Saudara Pengarang,
INDIVIDU yang tidak berpuas hati dan merasa tercabar dengan kepimpinan Datuk Ramli Marhaban, ADUN Bugaya seharusnya tidak melemparkan tuduhan yang tidak mempunyai asas kerana ia amat salah jika pembaca mendapat maklumat yang salah.
Saya kecewa apabila membaca beberapa tulisan dan komen yang dibuat dalam portal Sabahkini.net yang bersifat serangan peribadi kepada Datuk Ramli Marhaban. Seharusnya ruangan bebas yang diberikan oleh Sabahkini.net tidak disalahgunakan oleh kita.
Kami majoriti penduduk sekitar kawasan DUN Bugaya sedar tentang perjuangan dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Datuk Ramlee, suara-suara yang tidak berpuas hati terhadap Datuk Ramli terus berkumandang dan yang paling mengecewakan kami apabila artikel yang telah disiarkan berbentuk ‘menghina’ ADUN yang kami hormati itu.
Tidak salah jika kita menyuarakan sesuatu masalah, namun kenyataan yang kita buat itu seharusnya tidak berbentuk fitnah kerana ia amat merugikan rakyat. Apatah lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini, seharusnya kita membuat amal dan tidak memfitnah.
Namun kami selaku penduduk Bugaya tidak gentar dengan serangan dan tohmahan yang dibuat kerana kami akan terus berdiri bersama-sama menyokong kepimpinan Datuk Ramli Marhaban.
Salam Hormat,
PEMUDA BUGAYA.
No comments:
Post a Comment