Thursday 21 February 2013

KAEDAH PENYEMBUHAN BIO-VELOCITY






BANGGA.....Roshila (duduk tengah) bersama para leader Lahad Datu.

Oleh : RIDZAL ABDULLAH

LAHAD DATU  : Hari Bio-Velocity bersama Auni Darweesya Resources akan diadakan esok untuk memperkenalkan terapi tenaga tulen matahari menggunakan ‘sleep mate’.

Program hari Bio Velocity yang diadakan sepanjang bulan ini dan hadapan adalah bertujuan untuk membantu para pesakit strok, gout, senggugut, stress, insomnia, migrain dan lumpuh.

Menurut Pengurus Auni Darweesya Resources, Roshila Mohd Saufi program ini juga akan menunjukkan dan berkongsi testimoni atau pengalaman sebenar individu yang telah sembuh daripada penyakit yang mereka hadapi.

“Ini adalah anugerah dari alam untuk hidup yang sejahtera dan bahagia…keajaiban dapat dirasakan dalam masa 10 saat sahaja selepas pengunaan, saya menjemput semua orang ramai untuk hadir ke program ini kerana ia akan memberikan input terbaru yang pastinya tidak sama dengan produk lain yang hanya berasaskan kimia, kerana kita adalah 100 peratus semulajadi,” kata Roshila.

Jelasnya, ‘sleep mate’ yang akan diperkenalkan ini juga sangat sesuai untuk golongan wanita, kerana mampu untuk melancarkan haid, memberikan kesuburan dan keintiman dalam hubungan suami isteri.

Program Hari Bio Velocity ini akan diadakan di Hotel Executive,Lahad Datu pada 23 Februari, jam 1 hingga 6 petang yang akan dirasmikan oleh Ketua Daerah Lahad Datu, Haji Sulaiman Atok.

Tiket masuk berharga RM5, tiket cabutan bertuah dengan hadiah lumayan menanti para pengunjung. Untuk sebarang keterangan boleh berhubung dengan Roshila: 0126722972, Rashid: 0198839893, Johan: 0168318072, Liza:0195899893, Nora:0109318301 dan Asriah: 0135501644.

No comments:

Post a Comment