Saudara Pengarang,
SEBAGAI rakyat Malaysia yang patuh menjunjung Kedaulatan Undang-Undang dan menghormati Keluhuran Perlembagaan, saya amat terkilan dengan sikap ganas dan tidak bertimbang rasa seorang anggota polis trafik yang meletakkan undang-undang di tangannya.
Mungkin Pusat Latihan Polis (PULAPOL) gagal mendidik polis trafik ini L/KPL 127963, Jasmi Ahmad sebagai seorang manusia yang bertamaddun sebelum melepaskan beliau daripada PULAPOL kerana ketika menjalankan tugas, beliau bersikap seperti seorang mafia atau pembuli jalanraya kerana sering mengugut dan memaki hamun para pemandu sesuka hati.
Adalah tidak wajar Jasmi mengarahkan pemandu mengoyak cermin gelap di hadapannya tetapi enggan mengeluarkan saman sedangkan beliau tidak mempunyai peralatan untuk menentusahkan kadar cerapan cahaya.
Sehubungan itu, saya berharap agar Ketua Polis Daerah Sandakan menjalankan siasatan rapi kerana Jasmi melakukan kekejaman terhadap pemandu yang enggan menghulurkan ‘Angpau’, tetapi berlembut dengan sesiapa yang sanggup merasuah beliau.
Salam Hormat,
MANGSA CERMIN GELAP
Seorang anggota polis tu perlu bertindak tegas dalam menjalankan tugasnya.
ReplyDeletebenarkah polis tersebut menerima rasuah? penggunaan cermin gelap tu kan memang tidak dibenarkan.
ReplyDeletesiapa suruh pasang cermin gelap, dah tau pun salah.
ReplyDeletepenggunaan cermin gelap memang menyalahi peraturan..
ReplyDeletePihak polis perlu sentiasa mengikuti peraturan.
ReplyDeleteAdalah tidak wajar Jasmi mengarahkan pemandu mengoyak cermin gelap di hadapannya????
ReplyDeleteIni saya sangat sokong tindakkan Polis tarfik ini. Jika boleh siapa yang mengunakan cermin gelap perlu dikoyakkan ditempat itu juga. Perkara ini juga dibuat di Negara jiran kita. Polis berkuasa untuk mengarahkan tinted dibuka dengan serta merta. Jadi jangan mahu menyalahkan pihak polis tentang perkara ini.
rakyat Malaysia yang patuh menjunjung Kedaulatan Undang-Undang dan menghormati Keluhuran Perlembagaan??
ReplyDeleteJadi jika patuh dengan undang-undang kenapa melanggar undang-undang yang disyaratkan terhadap kenderaan. Dilarang mengunakan tinted yang gelap. Ini adalah satu kesalahan. Mustahil sebelum mengambil lesen tidak diajar oleh JPJ atau sesiapa pun masa itu. Itu satu kesalahan mengunakan tinted yang terlalu gelap.
apa pandangan penulis tentang pengguna jalan raya yang tidak serik2 melakukan kesalahan? kenapa tidak gelar mereka mafia sedangkan kerajaan dan pihak berkuasa telah berkali2 memberikan amaran. adakah undang2 itu juga terletak ditangan pengguna jalan raya?
ReplyDeletesaya lebih suka jika polis trafik bersikap tegas. sebab kalau mereka tidak tegas, pengguna jalan raya tidak akan mempedulikan peraturan atau undang2 yang telah dikuatkuasakan.