Saudara Pengarang,
SAYA dan saya pasti rakyat
Sabah yang lain amat berminat dengan perkembangan insiden pencerobohan warga
Filipina di Tungku, Sabah kerana isu ini amat mengancam kedaulatan Sabah;
terutama seperti yang disiarkan dalam laporan Bernama sebagai pewaris
Kesultanan Sulu.
Pelbagai persoalan pasti
timbul di minda setiap rakyat di Sabah, antaranya;
01. Apakah tindakan kerajaan
kita terhadap mereka? Bukankah mereka masuk secara haram dan menuntut Sabah
sebagai hak Kesultanan Sulu (berkaitan seorang Datu' di Sabah) beberapa ketika
dahulu?
2. Kenyataan yang dipetik (dalam berita Bernama)
"..kita beritahu mereka bahawa mereka kena tinggal (Sabah) secara baik dan
kita tidak mahu apa-apa keadaan yang boleh menggugatkan keselamatan..".
Adakah ini bermakna tiada tindakan undang-undang terhadap penceroboh ini?
Persoalan inilah yang amat
merisaukan saya kerana pihak berkuasa terlalu bertoleransi dengan penceroboh
dan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.
Oleh itu, saya menggesa agar
kenyataan yang disiarkan Bernama itu diulas dengan teliti agar tidak
dimanupulasi. Kita pasti pihak berkuasa sedang menjalankan tugas dengan
profesional, sekalipun terlalu lembik!
Salam Hormat,
RAKYAT YANG GUSAR
Well I do want to know actually.
ReplyDeleteSoalan ini harus ditujukan kepada mereka yg berkenaan.
ReplyDeletePihak berkuasa harus bertindak.
DeleteThe group of foreigners in military uniform who intruded into Sabah, near Felda Sahabat in Lahad Datu, will be deported back to their country once negotiations have been completed.
ReplyDeleteState Police Commissioner Datuk Hamza Taib said he believed the matter would be resolved soon and the group would leave the state within a week.
ReplyDeleteInspector General of Police, Tan Sri Ismail Omar had on Thursday said the presence of more than 100 foreigners in military uniform who landed at Pantai Tanduo, did not want to be associated with any militant group from the Philippines.
ReplyDeleteIsmail had said that the armed group had demanded to be recognized as the “Royal Sulu Sultanate Army” and that the subjects of the Sulu Sultan in Sabah were not to be deported to the Philippines.
ReplyDeleteAccording to Hamza, negotiations between the group and the police were made as the former had entered the country for their demands to be made.
ReplyDeleteHe said negotiations went smoothly without any tension or unwanted incident.
ReplyDeleteBaguslah jika isu ini dapat ditanggani dengan baik dan tenang.
DeleteAsked if there were any shootings as claimed by certain social network sites and blogs on the Internet, Hamza denied that such an incident ever occurred.
ReplyDeleteThere are many rumours going on pertaining to this matter and I would like to remind the public to stop listening to such rumours
ReplyDeletemungkin tiba masanya untuk mempunyai Sabah Rangers sendiri untuk mempertahankan Sabah dan kedaulatannya...
ReplyDeletedid the government promise them that were not fulfilled for them to act as such...?
ReplyDeletesome say it is political move...
ReplyDeletesemoga pencerobohan warga Filipina di Tungku, Sabah ini tidak mengancam keselamatan penduduk di sana dan juga kedaulatan Sabah
ReplyDeletehopefully, it will not effect our tourism industry as well...
ReplyDeleteIsu ini berterusan seakan membawa masalah kepada isu ekonomi dan masalah social.
DeleteKerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik, termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan sekumpulan warga Filipina di perairan negara di Lahad Datu, Sabah.
ReplyDeleteSambil menegaskan keadaan di Lahad Datu, bahagian pantai timur Sabah terkawal, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tindakan itu penting bagimemastikan kumpulan yang berjumlah antara 80 dan 100 anggota itu “keluar denganselamat ke Selatan Filipina”, sekali gus mengelak pertumpahan darah.
Read more: http://www.theborneopost.com/2013/02/15/ceroboh-kerajaan-lakukan-yang-terbaik/#ixzz2L9inppTu
“Ini yang kita nak kerana mereka ada juga saudara-mara di sini…jadi kita tidak mahu ada nyawa yang terkorban dan sebab itu kita minta mereka balik dengancara yang baik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Padang Pekan Papar di sini semalam.
ReplyDeleteNajib berkata demikian ketika ditanya perkembangan terkini di Lahad Datu berikutan laporan yang memetik Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai berkata pasukan keselamatan menahan sekumpulan warga asing menyamar sebagai anggota tentera cuba menceroboh perairan negara di Lahad Datu.
Ahmad Zahid berkata beliau mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bekerjasama dengan polis mengambil tindakan segera berhubung perkara itu.
Read more: http://www.theborneopost.com/2013/02/15/ceroboh-kerajaan-lakukan-yang-terbaik/#ixzz2L9j5B8ec
Dalam menghadapi situasi genting itu, Najib, yang dimaklumkan tentang kejadian itu oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar kelmarin dan Pesuruhjaya PolisSabah Datuk Hamza Taib pagi semalam, berkata: “anggota polis kini bertindak ataumerupakan bulatan pertama mengepung kawasan tersebut dan bulatan kedua terdiridaripada pasukan anggota tentera.
ReplyDelete“Dari segi kekuatan, kuasa tempur kita adalah lebih dari cukup untuk memberkas mereka, tetapi kerajaan memilih jalan untuk buat perundingan dengan merekasupaya mereka keluar dengan aman balik ke Selatan Filipina,” katanya.
Read more: http://www.theborneopost.com/2013/02/15/ceroboh-kerajaan-lakukan-yang-terbaik/#ixzz2L9jJppYn
Ditanya sama ada pihak berkuasa keselamatan Malaysia sudah mengenal pasti kumpulan itu, Najib berkata: “Lebih kurang kita sudah kenal pasti “.
ReplyDelete“Tapi biarlah polis melakukan rundingan dengan mereka dan mudah-mudahan mencapai hasil dan kejayaan. Sebab mereka tak boleh ke mana, merekadikepung…mereka tidak ada pilihan dan perlu cari jalan penyelesaian,” katanya.
Apabila ditanya sama ada kumpulan itu bersenjata atau sebaliknya, Perdana Menteri berkata perkara itu dalam makluman polis dan “jangan buat spekulasi”.
Read more: http://www.theborneopost.com/2013/02/15/ceroboh-kerajaan-lakukan-yang-terbaik/#ixzz2L9jgsLUV
“Kita bukan mendedahkan maklumat dalaman…biar polis jalankan kerja mereka tanpa diganggu mana-mana pihak. Apa yang penting keberhasilan yang selesai tanpa pertumpahan darah,” katanya.
ReplyDeleteMengenai tahap keselamatan dan kawalan di perairan negara terutama pantai timur Sabah, Najib berkata perairan Malaysia amat luas tetapi apa yang penting ialah “kita dapat maklumat cepat”.
“Kita mengepung mereka, bila dapat mengepung mereka, mereka tidak boleh ke mana.
Kita mesti sedar lautan kita luas dan kita tidak boleh berada di setiapmasa sentiasa 24 jam,” katanya sambil menambah pihak berkuasa kerajaan Malaysia sudah memaklumkan kejadian itu kepada kerajaan Filipina. — Bernama
Read more: http://www.theborneopost.com/2013/02/15/ceroboh-kerajaan-lakukan-yang-terbaik/#ixzz2L9jtEc5y
Polis kini sedang dalam proses mengusir pulang ke negara asal kumpulan penceroboh dari selatan Filipina yang dikepung di Kampung Tanduo, Lahad Datu, sejak Selasa lepas.
ReplyDeleteGolongan yang mengancam ketenteraman harus dihantar balik segera.
DeletePesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata polis sudah menamatkan rundingan dengan kumpulan itu dan kini memberi tumpuan untuk mengusir mereka pulang ke negara asal mereka.
ReplyDelete"Kita sudah beritahu mereka bahawa kita tidak boleh melayan apa-apa tuntutan mereka kerana ini bukan platform yang betul untuk menyuarakan apa-apa yang mereka mahu.
ReplyDelete"Jadi, sekarang kita hanya boleh melaksanakan proses untuk menghantar mereka balik supaya mereka boleh mencari saluran yang sesuai untuk menyuarakan tuntutan mereka," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan Ops Selamat sempena sambutan Tahun Baru Cina di Jesseltion Point, di sini, hari ini.
ReplyDeleteTinjauan operasi itu turut disertai Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid.
ReplyDeleteKetika ditanya bila kumpulan tersebut akan dihantar pulang, Hamza berkata secepat mungkin.
Tindakan segera harus diambil.
DeleteKerajaan harus menyekat golongan yang mengancam ketenteraman masuk ke dalam negeri.
ReplyDeleteGolongan yang mengancam ketenteraman harus dikenakan tindakan undang-undang.
DeleteBeliau diberi identiti sebagai warganegara, tindakan ini tidak mengikut prosedur yang betul.
ReplyDeletePasti adfa pihak salah gunakan kuasa dan memberi dokumen palsu kepada mereka yang tidak sah.
ReplyDeletePemberian status warganegara harus mengikut prosedur yang betul.
ReplyDeleteBerita tentang pencerobohan kumpulan berpakaian tentera di Lahad Datu
ReplyDeletekini memasuki episod yang baru.
Kumpulan yang sudah dikenal pasti identiti mereka iaitu pengikut Sultan
ReplyDeleteSulu yang menceroboh masuk ke Sabah minggu lalu tidak akan meninggalkan
negeri itu kerana mendakwa kawasan tersebut merupakan wilayah nenek
moyang mereka.
Sultan Jamalul Kiram berkata kira-kira 400 pengikutnya termasuk 20
ReplyDeletepenembak – tetap bertegas untuk tinggal di tempat berkenaan walaupun
mereka dikepung oleh pasukan keselamatan, serta desakan kerajaan
Malaysia yang mahu kumpulan itu pulang ke Filipina.
Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan
ReplyDeletedihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami,” katanya kepada
pemberita di Manila.
Kesultanan Islam yang berpangkalan di Selatan Filipina pernah mentakluki
ReplyDeleteBorneo dan menerima pampasan nominal tahunan dari Malaysia di bawah
satu perjanjian lama kerana memiliki Sabah.
Kiram berkata beliau memutuskan untuk menghantar kumpulan pengikutnya ke
ReplyDeleteSabah selepas kesultanan itu dipinggirkan dalam satu rangka kerja
perjanjian yang ditamatkan pada Oktober antara Manila dan kumpulan
pemberontak Islam di selatan Filipina.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah mereka yang bersenjata adalah 80 hingga 100 orang.
ReplyDeleteharapkan
ReplyDeleteisu ini boleh di selesaikan dengan baik diantara kedua-dua
pihak.Hindarkanlah dari sebarang pertumpahan darah kerana yang ruginya
adalah kita sesama Islam.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien meminta semua pihak tidak mempolitikkan kejadian pencerobohan di Lahad Datu kerana ia membabitkan isu keselamatan.
ReplyDeletebeliau turut mengesahkan kumpulan itu bukan pengganas dan proses pengusiran sedang dilakukan bagi membolehkan mereka pulang ke negara asal secepat mungkin.
ReplyDeleteMenteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Malaysia melakukan apa juga kemungkinan tanpa pertumpuhan darah bagi menyelesaikan konflik itu yang kini memasuki minggu kedua.
ReplyDeleteBagaimanapun, beliau berkata Malaysia tidak akan bertolak ansur dalam soal kedaulatan dan keselamatan negara.
ReplyDelete"Saya harap mereka tidak memaksa kami. Kita perlu bertindak bila tiba masa yang sesuai.
ReplyDelete"Dan sekiranya kita perlu membuat satu keputusan, kita akan laksanakannya," katanya sebelum berlepas ke Felda Sahabat di Lahad Datu.
Kumpulan yang dianggotai oleh 100 orang itu diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, mendesak bertemu 'personaliti' tertentu apabila rundingan tersebut berlarutan.
ReplyDeleteKumpulan berkenaan termasuk lima wanita, sebelum ini menuntut pengikirafan sebagai tentera Sulu daripada Kerabat Sultan Sulu, meminta agar komuniti Suluk, yang telah lama berada di Sabah tidak dihantar pulang.
ReplyDeleteSejak 9 Februari lalu, mereka bergantung hidup dengan hasil pertanian 15 keluarga lari meninggalkan Kampung Tanduo.