramai mangsa mengadu ditelanjangkan dan dimalukan polis dengan pelbagai soalan yang tidak ada kena mengena dengan siasatan melainkan untuk menjatuhkan maruah OKT. Siapa dalang di sebalik 'Ops Telanjang' ini? Mungkin agak memalukan kerana polis masih buntu menyelesaikan isu Pencerobohan Tentera Sultan Sulu di Tungku, Lahad Datu tetapi bersikap garang dengan menjadikan Lokap yang kotor sebagai 'Rumah Rehat' kerana OKT hanya membuang masa menunggu siasatan selama berhari-hari dan menunggu pertuduhan, sedangkan siasatan hanya mengambil masa satu atau dua jam. Tidakkah PDRM merasa malu kerana hanya berani bertindak terhadap golongan lemah. Semoga Pesuruhjaya Polis Sabah dapat melakukan transformasi!

No comments:

Post a Comment