Wednesday 5 December 2012

WARGA FILIPINA DIPENJARA DUA TAHUN






SANDAKAN: Mahkamah Sesyen di sini, kelmarin menjatuhi hukuman penjara dua tahun ke atas seorang warga Filipina berusia 32 tahun atas tuduhan menggunakan dokumen palsu.

Tertuduh, Gapol Hassan berbangsa Visaya ini telah diperintahkan supaya menjalani hukuman dari tarikh tangkapan selepas mahkamah mendengar pertuduhan yang dibacakan kepadanya.

Berdasarkan fakta kes, pada 20 November lepas kira-kira 4.55 petang bertempat di sekitar kawasan perhentian bas Bandar Tyng, Batu 6 Sandakan, anggota PIT bersama-sama dengan sepasukan pegawai penguatkuasa Imigresen menjalankan satu ‘Ops 5P’.

Dalam operasi itu, tertuduh ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Tertuduh, kemudiannya ditahan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sandakan di bawah Seksyen 51 (5) (b) akta yang sama untuk siasatan selanjutnya.

Siasatan mendapati bahawa tertuduh adalah seorang warganegara Filipina yang mengemukakan Pas Lawatan (Sosial) IMM 13 di mana surat daripada Pejabat Imigresen bertarikh 23 November menyatakan bahawa tertuduh tidak mempunyai rekod di pejabat berkenaan hasil semakan yang dibuat dan ia adalah palsu.

Menurut fakta kes itu, adalah jelas bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56 (1) (I) Akta Imigresen seperti mana yang disebutkan di dalam kertas pertuduhan.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa dari Jabatan Imigresen, Mohd Rithwan Hj Mohd Salleh di hadapan Hakim Elsie Primus.

17 comments:

  1. ramai PATI yang menggunakan dokumen palsu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dokumen ni dibuat sendiri ataupun ada pihak yang bersubahat??

      Delete
    2. Polis harus fokus lebih kepada masalah dokumen palsu

      Delete
  2. perkara ini harus disiasat. RCI perlu

    ReplyDelete
    Replies
    1. RCI kita tunggu pendengaran pada 14 januari depan

      Delete
  3. Kehadiran PATI di Sabah ini memang perlu diambil tindakkan serius untuk ditangani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau semua pihak tidak bagi kerjasama, pasti masalah yang dihadapi ni tidak akan selesai.

      Delete
  4. Jika kita lihat sekarang pun banyak kes jenayah membabitkan PATI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penjara Sabah pun majoritinya dihuni oleh PATI.

      Delete
  5. Maka kita harap sangat RCI akan dapat menyelesaikan masalah PATI ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nantikan pendengaran pertamanya Januari tahun depan.

      Delete
  6. buktikan kepada semua yang mana kerajaan mampu memberikan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  7. Selagi masalah PATI ini tidak selesai selagi itulah akan ada saja kes jenayah yang berlaku melibatkan warga asing di Negara kita ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jumlah warga asing/PATI di negara ni sudah lebih dari 100 ribu. agak sukar untuk menghapuskan mereka dari bumi Sabah.

      Delete
  8. PATI sanggup lakukan apa2 saja semata2 untuk masuk ke negara ini.

    ReplyDelete
  9. Siapalah yang bersubahat dengan PATI ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang dalang memberi dokumen palsu harus dicari dan dihukum sewajarnya

      Delete