Friday, 2 January 2015

WONG SELAR KONTRAKTOR PROJEK PELEBARAN JALAN GAGAL DISIAPKAN



OLEH: SHAIMON S JUMADI



SANDAKAN : Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong menyelar tindakan kontraktor Projek Pelebaran Jalan Batu 8 hingga 16 Jalan Labuk yang gagal diselenggarakan buat sementara ini telah menyusahkan para pengguna jalan raya.


Dalam pada itu, Wong  menggesa pihak kontraktor mengambil agar tindakan untuk memperbaiki jalan tersebut dengan serta-merta, memastikan kelancaran dan keselamatan jalan.

Wong berkata demikian setelah melakukan pemeriksaan terhadap aduan orang awam di tapak projek berkenaan. Kontraktor kemudiannya pula memberikan respon postif berjanji untuk menyelenggara dan menyediakan jalan sementara yang rata.

Beliau berasa amat kecewa kerana janji tersebut tidak ditepati, dan beliau tidak puas hati dengan kedua-dua kontraktor yang tidak  menyelenggara jalan tersebut sehingga menimbulkan kemarahan pada pengguna.

Wong menerima banyak aduan daripada ramai pemandu yang menunjukkan bahawa pihak kontraktor tidak menyelenggara jalan sementara, mengakibatkan jalan tersebut berlubang-lubang, menyebabkan kesesakan lalu lintas dan membahayakan keselamatan orang ramai, terutamanya kereta yang menggunakan jalan tersebut pada waktu malam sehingga mengalami kerosakan teruk.

Wong berharap kontraktor berkenaan menunaikan janji, selain melaksanakan kerja-kerja pelebaran jalan raya, penyelenggaraan jalan sementara juga merupakan tanggungjawab mereka.

Selain itu, setelah memantau ke tapak pembinaan jalan tersebut pada hari Isnin yang lalu, Wong sangsi  sama ada projek tersebut dapat disiapkan pada bulan April 2015 seperti yang dijanji, terutamanya ia melibatkan  cuaca.

Walaubagaimanapun, beliau berharap pihak kontraktor dapat menjalankan kerja-kerja pembinaan dengan bersungguh-sungguh, supaya projek yang berkali-kali ditangguhkan tersebut dapat disiapkan pada bulan April  2015, kerana orang Sandakan dan penduduk di sekitar Jalan Labuk telah bertahun-tahun menunggu.

Wong juga berpendapat bahawa projek pelebaran jalan Batu 8 hingga 16 itu berkali-kali ditangguhkan dan bertahun-tahun tidak dapat disiapkan, kerajaan BN harus memikul tanggungjawab yang terbesar, kerana kontraktor dilantik oleh kerajaan BN, dan pemantauan juga dilakukan oleh kerajaan BN.

No comments:

Post a Comment