Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SIDEK KOLO
UNTUK mengekalkan kedamaian dan keamanan negara supaya berterusan, kita seharusnya percaya serta yakin dengan pucuk pimpinan yang ada sekarang; dengan memberikan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan yang mentadbir negara sekarang.
Kemakmuran dan kestabilan ekonomi yang dikecapi sehingga ke hari ini, sewajarnya memberikan kesedaran kepada semua warga Malaysia berkongsi walaupun sedikit rezeki dengan golongan yang kurang bernasib baik.
Demikian dinyatakan sendiri oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin ketika berucap merasmikan majlis membuat ‘Bubur Lambuk Merdeka’ di Perkarangan Wisma RTM, Kota Kinabalu. Kelmarin.
Program tersebut adalah anjuran bersama Jabatan Penyiaran Sabah, Tentera Laut Diaja Malaysia (TLDM) Pengkalan Sepanggar, Beras Corporation Bhd (BERNAS) PETRONAS, Koperasi Pembangunan Desa (KPD) dan Puspanita RTM Sabah.
Rosnah yang juga Ahli Parlimen Malaysia (Papar) selanjutnya berkata, dalam bulan Ramadhan Al-Mubaraq yang dengan penuh keberkatan ini, selain menunaikan ibadah puasa; kita juga sangat dituntut agama untuk memperbanyakkan amalam bersedekah di samping membantu golongan yang memerlukan.
“Saya amat menggalakkan aktiviti seperti membuat bubur lambuk merdeka yang dilaksanakan secara beramai-ramai dan berterusan di kalangan kakitangan kerajaan mahupun swasta. Melalui kerjasama sebegini, akan menjurus kepada mengeratkan lagi hubungan mesra dan siratulrahim yang intim sesama pekarja, malah dapat mengurangkan jurang komunikasi di antara majikan dengan pekerja,” ujarnya.
Dalam pada itu Rosnah berkata, RTM terus penting dan revelan dalam menyumbangkan kepada pemantapan proses pembinaan negara dan bangsa.
“Usaha meliputi aspek penyebaran berita dan maklumat; serta usaha membangunkan minda masyarakat perlu dtingkatkan lagi untuk membina nilai-nilai dan bakat serta membangunkan nilai seni dan budaya warisan,” tambah Rosnah.
Katanya lagi, kesedaran tentang pentingnya peranan RTM ini seharusnya menjadi pendorong kepada kakitangan Jabatan Penyiaran Sabah untuk terus memikul tanggungjawab mereka dengan penuh komited dan pada masa yang sama, beruasaha memenuhi kehendak dan selera masyarakat.
“Pelbagai perancangan dan pendekatan boleh diambil supaya jabatan ini terus mendahului persaingan dengan melakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa,” tambahnya.
Turut hadir pada majlis tersebut Pengarang Penerangan Sabah Almain Ajirul; Panglima Wilayah Laut 2 TLDM, Laksamana Muda Datuk Anuwi Hassan; Pengurus Kanan Modal Insan dan Ehwal Bernas Hajjah Faridah Abu Bakar Titingan; Pengurus Jualan GPC Sabah dan Labuan Norazlan Ismail; Wakil Koperasi Pembangunan Desa (KPD) Jamilah Lee; Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Hadi A Kassim dan Timbalan Pengerusi JKK Puspanita RTM Sabah Norane Amad.
No comments:
Post a Comment