Tuesday 5 February 2013

PKR WAJIB LETAK ANAK TEMPATAN DI BATU SAPI?



LAYAK.....Siapakah yang layak mewakili PKR di Parlimen Batu Sapi di antara Timbalan Ketua Cabang, Zainuddin Hassan (kanan) dan Ketua Angkatan Muda PKR Sabah, Serman Hassnar?


Oleh : ZAINAL JAKARIA

BEBERAPA anggota PKR dalam Cabang  dan masyarakat Batu Sapi, menginginkan Presiden PKR  memilih  'Anak Tempatan' sebagai calon Parlimen Batu Sapi pada PRU-13.

Seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) Induk Cabang Batu Sapi, Jain Bin Bayang,  mahu pada kali ini suara dua pertiga AJK PKR dan suara Rakyat Batu Sapi  didengar untuk memastikan kemenangan besar PRU 13 kali  bagi memastikan PKR menang  besar.

Menurut salah seorang Naib 1, Cabang Batu Sapi, Aris Remigius, calon itu seharusnya dari kalangan mereka yang kalis ujian wang dan jawatan selain bukan calon import bagi membawa panji-panji PKR kerana jika silap letak calon, PKR hanya akan gigit jari.

Manakala salah seorang lagi Naib II, Awang Massali Atalad berkata peluang saksama harus diberikan kepada pemimpin pelapis yang lama berjuang dalam PKR  yang sudah teruji kesetiaan yang  selama ini.

"Mereka  tidak jemu-jemu memperjuangkan masalah rakyat, bukan sahaja di Batu Sapi, malah di seluruh Sabah secara konsisten. Harapan kami  agar calon yang dipilih kelak merupakan anak tempatan yang  berketurunan Bajau/Suluk dan  mesra rakyat  serta mudah didekati," kata Awang yang melihat peluang untuk menawan Parlimen itu amat cerah dengan meletakkan anak tempatan sebagai calon.

Katanya lagi, jika anak tempatan tidak diberi peluang kali ini, bila lagi mereka boleh membuktikan bahawa mereka juga boleh memimpin.

Awang selanjutnya menegaskan bahawa hanya calon tempatan sahaja yang berpotensi untuk menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen Batu Sapi berbanding Calon BN, Datin Linda Tsen yang tidak tahu berbuat apa-apa di Dewan Parlimen.

1 comment: