DEDAH....Mohsin
dedahkan kes penipuan di sidang media. Gambar sisipan, Abdullah masih bebas.
Oleh : SHAIMON S JUMADI
KINABATANGAN : Walaupun kes
penipuan yang dilakukan seorang Pemaju
Mukim Sukau Abdullah Japar, Ismail Tarandan dan Rugayah Ahmad sudah
dilaporkan kepada Polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM); namun sehingga
ke hari ini mereka bertiga masih lagi
bebas dan tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak Polis dan SPRM; sekalipun
pengadu mempunyai bukti yang kukuh .
Mohsin bin Jurop, salah
seorang daripada seramai 216 orang
pemilik tanah di Skim Koyah A Fasa I, II, & III Skim Pekebun Kecil Kinababatangan;
mendedahkan kes penipuan ini semasa Sidang Media Tuntutan Tanah Koyah A Kinabatangan yang diadakan di Ballroom
Sandakan Hotel, baru-baru ini.
Berikut kenyataan penuh Moshin;
"Saya,
Mohsin Bin Jurop salah seorang Ahli Pekebun Kecil Tanah Sungei Koyah A Fasa 1,2
& 3 saya ingin mengambil kesempatan untuk mendedahkan dan menyatakan
mengenai masalah saya/kami kepada kerajaan berhubung kes
penipuan yang dilakukan oleh Abdullah Japar, Ismail Tarandan, Syarikat Bagus
Maju Bhd, dan Peguamnya Yap Pak Vui
serta Kakitangan Pejabat Tanah dan Ukur Kota Kinabatangan yang terlibat
membantu mereka sehingga geran-geran tanah kami dibatalkan.
Dalam
pada itu, kononnya Syarikat Bagus Maju telah mendapat kelulusan membangunkan
tanah-tanah kami secara usaha sama sebagai ladang kelapa sawit.
Hari
ini kami seramai 216 orang yang telah melantik Tetuan Aisah Ahmad & Co. Sebagai
Penasihat Undang-Undang atas Kapasiti kepercayaan Individu untuk mengendalikan
kes tuntututan tanah tersebut kami menyatakan di hadapan Aisah Ahmad; bahawa
sesungguhnya kami tidak pernah memberi kuasa kepada Abdullah Japar untuk
menguruskan tanah kami.
Bukti
telah diberi kepada Jabatan Tanah dan Ukur, tetapi JTU tidak mendengar tuntutan
kami setiap mesyuarat yang diadakan di
JTU Kota Kinabalu pada 14 Februari 2013
hanya fokus kepada dua perkara.
A)
Mengecam dan mahu menyingkir wakil yang kami lantik iaitu Puan Aisah Ahmad.
B)
Datuk Osman Jamal menggunakan mesyuarat untuk membela diri dan membersihkan nama baiknya dalam isu-isu
Tuntutan Tanah Koyah yang tersiar di akhbar-akhbar tempatan khsusnya di Portal
Online Sabahkini.Net.
Dalam
pada itu, Osman Jamal memaksa Peguam Aisah supaya meminta maaf kepadanya secara
terbuka/bertulis di akhbar, tetapi kami seramai 400 orang peserta meminta
kepada peguam Aisah Ahmad jangan sesekali memohon maaf daripada Osman Jamal.
Sebab
kami telah rugi selama hampir 20 tahun,
selama puluhan tahun Syarikat
Bagus Maju dan Pendatang Asing dari
Indonesia (Sulawesi) mengutip
beratus-ratus juta ringgit Malaysia makan hasil haram di atas tanah hak milik
setiap hari.
Kenapa
Osman Jamal terus melindungi Syarikat Bagus Maju dan orang-orang yang sebangsa dengan Osman Jamal yang
menceroboh tanah-tanah kami?
Semasa
pertemuan di sesi perbincangan pada kesimpulannya Tuntutan dan Penyelesaian
Tanah Koyah A hanya untuk didengar dan diterima tapi tidak boleh dibincang apa
yang kami mahu tidak pernah ditanya malah apa yang kami suarakan langsung tidak
diambil tahu.
Cadangan
untuk mengagehkan sama rata iaitu dengan
agihan 1 ekar RM10 ribu maksudnya telah
ditetapkan setiap orang akan menerima nilai saham sebanyak RM100 ribu."
Inilah antara isi kandungan
teks Mohsin Jurop mengenai kes tuntutan
tanah tersebut yang didedahkan di hadapan Penasihat Undang-Undang Aisah Ahmad,
Sabahini.Net dan TV3 sambil didengar 216 orang yang hadir pada sesi majlis
berkenaan.
Beliau bagi pihak 400
pemilik tanah tersebut yang turut terlibat menjadi mangsa penipuan merayu
kepada pihak polis dan SPRM agar dapat membuat tangkapan segara terhadap
Abdullah Japar dan Ismail Tarandan.
Katanya lagi, sejak Osman
Jamal dilantik sebagai Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah sejak dari awal
sehingga sekarang banyak menimbulkan pelbagai masalah bahkan terus menerima
cercaan maki hamun dan sumpahan
bertubi-tubi sebab kerana rakyat Sabah seperti orang Sungai, Kadazan, Murut,
dan Dusun memang anti dan tidak setuju apabila Osman Jamal dilantik sebagai
Pengarah di JTU kerana kita tidak tahu asal usul keturunannya yang samar-samar.
Ramai telah dikhabarkan
kononnya Osman Jamal melobi mahu
jadi calon pada PRU 13 atas tikek BN/UMNO nanti bagi kawasan Kalabakan atau
Parlimen Kinabatangan.
"Macam mana mahu jadi
calon awal-awal lagi namanya sudah buruk
dan busuk seperti bangkai haiwan
kerana telah mencemarkan nama baik
Kerajaan BN/UMNO sekaligus mencemarkan nama baik Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri
Musa Aman.
"Kalau mahu jadi calon
BN/UMNO awal-awal lagi nama mesti bersih disukai rakyat pemimpin yang jujur dan
telus. Sedangkan jadi Pengarah Jabatan tanah dan Ukur sudah banyak menimbulkan
masalah dan banyak melakukan penyelewengan dan melukai hati rakyat, sayang sahaja duit kerajaan BN kalau Osman Jamal jadi calon silap-silap
hilang wang pertaruhan,” jelas Mohsin.
No comments:
Post a Comment