Tuesday 26 February 2013

PENIPUAN KETUA AMK SABAH TERDEDAH?






Saudara Pengarang,

JELAJAH Sumpah yang dikatakan dianjurkan oleh Ketua AMK Sabah adalah satu pembohongan besar-besaran kerana sebagaimana yang didedahkan secara tidak langsung oleh Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin.

Mengikut pengakuan Lajim, beliau terpaksa berbelanja kira-kira RM30,000 untuk membiayai program AMK termasuk membayar tiket kapal terbang, Hotel dan pengangkutan untuk EXCO pusat; tetapi di belakang takbir, Mohd Serman membuat fitnah terhadap Lajim.
.

Mohd Serman Hassnar yang 'melantik diri sendiri' sebagai calon AMK untuk bertanding di Parlimen Libaran, kawasan kubu kuat Musa aman pada PRU 13 ini.

Persoalannya bolehkah beliau menang sedangkan namanya sering dikaitkan dengan rampasan tanah milik orang Cina di Sandakan dan Batu Sapi yang menjadikan alasan Sijil Anak Negeri Palsu sebagai 'senjata'nya.

Pada 2012, PKR Pusat ada memberi peruntukan sebanyak RM10,000 kepada beliau untuk membantu AMK Cabang di negeri Sabah, tetapi tiada siapa yang tahu ke mana peruntukan berkenaan.

Kebanyakan Bekas AMK Sabah sangat marah terhadap Mohd serman kerana semasa jelajah sumpah di Sabah, kebanyakan Bekas AMK dipaksa bertugas sebagai 'Pemandu' kepada Exco Pusat, sedangkan mereka sudah pencen daripada AMK.

Difahamkan Mohd Serman hanya mahu bekerja sama dengan ahli AMK yang mempunyai sumber kewangan yang kukuh dan tidak mahu membuang masa melayan ahli yang tidak mempunyai kewangan sehingga beliau memasukan banyak bekas ahli UMNO ke AMK kerana mereka ada sumber kewangan dari UMNO.

Segelintir AMK berkata, jangan pandang rendah kepada ahli yang tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh kerana mereka tetap mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan akar umbi.

Sehubungan itu, kami bimbang jika Mohd Serman menang  dalam PRU-13 maka beliau akan menjadi bertambah sombong dan meneruskan kegiatannya dalam Skandal Rampasan Tanah.

Sebaliknya, jika beliau kalah maka beliau wajib meletakkan jawatan sebagai Ketua AMK Sabah dan serahkan jawatan berkenaan kepada AMK yang berkaliber di Sabah.

Kami agak malu kami mendapat tahu ada di kalangan pimpinan AMK Sabah terlibat dengan skandal kebejatan moral termasuk Ketua AMK Keningau dan Ketua AMK Penampang. Buktinya akan kami dedahkan kemudian.

Oleh itu kami berharap agar Ketua Penerangan AMK Sabah, Citra Masadi tidak menjadi 'berus tandas' kepada Serman kerana amat tidak berakhlak bagi melindungi kegiatan tidak bermoral dan sombong pemimpin AMK Sabah.

Salam Hormat,

KUMPULAN HARDCORE AMK

No comments:

Post a Comment