Saturday 27 August 2011

LAMPU JALAN TAMAN MUHIBAH TIDAK BERFUNGSI



Saudara Pengarang,

SAYA penduduk di Taman Muhibbah, Keningau ingin menyatakan ketidakpuas hati terhadap lampu jalan di Taman Muhibah. Jalan Pasir Putih Keningau yang tidak berfungsi sehingga sekarang. Kami mengharapkan supaya pihak pemaju (LPPB) bertindak segera untuk berhubung dengan Lembaga ELektrik Sabah (SESB) untuk tindakan selanjutnya. Lampu jalan ini amat penting untuk tujuan keselamatan penghuni taman ini.

Sekian, Salam Hormat,

JACK

7 comments:

  1. Tolong pastikan lampu jalan dinyalakan, bahaya kalau tiada lampu jalan pada waktu malam.

    ReplyDelete
  2. Harap SESB akan dihubungi mengenai perkara ini supaya tindakan boleh diambil segera.

    ReplyDelete
  3. hrap lampu itu akan diperbaiki demi keselamatan penduduk.

    ReplyDelete
  4. harap lampu tersebut akan dinyalakan demi keselamatan pengguna pada waktu malam.

    ReplyDelete
  5. bagus juga di kawasan ni ada sudah dibekalkan lampu jalan. tapi tiada maknanya juga jika ia tidak berfungsi. jadi, harap pihak SESB dapat kenalpasti punca lampu ini tidak berfungsi.

    ReplyDelete
  6. Hilang mungkin mentol dalam lampu itu. Itu sebad tidak berfungsi.

    ReplyDelete
  7. cuba sampaikan dahulu aduan.. kadang2 pihak sesb ni bukan ada masa mahu periksa beribu2 lampu jalan di negeri ini..

    ReplyDelete