SENGIT......Perlawanan
8 Vs 8 PRU 13 Negeri Sabah
Oleh : ABDULLAH SANI HAJI
ABDUL SALLEH
SENARIO Politik Sabah agak
tercemar dengan terkuburnya USNO dan terus dikekang untuk tidak diluluskan dan
dibolehkan menyertai pilihanraya pada PRU13.
Naib Presiden Penaja USNO,
Abdullah Sani Hj Abdul Salleh amat mengharapkan sistem demokrasi di Negara ini
dipulihkan semula dengan membenarkan masyarakat Islam di Sabah mempunyai
pilihan untuk menentukan masa depan mereka.
Adalah sangat tidak adil jika
rakyat Sabah tidak diberikan pilihan atau altenatif menyertai pilihanraya ini
dengan tidak meluluskan Parti USNO dan membenarkannya untuk bertanding dalam
pilihanraya ke 13.
Terdapat 15 parti politik
akan bertanding di Sabah setakat ini yang telah dikenal pasti dan hampir pasti
untuk menyertai pilihanraya berkenaan disamping 3 badan NGO Politik yang bakal
menyertai pertandingan itu UBF, APS dan PPS.
USNO yang telah mengisytiharkan
keputusan untuk menyertai pilihanraya serta bertanding pada PRU 13 bakal
menurunkan calon-calonnya di kawasan majoriti Bumiputera Islam; walaupun
terpaksa menggunakan logo bebas dan bergerak atas semangat Perjuangan Parti
Kemerdekaan Sabah iaitu USNO.
USNO juga telah memohon
kepada SPR secara Rasmi untuk menggunakan Logo sendiri sementara menunggu
kelulusan jika parti itu masih belum diluluskan hingga PRU13.
USNO beranggapan bahawa masa
depan bumiputera Islam di negeri ini hendak dibunuh dan dilenyapkan dalam arena
politik negara, wal hal Bumiputera Islam Sabah adalah pendokong Kemerdekaan
Malaysia 50 tahun dahulu.
BN dengan 8 komponen di
Sabah kesemuanya memiliki parti sendiri, baik parti parti Politik dari
semanjung iaitu UMNO, MCA, MIC dan Gerakan di samping PBS, PBRS, UPKO dan LDP.
Namum umum sedia maklum bahawa Sabah Base Party ini hanya diwakili oleh
Bumiputera Bukan Islam dan China.
Sementara di pihak
Pembangkang pula Pakatan Rakyat yang berasal dari Semangjung Malaysia terdiri
dari PKR, DAP dan PAS akan berkerjasama dengan Parti Pembangkang Cina dari
Sabah iaitu SAPP.
Terdapat satu Parti Politik
dari Sarawak Base yang dipimpin oleh Bumiputera bukan Islam iaitu STAR di mana
parti ini akan bertanding pada PRU13 di Negeri Sabah.
Dengan kedudukan ini jelas
menunjukan bahawa Masyarakat Melayu, China, India, Kadazan, Dusun, Murut serta
Sarawak bebas menyertai PRU 13 di Sabah tidak kira mereka dari Semanjung
Malaysia atau dari Sabah dan Sarawak.
Namum amat malang bagi masyarakat
Islam Sabah yang tidak mempunyai landasan perjuangan mereka sendiri dan nampaknya
tersepit dan teraniaya bagi menyertai pilihanraya PRU13 secara adil dan
saksama.
Jesteru itu USNO memohon dan
mendesak kerajaan Barisan Nasional dan Pendaftar Pertubuhan Malaysia supaya
meluluskan segera Parti USNO bagi memberi keadilan kepada masyarakat Islam di
Negeri Sabah memilih wakil mereka di dalam Dewan Undangan Negeri dan Parlimen
Malaysia.
Bagi maksud PRU13 di Sabah,
nampaknya dua kumpulan NGO dari Negeri
Sabah yang dikenali sebagai PPS (Pertubuhan Perubahan Sabah) dan APS (Angkatan
Perubahan Sabah) telah memutuskan untuk menyertai pilihanraya dan menggunakan
Logo PKR kerana kekangan yang sama terhadap parti yang mereka daftarkan.
PRU ke 13 di Sabah akan
dilihat sebagai pertarungan 8 komponen BN Vs 8 Komponen Pembangkang di samping
Calon-calon USNO yang bakal menggunakan logo Bebas jika masih tidak dibenarkan
menggunakan logo mereka sendiri dan akan menumpukan serta menurunkan calon
mereka di kawasan Islam.
partu USNO telah di bunuh dan di kubur oleh UMNO sangatlah mustahil USNO boleh hidup lagi. kerana Parti USNO adalah parti yang kuat.....
ReplyDeleteKuasa di tangan UMNO BUKAN.....
jadi jangan mmpilah mahu USNO bertanding.....