Wednesday, 17 August 2011

LIBATKAN SABAH DALAM JK PILIHANRAYA



Oleh : MEDIA USNO

“SAYA bersama Kabinet saya tidak mahu menjadi Perdana Menteri atau kerajaan tanpa sokongan rakyat (menerusi pengundian yang betul,” kata Najib.

Dalam satu panggilan telefon Sabahkini.net kepada pihak USNO mengenai Pengumuman Penubuhan Jawatankuasa Sistem Pilihanraya oleh Perdana Menteri, Naib presiden Penaja Parti itu, Abdullah Sani Hj.Abdul Salleh memaklumkan bahawa Usno menyambut baik Penubuhan Jawatankuasa Khas Pilihanraya yang diumumkan oleh Perdana Menteri semalam.

Jawatankuasa yang akan dianggotai oleh Pihak Kerajaan dan Pembangkang ekoran permintaan Pakatan Rakyat yang memberi tempoh 7 hari kepada Najib agar memanggil satu sidang khas membincangkan masalah pilihanraya.

Dalam konteks ini, NGO seperti UBF dari Sabah serta Parti-Parti Politik yang tidak menyertai Pakatan dari Sabah SAPP, USF dan BERSAMA dan yang belum mendapat kelulusan tetapi telah berdaftar di R.O.S seperti USNO perlu dilibatkan pandangan mereka bagi menyuarakan dan menganggotai jawatankuasa ini bagi memberikan ruang dan peluang untuk menyuarakan pandangan masing-masing.

Apabila kita menyentuh dan berbicara mengenai Sistem pihanraya ia hendaklah melibatkan semua pihak, jesteru itu pihak dan kumpulan NGO juga adalah sebahagian dari sistem itu yang perlu untuk didengar; bagi memastikan kepentingan semua pihak terjamin apabila menyertai pilihanraya yang bersih, adil dan saksama.

Sabah dan Sarawak yang terletak di Malaysia Timur menduduki geografi yang agak jauh dari pusat pemerintahan serta pentadbiran negara hendaklah mempunyai wakil masing-masing bagi memberi pandangan terhadap sistem pilihanraya di Malaysia.

USNO yang sedang menunggu kelulusan pendaftarannya dan pernah menjadi parti bagi kemerdekaan Negeri Sabah bersedia menghantar wakil mereka bagi memberi pandangan dalam anggota Jawatankuasa sistem pilihanraya yang dicadangkan oleh Perdana Menteri bagi menyahut serta menyokong sistem pilihanraya yang adil.

USNO juga buat masa ini sedang menunggu balasan dari pihak Istana Negeri Sabah apabila pihaknya telah menulis surat kepada TYT Negeri Sabah sejak dua minggu lalu bagi mengadakan kunjungan kehormat serta menghantar memorandum mereka untuk meminta DYMM Yang DiPertuan Agong campur tangan terhadap Pendaftarannya yang masih belum mendapat Kelulusan dari pihak Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

No comments:

Post a Comment