BUKTI......Hasmiati
menunjukkan bukti jenayah yang dilakukan Voo Man Chung yang kebal oleh tindakan
undang-undang.
Oleh : ZAKRI ZAKARIA
"Saya merasa kesal di atas
sikap sambil lewa pihak polis yang tidak menyiasat dan mendakwa Voo Man Chung
atas laporan polis yang saya buat pada 31 Januari, 2013," tegas Hasmiati
bte Rustam dalam kenyataanya yang dikirim kepada Sabahkini.net.
Sehubungan itu, Hasmiati
telah mengutus surat kepada Peguam Negara, meminta supaya Voo Man Chung didakwa
dan dipenjarakan.
Tambah Hasmiati, pihak polis
Sandakan telah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka sehingga Voo Man Chung
berterusan mengutip wang tunai dari orang ramai yang berhadapan masalah kes mahkamah.
"Voo Man Chung akan
mengutip wang tunai sebagai deposit guaman dan membuat janji dan jaminan bahawa
kes mereka akan dimenangkan oleh Voo Man Chung," demikian tegas Hasmiati Bte
Rustam.
Hasmiati telah ditipu RM20,000
oleh Voo Man Chung. Baru-baru ini, pada 19 Februari, apabila Hasmiati berjumpa
Voo Man Chung di pejabatnya, isteri Voo Man Chung secara sinis menjawab bahawa
Voo Man Chung tidak kenal dengan Hasmiati.
"Saya sangsi dan
mengesyaki bahawa Voo Man Chung mempunyai hubungan istimewa dengan pegawai
tertentu di kalangan PDRM Sandakan yang menyebabkan beliau bebas untuk terus
mencari mangsanya," sambung Hasmiati lagi.
Sehubungan itu, kata
Hasmiati, harapan terakhir beliau hanyalah bergantung kepada pejabat pendakwaan
Jabatan Peguam Negara untuk bertindak setelah semua sistem kehakiman dan
keadilan lumpuh akibat rasuah.
MALAS.....Polis Sandakan malas bertindak kerana Voo Man Chung berjaya menjinakkan mereka melalui bayaran 'UFTI'.
TIPU.....Polis Sandakan mengklasifikasikan kes ini sebagai Tidak Lazim ditangkap dan hanya kes sivil?
ADUAN.....Hasmiati terpaksa menulis surat kepada Peguam Negara kerana sistem keadilan telah dikuasai mereka yang mempunyai wang dan mampu membayar upah kepada polis?
No comments:
Post a Comment