KOTA KINABALU : Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee berkata beliau bersedia bertanding
atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum akan datang
sekiranya Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
berjanji akan memberi kuasa autonomi kepada Sabah sekiranya pembangkang menjadi
parti pemerintah.
Bekas Ketua Menteri Sabah
itu berkata kuasa autonomi untuk Sabah merupakan perkara utama yang
diperjuangkan parti itu dan ia sesuatu yang tidak boleh ditukar ganti dan
kerajaan negeri Sabah perlu ditentukan rakyat negeri ini sendiri, bukan oleh
Kuala Lumpur.
“Kami boleh berunding
tentang pengagehan kerusi, tapi autonomi Sabah tidak boleh dirunding. Malah,
saya, Yong Teck Lee, sanggup bertanding atas tiket PKR sekiranya Anwar berjanji
akan memberi autonomi kepada Sabah,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah
Terbuka parti itu di Dewan SM Kian Kok Hall, dekat sini kelmarin.
Yong berkata demikian
apabila diminta mengulas kenyataan Anwar yang ingin melihat SAPP bergabung
dengan pakatan pembangkang dan kesediaan beliau untuk bertolak ansur tentang
pengagehan kerusi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. (Bernama)
No comments:
Post a Comment