Sejak keputusan RCI
berhubung Kerakyatan Songsang diumumkan baru-baru ini, ramai pihak yang tidak berpuas hati terhadap 'Laporan RCI'
yang mengandungi 427 muka surat bagi versi bahasa Melayu dan 368 muka surat bagi versi bahasa Inggeris. Kendatipun, tidak kurang juga berpuas hati terhadap laporan berkenaan yang di anggap sebagai 'tuah besar' khasnya
bagi keluarga yang telah diberi kerakyatan melalui 'IC Project'.
Selain menafikan kewujudan
penglibatan kerajaan dalam komplot Projek IC dengan mengemukakan bukti beberapa
kakitangan awam telahpun diheret masuk ISA atas alasan 'sindiket' beberapa individu yang bukannya melibatkan Kerajaan, kini Kerajaan hanya membuat
pertimbangan untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Tetap mengenai
pendatang asing di Sabah yang bertujuan membuat syor dan mencari kaedah untuk
penambahbaikkan pendatang asing di Sabah.
Agak memalukan baru-baru ini, Kerajaan melalui saluran perdananya TV3 menyiarkan rancangan
999 yang kononnya beratusan warga asing telah pun ditangkap dalam Operasi
Bersepadu baru-baru ini di Kota Kinabalu dan kawasan pantai Timur Sabah.
Sekali lagi, sejak Allahyarham Abdul Mutalib Mohamed Daud, penulis asal buku
IC Projek, IC Palsu dan Pengundi Untuk Disewa telah meninggalkan kita sejak 29 Jun 2013
lalu, Jawatankuasa RCI pada masa itu begitu mudah memainkan watak 'wayang
kulit' mereka dalam menentukan keputusan RCI itu berpihak kepada kerajaan
semata-mata.
Mahatir yang begitu terkenal dengan
kebijaksanaannya tidak mampu berbuat apa-apa di kala Mutalib membuat Ilustrasi
mukanya di hadapan buku IC Project; malah menceritakan bagaimana beliau boleh
terlibat.
Dengan bangganya setelah Mutalib kaku terdiam buat
selama-lamanya di alam barzakh, Mahatir membuat pengakuan di media bahawa
penerbitan buku berkenaan hanyalah demi kepentingan individu tertentu. Persoalannya
mengapa tidak saman sahaja semasa penulis berkenaan masih hidup?
Penulis masih teringat akan amanat Mahatir yang berbunyi
"..Authoritarian rule can at least produce a stable strong government...we
must accept that there is not going to be a democracy in Malaysia; there never
was and there never will be.."
Amat tidak bermaruah, setelah pendedahan demi
pendedahan dilakukan dalam beberapa kes IC Projek dan IC Palsu oleh Mutalib,
sehingga kini belum ada kedengaran sebarang tindakan untuk memperbetulkan
keadaan malah kurang berminat untuk menyelesaikan 'Mother of the Problem' ini di Sabah.
Nasib saudara A ramlee @ Ramli bin Rasim
(700710-12-5349 , H0740273)di Kota Belud, sehingga kini masih belum terbela
sedikit pun oleh Kerajaan setelah secara
kejam dan curang kad pengenalannya telah diklon oleh orang yang lain yang
bernama Arsad Alwi yang kini menjadi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SMK
Balung Tawau. Malah kes ini telahpun dikemukakan dan dibahaskan sendiri oleh
Datuk Wilfred Bumburing di Parlimen namun ia sengaja dibutakan dalam
pemerhatian persidangan RCI dan terus dilupakan sehingga ke hari ini.
MALANG....Pemilik sebenar ini terpaksa menjalani hidup yang perit akibat 'penipuan jenayah' Arsad Alwi..
Dalam kesibukan Perdana Menteri Malaysia, Ketua
Menteri Sabah dan ESSCOM melaungkan dan mengadakan Operasi Mega OPS PATI namun
ramai rakyat Sabah dan Malaysia sendiri sedar bahawa penangkapan PATI bukanlah
PATI sebenar yang berjaya menikmati Kad Pengenalan 'IC Project' tetapi hanya
menangkap PATI yang berjualan di pasar mahupun bekerja sebagai Buruh Kasar. Agak
melucukan, sebulan selepas dihantar pulang ke negara masing-masing, mereka
kembali semula ke Malaysia melalui 'pintu ajaib' mungkin juga 'tikar zam-zam
alakazam'.
Mungkin YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak lupa bahawa
hampir majoriti rakyat Malaysia telah pun memiliki buku-buku penulisan Mutalib
MD yang mengandungi senarai nama penuh para pengundi hantu termasuklah senarai pemegang
IC Projek berkenaan sekalipun pada suatu masa Kerajaan mungkin terpaksa menghapuskan kesemua penulisan beliau. Kendatipun, rakyat Sabah masih mampu mengenali muka-muka mereka ini.
Sempena tahun baru ini, penulis ingin mengucapkan
Selamat Tahun Baru buat PATI yang kini dalam tahanan sedang menikmati makanan
dan minum percuma dari wang pembayar cukai rakyat Malaysia dan juga buat warga
Sabahan yang kini kian lena didodoi asyik oleh pukauan 'wayang kulit' kerajaan.
Tidurlah sehingga esok lusa kita bakal saksikan dunia kita semakin berubah.
Selamat Tahun Baru 2015, berpestalah atas kelalaian kita semua.
No comments:
Post a Comment