Oleh : MUTALIB M.D
KEPRIHATINAN Timbalan
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Azizah Mohd Dun kepada mangsa
banjir, tanah runtuh dan setinggan bandar telah mendorong Kerajaan Persekutuan
melancarkan Projek PPR (Disewa) pada Disember 2007; telah dikhianati
penggantinya, Datuk Lajim Haji Okin kerana gagal memastikan projek berkenaan
siap mengikut jadual.
Projek 'Merekabentuk, Membina
dan Menyiapkan 300 Unit Rumah Teres 2 Tingkat Dan Kerja-Kerja Yang Berkaitan
Dengannya Bagi Program Perumahan Rakyat (PPR)-Disewa) Di Kg Selagon Beaufort
Merupakan Projek Jabatan Perumahan Negara yang dikendalikan oleh Bahagian
Pelaksanaan dan penyelenggaraan projek KKTP dan diselia oleh Perunding Bina
Daya Sdn Bhd (Awam C&S) dan Power Projek (M&E); telah dilaksanakan oleh Optimum Bonus Sdn.Bhd yang mula
memiliki tapak pada 17 Disember 2007 dan dijadualkan siap pada 13 Disember
2009.
Namun sehingga lawatan pada
6 Disember, projek tersebut telah GAGAL kerana 'DiCapati' Lajim semasa beliau
dilantik menggantikan jawatan yang dipegang Azizah; bukan lagi sebagai Projek
Kebanggaan BN, sebaliknya menjadi 'Padang Jarak Padang Tekukur'.
Ceracak yang menongkat
kegagalan Kerajaan BN menyemakkan mata pengundi sewajarnya menjadi 'lambang'
Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang dipimpinnya, sejajar dengan peribadi Lajim sebagai
pemimpin yang bernafsu besar tetapi bertenaga kurang.
Desas-desus bahawa projek
berkenaan gagal kerana sudah menjadi lumrah Lajim meminta 'habuan' daripada
kontraktor bukan menjadi rahsia lagi, malah telah menjadi bualan di sana sini;
namun oleh kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berada jauh di
Putrajaya, maka kerakusan Lajim hanya menjadi buah mulut kontraktor dan
subkontraktor.
Bagi menampung kerugian dan
kos luar jangka, kontraktor telah mencuri pasir di tanah yang dirizabkan
sebagai Padang Ragut sehingga merosakkan alam sekitar bagi menimbus tapak tanah
projek berkenaan, kesan daripada peningkatan aras tanah tapak projek.
JARAK......Tapak projek kini seperti padang jarak padang tekukur kerana terbiar sejak begitu lama.
Walaupun terpaksa menjadi pencuri tanah dan pasir, projek berkenaan turut gagal kerana kebocoran dana dan dijadikan seperti sepah tebu yang dibuang setelah airnya diperah Lajim dan kuncu-kuncunya.
Ramai rakyat Beaufort,
terutama mangsa alam sekitar yang nama mereka disenaraikan sebagai salah
seorang penyewa PPR berkenaan menganggap Lajim sebagai 'pengkhianat negara' dan
'pecah amanah'; maka wajarlah beliau dipecat daripada jawatannya oleh DYMM Yang
Dipertuan Agong.
Dalam pada itu, ketika
berucap di Majlis Perasmian Pecah Tanah PPR berkenaan pada 3 Februari 2008,
Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman berkata projek tersebut membuktikan
komitmen kerajaan untuk membela nasib rakyat yang berpendapatan rendah di
negeri ini; terutama untuk menempatkan golongan setinggan dan menyediakan
kemudahan perumahan kepada golongan berpendapatan rendah, termasuk mereka yang
kurang berkemampuan.
Kata Musa lagi, pelaksanaan projek
secara 'fast-track' dengan membenarkan beberapa kelonggaran peraturan bagi
tujuan mempercepatkan pelaksanaan projek, manakala kos projek adalah ditanggung
sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan di kawasan seluas 20 ekar.
Oleh itu tidak hairan jika pada
8 Februari 2011, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah,
Datuk Hajah Azizah Mohd Dun menyeru kerajaan persekutuan agar menyegerakan
pembinaan Projek Perumahan Rumah (PPR) Selagon, yang terletak 7.5 kilometer
dari Beaufort dan terbengkalai sejak tahun 2007.
SISA......Walaupun papantanda projek sudah reput, namun rakyat Beaufort tidak pernah melupakan projek penting ini, terutama di ambang PRU-13.
Beliau berkata, projek PPR Selagon sebanyak 300 unit itu adalah untuk rakyat yang terdedah dengan ancaman tanah runtuh tebing sungai dan setinggan di daerah Beaufort.
Beliau berkata, projek PPR Selagon sebanyak 300 unit itu adalah untuk rakyat yang terdedah dengan ancaman tanah runtuh tebing sungai dan setinggan di daerah Beaufort.
Katanya, pembinaan PPR yang
terbengkalai itu dianggarkan bernilai RM27 juta dan diusahakan untuk
menempatkan rakyat yang memerlukan rumah dan ia adalah penyelesaian bersifat
kekal.
“Oleh itu kita menyeru
kepada Kerajaan Persekutuan agar menyegerakan pembinaan rumah PPR supaya
permasalahan setinggan dan perpindahan penduduk kampung Selagon yang terdedah
dengan tanah runtuh tebing sungai dapat diatasi dengan segera,” katanya.
Projek yang mula
dilaksanakan pada akhir tahun 2007 itu sepatutnya siap mengikut jadual awal
pada 13 Disember 2009, namun menghadapi masalah teknikal dan terus tergendala
sehingga kini.
Kendalanya projek ini
membuktikan hasrat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menjayakan
Wawasan Sifar Setinggan menjelang tahun 2012 telah gagal secara total dan
puncanya kerana Lajim tidak amanah serta khianat kepada warga Beaufort yang
terpaksa menjadi seperti burung layang-layang yang hanya menjadikan wayar
telefon sebagai kediaman rasmi untuk tempoh yang lebih lama lagi!
No comments:
Post a Comment