SANDAKAN: Mahkamah Sesyen di
sini, kelmarin menjatuhi hukuman penjara dua tahun ke atas seorang warga
Filipina berusia 32 tahun atas tuduhan menggunakan dokumen palsu.
Tertuduh, Gapol Hassan
berbangsa Visaya ini telah diperintahkan supaya menjalani hukuman dari tarikh
tangkapan selepas mahkamah mendengar pertuduhan yang dibacakan kepadanya.
Berdasarkan fakta kes, pada
20 November lepas kira-kira 4.55 petang bertempat di sekitar kawasan perhentian
bas Bandar Tyng, Batu 6 Sandakan, anggota PIT bersama-sama dengan sepasukan
pegawai penguatkuasa Imigresen menjalankan satu ‘Ops 5P’.
Dalam operasi itu, tertuduh
ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63
(Akta 155).
Tertuduh, kemudiannya
ditahan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Sandakan di bawah Seksyen 51 (5) (b)
akta yang sama untuk siasatan selanjutnya.
Siasatan mendapati bahawa tertuduh
adalah seorang warganegara Filipina yang mengemukakan Pas Lawatan (Sosial) IMM 13
di mana surat daripada Pejabat Imigresen bertarikh 23 November menyatakan
bahawa tertuduh tidak mempunyai rekod di pejabat berkenaan hasil semakan yang
dibuat dan ia adalah palsu.
Menurut fakta kes itu,
adalah jelas bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 56 (1)
(I) Akta Imigresen seperti mana yang disebutkan di dalam kertas pertuduhan.
Pendakwaan dijalankan
Pegawai Pendakwa dari Jabatan Imigresen, Mohd Rithwan Hj Mohd Salleh di hadapan
Hakim Elsie Primus.
ramai PATI yang menggunakan dokumen palsu.
ReplyDeletedokumen ni dibuat sendiri ataupun ada pihak yang bersubahat??
DeletePolis harus fokus lebih kepada masalah dokumen palsu
Deleteperkara ini harus disiasat. RCI perlu
ReplyDeleteRCI kita tunggu pendengaran pada 14 januari depan
DeleteKehadiran PATI di Sabah ini memang perlu diambil tindakkan serius untuk ditangani.
ReplyDeleteKalau semua pihak tidak bagi kerjasama, pasti masalah yang dihadapi ni tidak akan selesai.
DeleteJika kita lihat sekarang pun banyak kes jenayah membabitkan PATI.
ReplyDeletePenjara Sabah pun majoritinya dihuni oleh PATI.
DeleteMaka kita harap sangat RCI akan dapat menyelesaikan masalah PATI ini.
ReplyDeleteNantikan pendengaran pertamanya Januari tahun depan.
Deletebuktikan kepada semua yang mana kerajaan mampu memberikan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.
ReplyDeleteSelagi masalah PATI ini tidak selesai selagi itulah akan ada saja kes jenayah yang berlaku melibatkan warga asing di Negara kita ini.
ReplyDeletejumlah warga asing/PATI di negara ni sudah lebih dari 100 ribu. agak sukar untuk menghapuskan mereka dari bumi Sabah.
DeletePATI sanggup lakukan apa2 saja semata2 untuk masuk ke negara ini.
ReplyDeleteSiapalah yang bersubahat dengan PATI ni??
ReplyDeleteYang dalang memberi dokumen palsu harus dicari dan dihukum sewajarnya
Delete