KENINGAU: Penduduk di
sekitar pekan ini dikejutkan dengan satu gegaran yang berlaku kira-kira jam
11.16 pagi pada Isnin.
Gegaran itu turut dirasai di
beberapa bangunan-bangunan jabatan kerajaan, kedai dan perumahan di sekitar
pekan ini. Walau bagaimanapun tiada keretakan bangunan dilapor.
Kejadian berkenaan disahkan
oleh Jabatan Meteorologi melalui laman web mereka.
Petikan laporan jabatan itu
menyatakan bahawa satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.0 pada skala Richter
telah berlaku 11 kilometer dari Timur Pekan Keningau, Sabah pada 11:16 pagi, 03
Disember 2012 dan Pusat Gempa Bumi terletak di 5.3 darjah utara dan 116.3
darjah timur. Gegaran dirasai berhampiran pusat gempa.
Dalam petikan itu, Jabatan
Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan
maklumat yang terkini.
Dalam pada itu, Ketua Polis
Daerah Keningau, Deputi Superintenden Robert Solisip @ David memberitahu media
bahawa tiada sebarang laporan diterima oleh pihaknya berhubung kejadian itu.
“Kita sudah menghubungi
semua bahagian di IPD di sini namun tidak mendapat sebarang laporan mengenai
kejadian tersebut dan tidak mendapati apa-apa aktiviti manusia yang
berkemungkinan menyebabkan gegaran berkenaan,” katanya.
Robert juga mengesahkan
bahawa beliau dan anggota-anggotanya yang berada di semua bangunan IPD di sini
pada masa gegaran yang dilaporkan tidak merasai gegaran berkenaan.
Sementara itu, Pemangku
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Keningau, Mohd Sabri Hassan, berkata
pihaknya ada menerima laporan dari para kakitangan di bangunan Lembaga Hasil
Dalam Negeri (LHDN) Keningau berkenaan gegaran tersebut.
Katanya, kakitangan di LHDN
membuat panggilan melaporkan bahawa gegaran turut dirasakan pada bangunan
mereka dan meminta pihak Bomba datang memeriksa keadaan keselamatan bangunan
berkenaan.
“Kita telah menghantar satu
unit penyelamat ke bangunan LHDN Keningau dan memeriksa keadaan dalam dan luar
bangunan berkenaan namun tidak mendapati sebarang keretakan pada bangunan
tersebut,” jelasnya.
Berhubung dengan kejadian
tersebut, Sabri menasihati orang awam supaya tidak panik dan bertenang dalam
segala urusan mereka dan terus memaklumkan pihak berkuasa terhadap apa sahaja
kejadian yang tidak diingini yang berlaku di kawasan mereka.
“Jika dalam keadaan
kacemasan sedemikian segera buka pintu untuk pastikan adanya jalan keluar untuk
evakuasi kerana gempa dapat mengetatkan pintu dan susah untuk di buka.
“Jangan terburu-buru keluar
dan cari tempat berlindung seperti meja terdekat dan lindungi kepala anda.
Terburu keluar dengan panik boleh menyebabkan kejatuhan runtuhan kecil bahagian
bangunan seperti kaca atau barang-barang lain seperti perabot dan sebagainya perabot.
“Bagi mencegah kebakaran
hendaklah matikan semua alat yang dapat menyebabkan berlakunya kebakaran,”
jelas beliau.
Seorang penduduk Martin
Limar yang tinggal di Taman Juta Keningau juga turut merasai gegaran itu
kira-kira jam 11.15 pagi.
Katanya, semasa gegaran itu
tangki dalam rumah kediaman mereka berbunyi kuat dan perabot turut bergoyang.
No comments:
Post a Comment