Saturday 16 February 2013

PEMIMPIN BN HANYA BIJAK BERTEKA TEKI






HULUR BANTUAN....Lajim walaupun tidak berada dalam BN/UMNO masih mampu memberikan bantuan kepada yang memerlukan.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

BEAUFORT : Ahli Parlimen Beaufort yang juga Presiden Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), Datuk Seri Lajim Hj Okin menggesa rakyat supaya berani tampil ke hadapan untuk membentuk satu perubahan baru dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU 13) nanti yang akan diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang.

"Jika rakyat mahu perubahan besar, sama ada dari segi ekonomi dan pentadbiran yang dinamik, telus, efisyen dan adil; tidak perlu takut dan mesti berani untuk berubah agar rakyat di seluruh negara termasuk Sabah hidup dalam kesejahteraan bagi menimmati pelbagai prasarana yang lebih baik,” katanya.

Lajim menjelaskan Negeri Sabah sudah mencapai kemerdekaan menerusi gagasan penubuhan Tanah Melayu selama 50 tahun sejak dari tahun 1963 lagi sehinga sekarang namun kehidupan rakyat terus terhimpit dibelenggu kemiskinan tegar; terutama sekali rakyat tinggal di kawasan luar Bandar.

Lajim berkata demikian dalam satu pertemuan dengan lebih 300  penduduk Kampung Kota Klias, kelmarin.

“Saya amat bersyukur kerana sejak kebelakangan ini ramai ahli UMNO di  Parlimen Beaufort keluar daripada kekangan UMNO dan menyertai parti Pakatan Rakyat (PR); sama ada melalui PPPS mahupun Angkatan Perubahan Sabah (APS).

"Ini menunjukkan bahawa bumiputera Islam sendiri sudah mempunyai kesedaran bahawa mereka sudah tidak sanggup lagi jadi kuda tunggangan UMNO untuk kepentingan para pemimpin mereka,” ujar Lajim.

Lajim yang juga calon Parlimen Beaufort pada PRU 13 nanti menyeru rakyat tidak perlu takut kebatas apa juga bentuk ugutan yang dibuat oleh BN dan UMNO kerana kita sebagai rakyat dibbumi Malaysia ini mempunyai hak untuk membuat pilihan;  terhadap pucuk pimpinan untuk penetuan hala tuju parti yang boleh membawa kemajuan dalam aspek pembangunan asas dan kemakmuran rakyat jelata di negara ini khususnya di Sabah.

“Memang tidak dinafikan para pemimpin UMNO/BN kalau bercakap memang hebat cakap pasal pembangunan cakap pasal bantuan namun di sebaliknya; banyak hal yang mereka sedar atau pura-pura tidak disedar sehingga menjadi satu teka teki.

"Contohnya keadaan jalan raya dari Sandakan-Kinabatangan ke Lahad Datu yang tidak ubah seperti tempat kerbau berkubang boleh menternak ikan karuk; sedikitpun para pemimpin UMNO/BN yang kerap melaung-laungkan tentang kemajuan tetapi sehingga ke hari ini; tiada satupun menteri daripada BN  mengambil  tahu masalah tersebut, malahan telah membisu seribu bahasa,” tegas Lajim lagi.

Walaupun Lajim tidak lagi berada dalam BN/UMNO, namun beliau masih mampu dan berupaya memberikan bantuan kepada penduduk di Parlimen Beaufort yang memerlukan.

Turut hadir pada majis itu ialah Timbalan Ketua Cabangan PKR Beaufort, Taufick Hj Ruschi.

No comments:

Post a Comment