Wednesday 24 August 2011

PEMBANGUNAN PRASARANA BN UNTUK SEMUA



Oleh : SHAMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

SEBAGAI Ahli Dewan Rakyat khususnya Ahli Parlimen Kawasan Sandakan yang telah dipilih melalui mandat proses pilihanraya umum ke 12 yang lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk V.K.Liew berikrar tidak akan mengabaikan tanggungjawab untuk membantu semua rakyat dalam aspek pembangunan infrastruktur dan semua keperluan penduduk setempat tanpa mengira ideologi politik.

Selain memberikan tumpuan dalam aspek kemajuan, kata V.K.Liew, beliau tidak lalai menjaga kebajikan rakyat harus terutama memberikan bantuan kepada rumah-rumah ibadat seperti Masjid, Kuil, Tokong dan juga gereja ini selaras dengan Gagasan 1 Malaysia.

V.K.Liew berkata demikian ketika berucap di majlis Penyampain sumbangan Hari Raya kepada 25 orang Pengerusi Masjid dan Surau di kawasan Parlimen Sandakan yang dilangsungkan di pejabatnya, di Plaza Elopura dekat sini kelmarin.

“Sebagai wakil rakyat yang dipilih, kita tidak boleh lalai daripada tangungjawab kita untuk membangunkan kawasan yang kita wakili ini kerana merupakan satu amanah daripada pucuk pimpinan Negara, Perdana Menteri yang mahukan kita turun padang dari semasa kesemasa,” ujarnya.

Katanya lagi, amalan memberikan sumbangan kepada rakyat sama ada sambutan Hari Raya, Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Natal dan Pesta Kaamatan memang sudah menjadi satu budaya kepada para pemimpin kerajaan Barisan Nasional.

26 comments:

  1. pemimpin yang peka dgn dgn kebajikan rakyat yang kita perlukan.

    ReplyDelete
  2. sebagai wakil rakyat, harus sentiasa turun padang berjumpa dan berbincang dengan penduduk di kawasan diwakili..seperti yg dilakukan oleh VK Liew..

    ReplyDelete
  3. tambahan lagi pada masa sekarang, wakil rakyat yang hanya NATO, tidak disenangi oleh rakyat...maka semua YB baik DUN atau MP harus turun padang sekerap yang boleh..tanggungjawab sebagai wakil rakyat tidak harus diabaikan kerana jika diabaikan sudah pasti rakyat tidak akan mengundi kita semula bahkan disisihkan..

    ReplyDelete
  4. ya..wakil rakyat perlu kerap turun padang untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan rakyat.

    ReplyDelete
  5. usaha untuk memenuhi keperluan rakyat dan melaksanakan pembangunan perlu sentiasa dilakukan setiap masa.

    ReplyDelete
  6. jarang pula dengar bantuan diberikan kepada rumah2 ibadat. bagus juga ada wakil rakyat yang bertanggungjawab seperti V.K Liew ni.

    ReplyDelete
  7. Wakil rakyat dikwasan lain harus mencontohi sikap Datuk VK Liew.

    ReplyDelete
  8. harap kerajaan akan terus memberikan pembangunan prasarana kepada rakyat. wakil rakyat kenalah bertindak kerana mereka ni sudah diamanahkan untuk melihat masalah dan keperluan rakyat.

    ReplyDelete
  9. Rakyat kena menilai wakil rakyat yang akan mereka pilih bila tiba hari mengundi.

    ReplyDelete
  10. Jangan biarkan perbezaan ideologi politik membataskan kerjasama antara satu sama lain. Jika ia membawa kebaikan kepada rakyat Sabah, kita perlu terima dengan tangan terbuka.

    ReplyDelete
  11. Rakyat harus bijak membuat keputusan PRU 13 nanti. Undi calon boleh mewakili anda, bukannya calon yang hanya tahu memainkan sentimen.

    ReplyDelete
  12. Tahniah VK Liew...semua wakil2 rakyat patut contohi apa yg dibuat oleh Liew ini...rajin jumpa rakyat & rajin juga upload berita di Sabahkini.net hehe...bukannya salah, bagus lagi buat begitu baru orang tahu kita buat kerja...betul kan??

    ReplyDelete
  13. pembangunan prasarana BN sememangnya untuk semua rakyat...tiada yang terkecuali..

    ReplyDelete
  14. Ini merupakan pembangunan 'tikam belakang' oleh BN.. hipokrit.. janji kosoong..biasa la..da hampir pilihan raya..

    ReplyDelete
  15. Macam makin famous pula nama si V.K.Liew ni. hehe

    ReplyDelete
  16. Orang SWabah ni memang pemurah bah.. Ringan hati ja bagi sumbangan:)

    ReplyDelete
  17. Apapun, yang paling penting ialah seseorang pemimpin harus sentiasa mendahulukan rakyat:)

    ReplyDelete
  18. Ahli Dewan rakyat ada tanggungjawab sosial juga. Harap mereka akan kerap memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan bantuan.

    ReplyDelete
  19. Wakil rakyat juga patut sentiasa turun padang untuk mendekati rakyat.

    ReplyDelete
  20. rajin turun padang menyelesaikan masalah rakyat dan memberikan bantuan kepada rakyat lebih baik dari sekadar turun padang mencari isu yang boleh dipolitikkan.

    ReplyDelete
  21. VK Liew memang perlu rajin menangani masalah penduduk dan selalulah turun padang untuk melihat dan bertanya mengenai penduduk kawasan tersebut.

    ReplyDelete
  22. harap wakil rakyat bersungguh2 menjalankan tugas mereka yang telah diberikan oleh rakyat.

    ReplyDelete
  23. semoga prestasi pentadbiran di peringkat negeri juga meningkat dengan adanya wakil-wakil rakyat yang berwibawa

    ReplyDelete
  24. "..Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk V.K.Liew berikrar tidak akan mengabaikan tanggungjawab untuk membantu semua rakyat dalam aspek pembangunan infrastruktur dan semua keperluan penduduk setempat tanpa mengira ideologi politik."

    sudah jadi tanggungjawab wakil rakyat untuk membuktikan kemampuan mereka.

    ReplyDelete
  25. “Sebagai wakil rakyat yang dipilih, kita tidak boleh lalai daripada tangungjawab kita untuk membangunkan kawasan yang kita wakili ini kerana merupakan satu amanah daripada pucuk pimpinan Negara, Perdana Menteri yang mahukan kita turun padang dari semasa kesemasa,” ujarnya.

    tanggungjawab mestilah dijalankan dengan adil dan bijaksana.

    ReplyDelete
  26. wajarlah wakil rakyat menjaga kebajikan rakyat terutama memberikan bantuan kepada mereka yang perlu.

    ReplyDelete