Oleh
: ZOEY SALDANA (LAND OF TAPIOCA)
SALAM
ukhwah buat semua masyarakat Bajau Sabah, terutama para pembaca 'Land of
Tapioca'. Agak lama saya berdiam diri dari dunia penulisan dan terbangkit
semula niat itu setelah merasai kemelut politik di Sabah yang makin rancak dan
tunggang terbalik jadinya. Apatah lagi berlaku pergelutan kaum di Sabah yang
semakin panas dengan kehadiran RCI. Kadazandusun mana mungkin suka Bajau?
Mengapa?
'Bog-Bog',
sememangnya sinonim dalam masyarakat Bajau Semporna; bagaikan laut dan pantai,
tidak pernah berpisah; atau bagaikan isi dengan kuku yang saling bergantungan.
Suatu
ketika dahulu, masyarakat Semporna memang terkenal dengan kegagahan mereka
dalam pelbagai bidang seperti nelayan, pelayaran, berniaga malah pernah
tercatat dalam sejarah bahawa golongan ini menentang pemerintahan penjajah pada
suatu ketika dahulu; tatkala suku lain bersekongkol dengan penjajah. Masyarakat
inilah dikenali sebagai kaum 'Magindora'; masyarakat asal di daerah Semporna.
Namun
setelah kedatangan suku Bajau Filipina dan Indonesia, masyarakat Semporna mula
bercambah, berpecah dan menjadi majmuk sehingga melahirkan masyarakat baru yang
menganut Mazhab 'Bog Bog'.
Jika
anda dengar perkataan 'Bog Bog'; bunyinya agak semanis madu kerana 'Bog Bog' berkonsepkan
tolong menolong antara satu sama lain untuk melindungi kroni, koloni dan
parokial kerana susah senang dihadapi bersama.
Pernah
berlaku Skandal Seks seorang menteri dengan sepupunya, namun demi 'Bog Bog'
adik menteri sanggup mengahwini sepupu yang dibuntingkan abangnya demi
menyelamatkan maruah menteri berkenaan.
Paling
menarik ialah asalkan orang Semporna; tetap dianggap sebagai keluarga walaupun
tidak pernah bertemu sama sekali. Kita janganlah berasa hairan jika semua warga
Semporna memanggil pak cik kepada Sakaran mahupun Shafie. Namun setelah
diperhalusi dan diamati sebenarnya 'Bog Bog' membawa pengertian yang luas dan
dalam yang bercanggah dengan ajaran Islam Syumul di Malaysia.
Majoriti
kaum Semporna masih mengamalkan ajaran Wahabi yang bercanggah dengan empat mazhab
Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu Hambali, Maliki, Syafie dan Hanafi. Agak
mengejutkan juga kerana ada juga kaum yang sama sekali kita tidak pasti apakah anutan
agama mereka, sama ada pagan atau Islam kerana bilangan bomoh atau dukun begitu
ramai di daerah Semporna; sehingga setiap kampung memiliki bomoh masing-masing.
Agak
memalukan jika diceritakan bilangan 'isteri-isteri'; tetapi itulah hakikat yang
terjadi dalam masyarakat Semporna. Bagi mereka bilangan isteri merupakan 'Lambang
Kejantanan' kepada taraf sosial dan kebanggaan setiap puak.
Semakin
ramai isteri yang dimiliki seorang lelaki, maka semakin hebatlah tarafnya;
walaupun secara hakikatnya berpendapatan kurang daripada RM500 dan mempunyai bilangan
anak yang ramai! Jika sekadar seorang isteri, janganlah mimpi digelar sebagai
bangsawan atau lelaki sejati atau 'Lalla Kansang'.
Hairan
bin Ajaib, para wanitanya pasrah menempuh kesukaran hidup yang membelenggu
mereka setelah mendapat tahu akan keindahan dunia luar selain daerah Semporna.
Pasrah adalah didikan kemestian diterapkan ke setiap anak mereka bagi
memastikan survival kaum ini tidak putus; walaupun sebilangannya tiada harta,
asalkan mengahwini sepupu pertama atau kaum kerabat terdekat. Natijahnya tidak
hairanlah wajah masyarakat Semporna senang dikenali walaupun dari jarak jauh
dan rupa mereka tidak berubah dari dekad ke dekad. Kerana
sikap 'Bog Bog' masyarakat Semporna sering menghalalkan yang haram; termasuklah
bersekongkol dengan mana-mana pemimpin politik mereka yang terang-terang
melakukan sebarang jenayah atau keaiban.
Bagi
mereka, 'Bog Bog' adalah segala-galanya. Mereka tidak dapat menerima hakikat
sekiranya ada kaum lain menegur mereka; apatah menjalinkan sebarang hubungan
kerjasama kerana bagi mereka seburuk-buruk orang Semporna, tetap berdarah
keturunan Semporna yang tidak mengkhianati kepercayaan kaum mereka.
Agak
malang daerah Semporna mendapat prestasi pelajaran yang agak tercorot
berbanding daerah lain di Sabah melainkan ada yang berfikiran jauh sehingga
sanggup menghantar anak ke sekolah lain agar masa depan mereka terjamin.
Beberapa
responden mengakui bahawa untuk mendapatkan gred yang terbaik dalam SPM, mereka
mengguna 'Ghost Candidate' iaitu seorang 'upahan' dari kalangan keluarga untuk
menduduki peperiksaan SPM dengan cara tipu dan penuh muslihat; termasuk membuat
kad pengenalan palsu melalui orang tengah dengan hanya menggantikan gambar
calon yang bakal menduduki peperiksaan.
Pegawai
peperiksaan juga turut bersekongkol dengan calon ini kerana hampir kesemua
sektor pekerjaan termasuk pendidikan dan perguruan dimonopoli oleh warga
Semporna.
Setelah
lulus peperiksaan dengan mudahnya mereka mendapat kerja dalam kerajaan dengan bantuan
'VIP atau Menteri'. Begitulah hebatnya 'kartel' warga Semporna yang menguasai
pelbagai sektor pekerjaan; bukan atas dasar kemahiran dan kelulusan, tetapi
kerana budaya Bog Bog.
Budaya
peminta sedekah atau subsidi sudah mendarah daging sehingga 'Rasuah' dianggap
amalan mulia. Akibatnya, lahirlah pemimpin yang memiliki ijazah palsu kerana mereka
tidak mampu bertahan menjadi pelajar universiti secara kendiri.
Penulis
masih tertanya-tanya sehingga ke hari ini kerana belum pernah ada rumah yang
ditimpa musibah kematian dikunjungi dan disambut dengan penuh keagamaan dan
tawadduk sebagai orang Islam. Malangnya, setelah jenazah arwah selamat
dikebumikan; maka bermulalah 'Pesta Judi' dari malam sehingga subuh dan bersambung di kemudian harinya. Bukan sahaja
hari kematian, hari-hari biasa juga menjadi tradisi setiap warga Semporna
bahawa bukanlah anak Semporna kalau tidak hebat di gelanggang judi.
Manakala
surau dan masjid hanya menjadi hiasan dan 'rest house' atau 'motel' kambing dan
lembu memadu kasih. Hanya pada hari Jumaat dan Hari Raya barulah masjid dan
surau dipenuhi hanya warga emas sahaja.
Penulis
tidak membenci kaum ini, tetapi bersimpati pada penghinaan kaum lain yang
mendewakan diri mereka itu cantik seperti ala-ala Korea atau Cina; kononnya ala-ala
Eurasian sehingga menggelarkan bangsa Bajau di Sabah ini sebagai 'Pilaks' hatta
nenek moyang mereka mendapat kewarganegaraan secara jus soli dan mengikut
Perlembagaan Persekutuan.
Manakala
kaum yang terperasan diri mereka cantik mula sedar bahawa survival politik
mereka telah dirampas sejak kehilangan keberanian mereka yang pernah dikenali
sebagai bangsa 'Barbarian' suatu ketika dahulu.
RCI
atau Suruhanjaya Siasatan Diraja adalah amat dialu-alukan kerana
sekurang-kurangnya menyedarkan semua bangsa atau kaum yang berada di Sabah ini
supaya muhasabah dan sedar diri mengikut panduan agama masing-masing.
Kalau
bukan kerana hajat dan niat kita untuk menuntut Dasar Borneonisasi, sebenarnya
hanya mimpi di siang hari sekadar mengeluarkan liur basi; tetapi tiada apa-apa
perjuangan pun dilakukan.
Widji Thukul pernah
memberikan nota kepada bangsanya bahawa 'Perjuangan belum selesai....'
begitulah bangsa Sabahan yang pernah menumpaskan kerajaan Barisan Nasional
dengan mudah sebelum ini, jadi apakah kita semua sudah selesai berjuang?
Ya...selagi 'Bog Bog' masih hidup selagi itulah perjuangan Sabahan belum
selesai. Jahiliahkah masyarakat Semporna? Selaras dengan friman Allah Taala
dalam surah Ar-Ra'd:11 bahawa "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah
nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya”.
Wallahualam!
kepada penulis..
ReplyDeletesungguh kurang ajar ayat mu..