Tuesday 19 February 2013

PENJENAYAH TANAH MASIH BEBAS?






DEDAH....Mohsin dedahkan kes penipuan di sidang media. Gambar sisipan, Abdullah masih bebas.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

KINABATANGAN : Walaupun kes penipuan yang dilakukan seorang Pemaju  Mukim Sukau Abdullah Japar, Ismail Tarandan dan Rugayah Ahmad sudah dilaporkan kepada Polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM); namun sehingga ke hari ini  mereka bertiga masih lagi bebas dan tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak Polis dan SPRM; sekalipun pengadu mempunyai bukti yang  kukuh .

Mohsin bin Jurop, salah seorang daripada seramai 216 orang  pemilik tanah di Skim Koyah A Fasa I, II, & III Skim Pekebun Kecil Kinababatangan; mendedahkan kes penipuan ini semasa Sidang Media Tuntutan Tanah Koyah A  Kinabatangan yang diadakan di Ballroom Sandakan Hotel, baru-baru ini.

Berikut kenyataan penuh Moshin;

"Saya, Mohsin Bin Jurop salah seorang Ahli Pekebun Kecil Tanah Sungei Koyah A Fasa 1,2 & 3 saya ingin mengambil kesempatan untuk mendedahkan dan menyatakan mengenai  masalah  saya/kami kepada kerajaan berhubung kes penipuan yang dilakukan oleh Abdullah Japar, Ismail Tarandan, Syarikat Bagus Maju  Bhd, dan Peguamnya Yap Pak Vui serta Kakitangan Pejabat Tanah dan Ukur Kota Kinabatangan yang terlibat membantu mereka sehingga geran-geran tanah kami dibatalkan.

Dalam pada itu, kononnya Syarikat Bagus Maju telah mendapat kelulusan  membangunkan  tanah-tanah kami secara usaha sama sebagai ladang  kelapa sawit.

Hari ini kami seramai 216 orang yang telah melantik Tetuan Aisah Ahmad & Co. Sebagai Penasihat Undang-Undang atas Kapasiti kepercayaan Individu untuk mengendalikan kes tuntututan tanah tersebut kami menyatakan di hadapan Aisah Ahmad; bahawa sesungguhnya kami tidak pernah memberi kuasa kepada Abdullah Japar untuk menguruskan tanah kami.

Bukti telah diberi kepada Jabatan Tanah dan Ukur, tetapi JTU tidak mendengar tuntutan kami setiap  mesyuarat yang diadakan di JTU Kota Kinabalu pada 14  Februari 2013 hanya  fokus kepada dua perkara.

A) Mengecam dan mahu menyingkir wakil yang kami lantik iaitu Puan Aisah Ahmad.

B) Datuk Osman Jamal menggunakan mesyuarat untuk membela diri  dan membersihkan nama baiknya dalam isu-isu Tuntutan Tanah Koyah yang tersiar di akhbar-akhbar tempatan khsusnya di Portal Online Sabahkini.Net.

Dalam pada itu, Osman Jamal memaksa Peguam Aisah supaya meminta maaf kepadanya secara terbuka/bertulis di akhbar, tetapi kami seramai 400 orang peserta meminta kepada peguam Aisah Ahmad jangan sesekali memohon maaf daripada Osman Jamal.

Sebab kami telah rugi selama hampir 20 tahun,  selama  puluhan tahun Syarikat Bagus Maju dan Pendatang  Asing dari Indonesia (Sulawesi)  mengutip beratus-ratus juta ringgit Malaysia makan hasil haram di atas tanah hak milik setiap hari.

Kenapa Osman Jamal terus melindungi Syarikat Bagus Maju dan orang-orang   yang sebangsa dengan Osman Jamal yang menceroboh  tanah-tanah kami?

Semasa pertemuan di sesi perbincangan pada kesimpulannya Tuntutan dan Penyelesaian Tanah Koyah A hanya untuk didengar dan diterima tapi tidak boleh dibincang apa yang kami mahu tidak pernah ditanya malah apa yang kami suarakan langsung tidak diambil tahu.
Cadangan untuk mengagehkan  sama rata iaitu dengan agihan 1 ekar RM10 ribu maksudnya  telah ditetapkan setiap orang akan menerima nilai saham sebanyak RM100 ribu."

Inilah antara isi kandungan teks  Mohsin Jurop mengenai kes tuntutan tanah tersebut yang didedahkan di hadapan Penasihat Undang-Undang Aisah Ahmad, Sabahini.Net dan TV3 sambil didengar 216 orang yang hadir pada sesi majlis berkenaan.

Beliau bagi pihak 400 pemilik tanah tersebut yang turut terlibat menjadi mangsa penipuan  merayu  kepada pihak polis dan SPRM agar dapat membuat tangkapan segara terhadap Abdullah Japar dan Ismail Tarandan.

Katanya lagi, sejak Osman Jamal dilantik sebagai Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah sejak dari awal sehingga sekarang banyak menimbulkan pelbagai masalah bahkan terus menerima cercaan maki hamun  dan sumpahan bertubi-tubi sebab kerana rakyat Sabah seperti orang Sungai, Kadazan, Murut, dan Dusun memang anti dan tidak setuju apabila Osman Jamal dilantik sebagai Pengarah di JTU kerana kita tidak tahu asal usul keturunannya yang samar-samar.

Ramai telah  dikhabarkan  kononnya  Osman Jamal melobi mahu jadi calon pada PRU 13 atas tikek BN/UMNO nanti bagi kawasan Kalabakan atau Parlimen Kinabatangan.

"Macam mana mahu jadi calon awal-awal lagi namanya sudah buruk  dan busuk  seperti bangkai haiwan kerana telah  mencemarkan nama baik Kerajaan BN/UMNO sekaligus mencemarkan nama baik Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.


"Kalau mahu jadi calon BN/UMNO awal-awal lagi nama mesti bersih disukai rakyat pemimpin yang jujur dan telus. Sedangkan jadi Pengarah Jabatan tanah dan Ukur sudah banyak menimbulkan masalah dan banyak melakukan penyelewengan dan melukai hati rakyat,  sayang sahaja duit kerajaan BN  kalau Osman Jamal jadi calon silap-silap hilang wang pertaruhan,” jelas Mohsin.

No comments:

Post a Comment