Sunday, 14 August 2011

BONUS SETENGAH BULAN GAJI DI SABAH



SERAMAI 19,191 kakitangan awam perkhidmatan awam Sabah akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri Sabah berkata kos untuk pembayaran Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi ini kepada penjawat awam adalah sebanyak RM16,166,364.40.

"Ia bagi menghargai sumbangan dan dedikasi anggota perkhidmatan awam dalam menjayakan program dan agenda pembangunan negeri untuk kesejahteraan rakyat. Ini juga sebagai langkah untuk meringankan beban mereka dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat," katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu, kelmarin.

Beliau berkata, pemberian bonus ini selaras dengan langkah yang dibuat oleh kerajaan Persekutuan dan akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment