HULUR
BANTUAN....Lajim walaupun tidak berada dalam BN/UMNO masih mampu memberikan
bantuan kepada yang memerlukan.
Oleh: SHAIMON S JUMADI
BEAUFORT : Ahli Parlimen
Beaufort yang juga Presiden Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), Datuk
Seri Lajim Hj Okin menggesa rakyat supaya berani tampil ke hadapan untuk
membentuk satu perubahan baru dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU 13) nanti yang
akan diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang.
"Jika rakyat mahu
perubahan besar, sama ada dari segi ekonomi dan pentadbiran yang dinamik,
telus, efisyen dan adil; tidak perlu takut dan mesti berani untuk berubah agar
rakyat di seluruh negara termasuk Sabah hidup dalam kesejahteraan bagi
menimmati pelbagai prasarana yang lebih baik,” katanya.
Lajim menjelaskan Negeri
Sabah sudah mencapai kemerdekaan menerusi gagasan penubuhan Tanah Melayu selama
50 tahun sejak dari tahun 1963 lagi sehinga sekarang namun kehidupan rakyat
terus terhimpit dibelenggu kemiskinan tegar; terutama sekali rakyat tinggal di
kawasan luar Bandar.
Lajim berkata demikian dalam
satu pertemuan dengan lebih 300 penduduk
Kampung Kota Klias, kelmarin.
“Saya amat bersyukur kerana sejak
kebelakangan ini ramai ahli UMNO di
Parlimen Beaufort keluar daripada kekangan UMNO dan menyertai parti
Pakatan Rakyat (PR); sama ada melalui PPPS mahupun Angkatan Perubahan Sabah
(APS).
"Ini menunjukkan bahawa
bumiputera Islam sendiri sudah mempunyai kesedaran bahawa mereka sudah tidak
sanggup lagi jadi kuda tunggangan UMNO untuk kepentingan para pemimpin mereka,”
ujar Lajim.
Lajim yang juga calon
Parlimen Beaufort pada PRU 13 nanti menyeru rakyat tidak perlu takut kebatas
apa juga bentuk ugutan yang dibuat oleh BN dan UMNO kerana kita sebagai rakyat
dibbumi Malaysia ini mempunyai hak untuk membuat pilihan; terhadap pucuk pimpinan untuk penetuan hala
tuju parti yang boleh membawa kemajuan dalam aspek pembangunan asas dan
kemakmuran rakyat jelata di negara ini khususnya di Sabah.
“Memang tidak dinafikan para
pemimpin UMNO/BN kalau bercakap memang hebat cakap pasal pembangunan cakap
pasal bantuan namun di sebaliknya; banyak hal yang mereka sedar atau pura-pura
tidak disedar sehingga menjadi satu teka teki.
"Contohnya keadaan
jalan raya dari Sandakan-Kinabatangan ke Lahad Datu yang tidak ubah seperti
tempat kerbau berkubang boleh menternak ikan karuk; sedikitpun para pemimpin
UMNO/BN yang kerap melaung-laungkan tentang kemajuan tetapi sehingga ke hari
ini; tiada satupun menteri daripada BN
mengambil tahu masalah tersebut,
malahan telah membisu seribu bahasa,” tegas Lajim lagi.
Walaupun Lajim tidak lagi
berada dalam BN/UMNO, namun beliau masih mampu dan berupaya memberikan bantuan
kepada penduduk di Parlimen Beaufort yang memerlukan.
Turut hadir pada majis itu
ialah Timbalan Ketua Cabangan PKR Beaufort, Taufick Hj Ruschi.
No comments:
Post a Comment