Tuesday 16 August 2011

TAMABINA SAMAN SABAHKINI.NET



Oleh : ZULKHAIRI MOHD RADZI

TAMABINA SDN.BHD, syarikat milik Lo Man Heng, tertuduh bersama Michael Chia Tien Foh dalam kes rasuah menipu Datuk Agus Hassan Tan, memfailkan saman pemula terhadap Editor Sabahkini.net, Mutalib M.D kerana dituduh menyiarkan kenyataan berunsur fitnah di Portal Online, Sabahkini.net.

Tamabina dan Lo Man Heng, masing-masing dinamakan Plaintif Pertama dan Kedua memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak di Sandakan (SDK 22-21 Of 2011) melalui Tetuan Idrus & Tsai di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum pada 6 Julai 2011.

Mutalib M.D yang dinamakan sebagai Defendan Pertama, ketika dihubungi mengesahkan telah menerima saman berkenaan baru-baru ini dan bersetuju untuk hadir menentang Plaintif di Mahkamah Tinggi Sandakan kelak.

Menurut Mutalib, beliau disaman Plaintif kerana menyiarkan artikel bertajuk ‘Rakan Kongsi Michael Chia Dituduh Menipu?’di Sabahkini.net dan ‘Just Pay Your Debt For The Sake 200 Persons’ di Sabahkinimirror.blogspot.com setelah menyiarkan kenyataan Defendan kedua Ko Kung Siong dan Defendan Ketiga David Fong Vun Fui.

Berhubung dengan Kes Guaman Sivil S-23 NCVC-8-2011 Antara Datuk Seri Utama Dr Rais Bin Yatim dan beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mutalib menjelaskan kes berkenaan sedang berjalan dan esok, 17 Ogos 2011 adalah tarikh akhir Pengurusan Kes berkenaan.

Mengikut jadual yang ditetapkan, kes berkenaan akan dibicarakan pada 12 hingga 14 Oktober 2011. Bagaimanapun Mutalib enggan mengulas lanjut kerana sekatan undang-undang.

No comments:

Post a Comment