Friday 22 February 2013

AKAR UMBI TOLAK OSMAN JAMAL






Oleh: ABDUL MUIS  KARIM

KALABAKAN : Para penyokong BN, khususnya ahli UMNO di Kalabakan  dikejutkan bahawa Datuk Osman Jamal akan bertanding  sebagai calon BN bagi Parlimen Kalabakan  pada PRU 13 ini bagi menggantikan tempat Datuk Hj Abdul Ghafur Salleh.

"Sebagai ahli UMNO dan penyokong setia kepada Datuk Ghafur Salleh sejak dari  tahun 1975 lagi, kami tidak akan membenarkan dan tidak setuju jika Osman Jamal menggantikan tempat Ghafur di Parlimen Kalabakan kerana kami tidak tahu asal usulnya," kata Mohamed Kassim yang tidak mahu gambarnya disiarkan bagi mengelak provokasi.

Kata Mohamed, Osman Jamal tidak layak menjadi calon BN/UMNO kerana terlalu banyak menyusahkan Anak Negeri Sabah berhubung tuntutan tanah adat dan bersekongkol dengan penceroboh tanah.

"Sebagai ahli UMNO Kalabakan, kami tidak rela jika BN menggantikan pemimpin kesayangan kami dengan orang luar seperti Osman Jamal. Tetapi kami akur jika Perdana Menteri letak calon lain dan akan bekerja kuat untuk memastikan parlimen Kalabakan kekal milik UMNO," kata Mohamed.

Sebelum terlambat, kata Mohamed, pemimpin atasan UMNO wajar menjangkakan bahawa rakyat Kalabakan akan tetap menolak Osman Jamal walau apa juga alasan yang diberikan.


"Nama Osman Jamal terlalu kotor dan jijik seperti najis. Maka kalau dia dicalonkan untuk bertanding bagi tiket BN/UMNO sudah tentu akan hilang deposit kerana bangsanya sahaja yang akan sokong kerana rakyat tempatan sudah pasti akan mengundi pembangkang," ujar Mohamed yang terkilan dengan mainan tangan kotor UMNO yang melakukan 'kudita' terancang untuk melakukan 'Reverse Take Over' di Kalabakan.

No comments:

Post a Comment